COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Thursday, December 12, 2013

seawal pagi di jeti Nanga Kain


 
keluar awal pagi dari SK Nanga Kain
semasa cuti sekolah
biasa nya akan mencabar sangat.....
tapi cabaran tu lebih lagi kat i 
sebab i ni memang lah sengsara sangat
"pathetic" kata orputih
nak masuk ke dalam perahu tu 
memang menyereeemmkan 
dah laaaa kegelapan
takut pakaian kotor jugak
kemudian takut tergolek jatuh masuk sungai 
- memang semua ni i akan fikirkan 
  kalo nak balik bercuti keluar 
 dari sekolah di waktu pagi.


tapi bagi kawan-kawan i
keluar pagi ni memang tak menjadi masalah
maklum laaaaaa
mata diaorang ni masih terang lagikkkk
tak perlu nak berspek-spek
dan tak perlu nak guna lampu suluh
kalo berjalan dalam gelap


hmmm...
bila dah sampai di tangga jeti tu
memang i akan rasa bersyukur sangat...
sebab dah berada di 'safe zone'
bila dah sampai di safe zone tu...
mula laaaa mulut menceceh-ceceh 
berborak tak hengat dunia
maklumlaa kannn
lama nak tunggu bot ekspress sampai

kadang-kadang i ambik gambar jugak...
kemudian letak kat blog....
macam gambar kat blogpost i ni...
diambik masa i nak balik bercuti hujung tahun
meriah sangat bersama Kakak Ross and MizRinda

Sunday, December 8, 2013

banyak nyaaaaa batu!


tiba-tiba bercerita tentang batu pulak.....

okeh...
bagi y'als yang pernah menerjah blog ai ni
y'als akan tahu yang ai ni gemar 
mengumpul batu kristal dan mineral kannnnn

well, 
ai nak kongsikan di sini hasil koleksi 
mineral and gemstones ai yang terlatest



koleksi gemstones and mineral ai dah lengkap.
well...actually, tak lengkap sepenuhnya...
sebab siri koleksi ni sepatutnya mencecah 100 unit
tapi entah mengapa, syarikat penerbitan majalah tu 
cuma mengeluarkan sehingga unit ke 60 sahaja.
hmmm....sedih ai...

but, anyway, jumlah yang i telah kumpul 
adalah genap 100 unit...
sebab ada diantara spesimen batu tu 
i beli double....hehehehe
ni pun ada lagi rasa nak beli
direct melalui pos....ehemmm...

so y'als tengok-tengok lah
beberapa spesimen 
gemstones dan mineral i ni yerrr....







and again...
koleksi ai ni bukan untuk dijual....
simpanan ke akhir hayat gtewwwww....


Saturday, December 7, 2013

'fairfarren' Mr. Azizi


 
if the rumours were true
then...i have to say farewell to another friend.

but, chances are 
my friend really got his transfer.

adoii...
anyway, farewell Mr Azizi Subeli
and may you enjoy your new school.



sincerely,
mtz

Wednesday, December 4, 2013

seni imitasi


life imitating art
art imitating life


i imitating bjork

okay...sekarang y'als dah tau 
kenapa i nak bergambar begini
inilah 'seni imitasi' namanyaaa...


Bjork image :
by M/M Paris (Mathias Augustyniak and Michael Amzalag)
and Inez & Vinoodh (Inez van Lamsweerde & Vinoodh Matadin)
Bjork is holding a mimetite crystal.

MTZ image :
photo by Wan Kamarol
and holding a large chunk of honeycomb 


Monday, December 2, 2013

geng PERAK berpindah sudaaaaaa.....




 sekalung - kalung tahniah!



Tahniah untuk kak Idot
kerana memenangi title
Miss Galaxy/Malaysia 2013

 Tahniah untuk Dik Non Niza
Kerana memenangi anugerah 
Penyanyi Nasyid Terbaik;

 Tahniah untuk Mr. Ridzuan
atas kejayaan mewakili Malaysia 
dalam pertandingan
MasterCef internesenel.

Kak Idot jugak akan mewakili Malaysia
dalam pertandingan yang berprestij itu
untuk memperkenalkan fesyen 
bertudung kain ropol-ropol gitu
ke peringkat antarabangsa
Semoga kak Idot akan menang title
MISS GALAXY 2013

Tak laahhh...
tahniah untuk
cik Sarida @ Kak Idot
pn. Niza
mr. Ridzuan

kerana akhirnya berjaya 
dalam permohonan perpindahan
tahun depan they’als   
akan bertugas di tempat baru...
di Perak gtewwwww...
okay all the best untuk they’als
thank you from SERENGKA.

Mi Pan goreng yang kejam....gtewwww....






Okeh....ni dia gambar hidangan 
yang sengaja i letak kat sini
untuk jamuan mata y’als...
inilah dia mee Pok goreng dengan daging lada hitam
atau nama yang agak kelassssss
stir-fry Pok noodles with black pepper beef
ehemmm...i yang buat ni tau!

variasi mee dalam hidangan 
masyarakat Cina memang banyak
ada jenis yang dibuat menggunakan 
gandum, beras, kanji dan juga telur
kemudian cara menyediakan pulak boleh style
goreng, celur, rebus ataupun di stim.

Untuk menyediakan mee Pan goreng macam kat atas tu.....
senang jerrr...pertama sekali y’als kenalah sediakan
mee Pan dulu...boleh cari kat kedai.
Biasanya mee Pan yang dijual kering dan dalam bungkusan
y'als boleh celur sendiri di rumah...jangan celur terlalu lama
takut nanti lembek sangat....

okay, hiris daging lembu nipis-nipis
ataupun potong ikut y’als punya selera....
kemudian goreng daging tu dengan sedikit mentega
bila daging tu dah agak-agak nak masak
masukkan sos cili dan sos tomato...dan goreng lagi
kemudian masukkan sos lada hitam dan kicap....
goreng lagi.... peringkat ni khas untuk daging tu jerrr....

bila daging tu dah agak empuk 
dan kuah sos tu dah macam pekat
sekarang barulah y’als masukkan mee Pan 
yang dah dicelur tadi....
masukkan sedikit garam dan gula...
sikit jerrr..setakat nak bagi rasa nyah!
teruskan menggoreng, dannnn...siap.
okeh...hidang laaaa untuk 
anak ayam atau anak ikan y’als lepas tu...
hahahaha....

lebih senang untuk tidak faham







secara peribadi
i rasa jadi manusia yang cepat blur atau tak tau
apa benda kejadian yang sedang berlaku
adalah lebih senang
-          tak bagi serabut otak
-          tak perlu sakit hati
-          lagi senang pokus kat kerja sendiri
-          tak kesssah dengan pendapat orang lain
-          lebih happy

kemudian.....
adalah lebih mudah untuk orang lain tidak memahami
sebab kalau orang lain paham sangat
orang akan jadi semakin kesssahhh
-          kalau orang tak faham ngan kita,
 orang akan cepat jadi boring ngan kita
in the end, they’ll leave you alone. 



Thursday, November 28, 2013

quote on 'CHANGE' ataupun 'PERUBAHAN'; just in case if you don't understand English Language that much!

ungkapan madah berhelah 
yang lebih hebat dan verry meletops...
lebih meletops dari madah berhelah 
jiana jen




some people change 
while others don't

sometimes, a little change will do you good
sometimes, the biggest change is the best option

physical changes are often pleasing 
seldom shocking

emotional changes are hard to comprehend
yet easy to feel

but, no matter how much a person changes on the outside
that person is still the same person inside

Wednesday, November 20, 2013

perangai nonton DVD yang sama beratus kali



Okehhh....
ai memang kaki nonton DVD
in fact, i lebih suka nonton DVD berbanding nonton TV
especially kalau masa i seorang di rumah
i akan pasang DVD yang best-best sahaja
i boleh layan sampai dua-tiga buah filem dalam satu petang
ehh...tolong jangan fikir bukan-bukan yerrr....
DVD filem yang suci sajerrr tau....
bukan filem gatal sek-sek!
ai budak suci murni dan baik sangat....
and also anggun tak hengat dunia jugak
(tiba-tiba)

DVD yang i akan tonton
biasanya ai dah tonton entah berapa puluh kali
geng serumah ai pun boleh tanya
“bukan ko dah tengok filem ni semalam hid?”
atau
“kali yang ke berapa ratus dah ko tengok cerita nih?”
very the sarcastic punya soalan kannn.....
teringin jugak ai nak tanya balik....
“bukan ko dah tengok bola ke semalam?”
tapi ai yakin yang teramats...
soalan ai itu akan dijawab dengan zalim 
oleh geng serumah ai....
hahaha...

okeh...
kat sini ai nak share beberapa filem
yang ai rasa seswai untuk ditonton berulang kali
well, at least these films are my favourite
and i suggest you should give them a try....
oopsss....kalo y’als rasa y’als pun ada senarai film
yang y’als dah tonton beribu kali
boleh kongsikan kat ruangan komen kat bawah...
kalo y’als nak share laaaaa

eh, jangan y’als tak mengaku 
yang y’als pernah ulang-tonton filem
ai tauuu...ada diantara y’als berulang-ulang nonton
Titanic....Ombak Rindu....Kuch Kuch Hota Hain...
betul tak? Hehehehe......

so...here’s my list of favourite DVDs....err, films.



1)      The Lion King
Filem ni i letakkan teratas, sebab ai memang minat filem ni, very family oriented dan seswai sangat untuk ditonton sambil nyanyi-nyanyi bersama. Part yang paling i suka dalam filem ni masa scene Simba dengan awek singa dia; berlari-lari guraw senda dalam hutan...sambil ada lagu “Can You Feel The Love Tonight?”. Masa yang jiwang pulak ialah masa scene Simba nak bangunkan bapak dia yang dah arwah dirempuh wildebeests. Students ai pun suka jugak filem nih...diaorang pun siap-siap nangis jugak nonton sama.




 2)      Siri filem Bridget Jones’ Diary
Hidup single, tembam and tersangatlah pathetic; membuatkan watak utama filem nih berusaha tangga kejayaan untuk mencari chenta hatinya....siap Bridget ni boleh ada dua orang mamat yang minat ngan dia...seorang mamat tu sekadar minat nak ehemm ehemm saja dan seorang mamat tu memang crazy-in-love sangat ngan Bridget Jones. Memang best...lawak British and pelat British yang very the queen Elizabeth adalah yang menarik minat ai dengan filem nih...





3)      Siri filem Pirates Of The Carribean
Siapa-siapa yang tak kenal dengan Johnny Depp, dipersilakan terjun ke lombong! Boleh y’als tak taw mamat pelik ni? guraw jerrr... hehehe.... Anyway...lakonan Depp memang best, dan tak boring kalo nonton berulang kali. Kalo boleh, i akan senaraikan semua lakonan Depp sebagai favourite ai...Cuma, ai tak dak DVD filem Depp yang lain-lain tu...cuma siri filem Captain Jack Sparrow jerrr... hehehehe....



4)      The Iron Ladies
Hahaha...filem Thai yang ai rasa paling iconic, filem yang berasaskan watak-watak sebenar cik nyah, cik pon and gegayah yang meletops sangat main bola tampar...waktu yang best dalam filem nih masa kapten team diaorang (seorang lelaki straight) marah and ugut-ugut nak tarik diri; sebab cikpons asyik gadoh-gadoh berebut jantan. So, untuk mengelakkan captain tu tarik diri, cikpons ni terpaksa laaa main bola tampar tanpa mekap...tapi, kalah lah pulak...dah tak cantekkk kannn...kapten yang meroyan tu pun tarik balik ugutan dia dan bagi peluang kat team mates dia main bolatampar dengan bermekap...terus menang dia orang lepas tuu...kelezzzzzz!




5)      Taal
Filem Hindi yang boleh layan berulang kali...sambil ai buat yoga macam Aishwarya Rai. Korang mampuu? Filem ni agak typical Hindi film punya stail...cinta antara awek anak seorang guru muzik dan lelaki anak orang kaya. Cinta terputus ditengah cerita...kemudian awek tu jadi penyanyi,penari dan pelakon femes.... si lelaki sedar cinta nya lebih mendalam dari status keluarganya. Girtewww..... tapi i lebih minat dengan lagu-lagu dalam filem nih....




6)      Priscilla; Queen of The Desert
Ni pulak kisah kehidupan tiga orang drag queen performer....diaorang kembara di gurun di tengah-tengah Australia menggunakan bas. Film ni pun sebuah film yang iconic memaparkan gaya hidup Australian dragqueen performers. Cuma, kalo y’als rasa nak nonton film ni...y’als kena lah be open-minded to dunia kehidupan dragqueen. Anyway, film ni memang best sangat dengan lagu-lagu yang boleh bikin meriah punya.





7)      Siri filem Toy Story
Amboiii...i memang peminat film dari company Pixar. Siri film Toy Story adalah fevret ai, and ai akui di sini...ai jiwang sangat masa nonton filem terakhir Toy Story 3. Kisah persahabatan alat-alat mainan  yang kita tak pernah terfikirkan, patung mainan pun ada jiwa diaorang yang tersendiri, dan patung mainan juga ada mengalami adventure yang lebih hebat.




8)      Connie and Carla
Kisah dua orang perempuan original yang cuba menyelamatkan diri dan terpaksa menyamar menjadi lelaki, tetapi bukan sekadar lelaki, tetapi menjadi lelaki yang berkerjaya sebagai dragqueen performer.; iaitu lelaki nyah. Okehh...bayangkan, dua orang perempuan original menyamar menjadi lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Women – dressed as men – dressed as women. Faham sekarang?





9)      Siri filem oleh Yasmin Ahmad
I peminat filem hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, Talentime, Rabun memang ada dalam koleksi ai.... kalo boleh, iklan-iklan Petronas yang dibuat oleh Yasmin Ahmad pun i nak jadikan koleksi jugak...





10)   Perhaps Love
Filem nih adalah filem musical, cuma....this film is a Chinese film. Film musical Cina. I boleh layan filem nih...sebab lagu-lagu dia best, and of course, terima kasih sebab ada English Language subtitle. Hehehe...lakonan Takeshi Kaneshiro and...jeng jeng jeng....Andy Lau.

Alright....
itu lah dia senarai filem yang i suka...
yang i boleh tonton
berulang-ulang-ulang-ulang kali
hope y’als like my list...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...