COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Saturday, December 2, 2017

SERENGKA 2017 : Part 4 : Birthday

Happy Belated Birthday
untuk anak-anak 
Prasekolah Gemilang SK NANGA KAIN



Meriah jamuan nya
ada ibubapa, cikgucikgu dan staf dijemput.
Terima kasih pada Miss RGM and Kakak Koni
atas jemputan.

Mmmm...tahun depan 
ada lagi kerrr jamuan macam ni
miss RGM?
hehehehehe.....

SERENGKA 2017 : Part 3 : Main Bola Baling



Masa dah semakin hampir
ke penghujung persekolahan
dan semakin sibuk lah skool I
dengan pengisian waktu lapang
adaaa jerrr aktiviti yang dirancang dan dibuat



Salah satu yang paling best
adalah friendly match bola baling
antara rumah sukan.

Horaayyyy….rumah sukan I
yang warna pink tuuuu
dapat tempat kedua.

Okay lah tu kannnn…
tak la dapat nombor oncet (corot)
macam hari sukan hari tuuu….
Hahahaha….








Anyway….enjoy looking at the fotos yaaa…

Wednesday, November 29, 2017

SERENGKA 2017 : Part 2 : Victory Run

and as always....
there will be the most anticipated moment 
for a victory run photoshoot



enjoy looking at the fotos yaa...
hehehehe...





SERENGKA 2017 : Part 1 : Sports Day



Musim dah dekat nak bercuti di SK Ng Kain 
dipenuhi dengan bermacam macam aktiviti, 
bersukan laaa yang paling banyak. 
So dua minggu sebelum hujung tahun bermula, 
skool kitaorang ada la mengadakan kejohahan olahraga.



Dan tahun ni I menjadi 
salah seorang cikgu penyibuk dalam team Gen-2. 
Nama-nama pasukan menggunakan nama model kereta…
kalau team I nama nya Gen-2, 
ada jugak team Waja, Wira dan Pesona. 
Kelezzzzz….

tapi yang paling mantap adalah 
warna untuk setiap pasukan tu. 
Kalau team Wira warna diaorang adalah kuning, 
Waja pulak warna merah, 
Pesona warna diaorang hitam…..
tapi team I lagilaaaaaaa 
glamer and meletops sangat warna nya. 
Warna PINK Dato Seri Vida youuuu….
walaupun tak dapat any sponsorship from the old lady.

So, hari kejohanan olahraga ni 
diadakan selama dua hari, 
hari pertama lebih kepada acara saringan 
untuk acara trek dan padang. 
Hari kedua pulak adalah untuk finals. 






Acara finals I tak terlibat sangat, 
sebab I diculik untuk kerja 
menyediakan masakan VVIP di dapur sekolah. 
Huwaaaaa……kesian i. 
tapi tak apalah, janji I dah buat kerja yang dibagi, 
dan memberikan pertolongan dan sokongan 
untuk kelancaran acara pada hari tu. 
Ehemm ehemmm…ada VVIP datang ke skool iols you….










Emmm….rasanya, 
I akan asing-asingkan cerita 
tentang hari sukan ni. 
Emmm…but for now, 
uols tengok jerr gambar-gambar yang I sediakan disini.


So, enjoy looking at the fotos yaa…

Tuesday, November 28, 2017

The Comeback


tiba-tiba muncul kembali 
setelah sekian lama





so, here i am, again
with fresh new ideas 
stories to share
and nonsense to ponder. 

the last few months 
were terribly tiresome
and i suffered some kind of writer's block.

now, i'm back
and hopefully you will enjoy
reading whatever the f.....mmm...things i share here. 

welcome back everyone. 

Thursday, August 31, 2017

Easy Fact : Solar Halo


Kencang bercerita tentang cincin matahari hari ni...
Kebetulan sangat semasa hari wukuf di Arafah. 
Hebat sungguh kuasa Tuhan!


photo by
Ahmad Idrus Rahmad


But, as always, Tuhan jadikan sesuatu perkara 
atau kejadian atau fenomena  
tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk menjadikan kita manusia ni 
menghargai dengan mencari jawapan
dan bertakwa kepada Nya.
Amboiiii...gtewwwssssangat
Macam buku teks Pendidikan Islam 
Tingkatan 1 pulak kannn....


Okayyyy...cincin solar biasanya akan terbentuk  apabila terdapat awan sirrus pada kedudukan yang tinggi di atmosfera, lebih kurang 20,000 kaki dari permukaan bumi. Awan sirrus ni juga mengandungi berjuta-juta lemon...eh, salah, kristal ais yang kecil, yang boleh membiaskan dan memantulkan cahaya matahari. Begitulah al-kisah nyaaaa....

Info tambahan :
1) Selain cincin solar (matahari), terdapat juga fenomena cincin lunar (bulan). Hampir sama jaaaa kejadian nyaaa....
2) Fenomena cincin lunar biasanya menandakan ketibaan cuaca ribut atau hujan lebat. 
3) Cincin solar biasanya berwarna warna macam pelangi...cincin lunar pulak putih jerr...
4) Ajaibnya...kawasan dalam lingkungan cincin solar atau cincin lunar adalah lebih jelas dan cerah... berbanding di luar lingkungan cincin itu, yang mana lebih kabur.

So...enjoy looking at the photos yaaa....


yang ni fotos solar halo





Ni pulak lunar halo....







Wednesday, August 30, 2017

The Aftermath


the great flood aftermath
just look at the pictures yaa...












these photos were taken 
a day after the clean-up party.
photos by mtz
using Samsung Galaxy Y.

Tuesday, August 29, 2017

SK NANGA KAIN SURVIVED



just to share few photos
taken during the mega flood 
which affected my school
on 15th August 2017.




Thank God, no students were harmed
though it can't be said
with few fellow teachers and staffs.
few had to be evacuated 
to the higher ground - which was my house -
and they lost some of their basic comforts.





but, alhamdulillah,
like i said, no serious harm.






it took us two days to clean up everything
and three days to rest and recover.
alhamdulillah, SK NANGA KAIN survived.

thanks to all the photographers -
Mr. Tanjong, Mr. Shazni, Ms. Rogiwati and Mr.Download
for allowing me to use their photos.

Sunday, July 2, 2017

Info Ulser Mulut

First of all....this blogpost is not my original.
I got it from someone in facebook.
So, kalau ada apa apa persoalan mengenai sakit ulser mulut ni, boleh merujuk terus pada pegawai kesihatan yaa.....




Ulser mulut atau serawan atau mata ikan 😊

Ulser mulut. Semua orang pernah alami keadaan ini. Walaupun ulser mulut ini selalunya bermula dengan saiz kecil namun ia adalah luka yang pedih di bahagian dalam mulut.

Nak makan pun susah kadang kala mood untuk menikmati makanan pun hilang. Betul tak?

Ulser pada kebiasaanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan di bahagian bawah atau tepi lidah. Bagi saya ulser di bahagian tepi lidah dan bahagian dalam bibir paling sakit dan menyebabkan susah untuk makan.

Kalau nak diikutkan ulser mulut ini sebenarnya boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa 7-14 hari. Namun dalam keadaan sakit disebabkan ulser ini,  ada tak sebarang sediaan ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu ulser mulut ini untuk sembuh cepat.

Ubat dalam bentuk “Pastes” & spray

• membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut
• Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula.

Contoh ubat/produk:
🔺Oralon
🔺Oralon-Extra
🔺Aloclair Plus Spray
🔺Difflam Forte
🔺Gengigel Gingival Spray
Dan lain-lain







-----------------------------------------------
Ubat kumur

• Selalunya akan mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria di dalam mulut daripada menjangkiti ulser.
• Terdapat juga beberapa produk yang mengandungi ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak
• Ubat jenis kumur dan lozenges ini berguna untuk dalam situasi merawat ulser mulut yang berada di lokasi yang sukar untuk dicapai
• Boleh juga membantu menjaga mulut agar bersih jika kehadiran ulser menyebabkan terlalu sakit untuk memberus gigi dengan betul

Contoh ubat/produk:
🔺Hexidine
🔺Bactidol Mouthwash
🔺Oradex
🔺Gengigel Hydrogel
Dan lain-lain

-----------------------------------------------
Ubat jenis gel dan lotion

• Selalunya ubat jenis ini mengandungi ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
• Terdapat beberapa produk juga mengandungi anestetik setempat untuk beri kesan kebas pada ulser (cth: lignocaine, benzocaine)
• Terdapat juga beberapa produk mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria daripada menjangkiti ulser

Contoh ubat/produk :
🔺Re-liv Oral Lotion
🔺Muco-Aid Liquid/Lotion
🔺Oral Aid lotion
🔺Orregel
🔺Oral Aid Gel
🔺Oralmedic
🔺Mucopain
🔺Herpesan
🔺Gengigel Gingival Gel
Dan lain-lain

-----------------------------------------------
Semua cadangan ubat-ubatan di atas boleh didapati di premis Komuniti Farmasi dan boleh dibeli tanpa preskripsi.

Berikut adalah antara beberapa tip untuk membantu penyembuhan serta mengelakkan daripada tekena ulser mulut. Mungkin boleh kita amalkan dan kongsikan ilme ini dengan rakan-rakan yang lain.

● Untuk menjaga mulut yang bersih semasa ia tidak selesa disebabkan kehadiran ulser mulut, gunakan ubat kumur antiseptik.
● Jika terlalu sakit disebabkan ulser mulut, gunakan ubat untuk melegakan kesakitan sebelum makan.
● Cuba hisap ais untuk membantu mengurangkan kesakitan ulser mulut.
● Berus gigi secara perlahan-lahan, dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
● Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merengsa ulser mulut.
● Pastikan gigi palsu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia masuk pada kedudukannya di gusi dengan baik.
● Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air sehari (kecuali doktor menasihatkan agar menghadkannya).
● Makan makanan yang sihat dengan kerap, perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berunsur gandum. Hadkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
● Boleh ambil vitamin dan mineral tambahan.
● Belajar dan mengamalkan teknik relaksasi dalam membantu mengurangkan tekanan.
● Berhenti merokok.

Ulser mulut memang memberi kesan dalam kualiti hidup harian kita. Kadang-kadang tu sakit sampai nak buat kerja pun susah. Sampai buat kita pening pun ada.

Harap dengan perkongsian saya ini, sekurang-kurangnya kita boleh ke premis Farmasi Komuniti untuk membeli ubat atau produk yang boleh membantu melegakan rasa kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan user mulut.

Bincang dengan ahli farmasi komuniti anda untuk pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan ulser mulut anda

Mohd Dziehan Mustapa
Pegawai Farmasi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...