COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Saturday, June 4, 2011

Pot-Pet-Pot-Pet disuruh jadi Emcee!

Haduii…..memang banyak kerjalah I dalam bulan Jun ni. Sekolah I nak buat beberapa acara yang agak besar yang mana perlu diadakan dalam bulan Jun, kononnya untuk mengelakkan kesibukkan pada Julai dan bulan puasa nanti. Tambahan lagi, UPSR tinggal 2 bulan lebih je lagi….

Why did I say ada banyak kerja?

Jangan you all tak tau, setiap kali ada Hari Sukan di sekolah, takdelah orang lain yang akan diminta untuk jadi emcee….lagi-lagi I, lagi-lagi I, salah haribulan, gila-gila I, gila-gila I. nak dibuat cerita, kali ni Hari Sukan sekolah I akan dibuat selama dua hari. Acara padang…sehari, acara trek…sehari. Tapi bila fikir balik, okay jugaklah jadi emcee, tak lah I letih nak main kejar-kejar uruskan pelajar yang ikut acara kan? Lagi pun, tak boleh nak komplen sangat, sebab I akan berada di astaka, terlindung dari sinar mentari giteww…..(eleh, kulit dah gelap pun masih takut kena sunburn kerrrr?)

Haaa….itu baru satu tugas emcee. Pada sebelah petang dan malamnya pulak (kalau ikut program laaa…), I diminta juga untuk jadi emcee sekali lagi bagi Majlis Penutupan Bulan Akademik dan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Hambbooiiiii….emcee lagi nok! Tapi, yang best sikit kali ni, I jadi emcee ngan KAK IDOT kitaaaa…..heheheh. best jugak kalau ada Kak Idot untuk tolong I jadi emcee, sebab dia boleh tolong cover mana-mana yang I rasa I malas nak cakap. Hehehehe…

You thought that was it? WRONG>>>>>….

Ada lagi, lepas acara tu, ada lagi majlis penutupan Sambutan Gawai peringkat sekolah. Haduiii…kali ni, jadi emcee lagi, tapi dah tukar partner. Kak Idot kita akan ditukarkan dengan mem besar Cikgu Medan, iaitu Kak Nani. Amboi….banyaknya pelapis untuk jadi emcee, but why still want to choose me???!!! Huwaaa…..!!!!

Tugas emcee je kerrr?

Tak, semakin parah bila I diminta untuk mendekorasi dewan utama dan pentas jugak! Ya rabbiiii……  jadi sotong kurita kering lah akuu!!! Tapi, untuk ni, I akan minta tolong ngan Miss Dayung Borih Rufina dan jugak my year 6 students. Tapi, hari tuh, ada sorang kawan I kata dia sanggup jadi perekahias dalaman, sebab dia kata dia dah boring buat kerja susun tempat duduk tetamu. Ye kerrr…..? weiii….kerja menghias-hias pentas ni bukan boleh dibuat oleh calang-calang orang tau. Orang yang super-glamer and artistic macam I je boleh buat. Ya Allah….perasan bagus nye aku! Macam lah hiasan yang I buat tu bagus sangat! Hahaha….i guraw-guraw jerrr… okay!

Tapi, harus diingat, kalau kita disuruh buat kerja yang terlampau banyak, tak salah bagi kita meletakkan syarat-syarat yang akan dapat meringankan sikit bebanan tugas kita.

Antara syarat-syarat yang I kenakan adalah:

  • 1)    I sik maok molah (tak nak buat) persembahan untuk budak-budak. Carilah orang lain untuk ajar menari yerrr….

  • 2)      Menyolek penari….satu lagi yang I tak sanggup. Suruh Awie atau WK yang solekkan budak, dua orang tu boleh tolong bubuh foundation kat muka budak, guna KIWI kasut! Tak gitewww…..

  • 3)      Waktu tidur kecantikkan (beauty sleep…aduii..perasan lagi!) perlu I patuhi. Biasanya I akan tidur pukul 12 tengah malam. Kalau acara berlarutan sangat, I akan balik terus jee….

Hmm…very the diva sangat kan?

So, here’s to me; and hopefully by then, I will be able to juggle all the tasks assigned to me well.

I am ready!

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...