COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Thursday, November 28, 2013

quote on 'CHANGE' ataupun 'PERUBAHAN'; just in case if you don't understand English Language that much!

ungkapan madah berhelah 
yang lebih hebat dan verry meletops...
lebih meletops dari madah berhelah 
jiana jen




some people change 
while others don't

sometimes, a little change will do you good
sometimes, the biggest change is the best option

physical changes are often pleasing 
seldom shocking

emotional changes are hard to comprehend
yet easy to feel

but, no matter how much a person changes on the outside
that person is still the same person inside

Wednesday, November 20, 2013

perangai nonton DVD yang sama beratus kali



Okehhh....
ai memang kaki nonton DVD
in fact, i lebih suka nonton DVD berbanding nonton TV
especially kalau masa i seorang di rumah
i akan pasang DVD yang best-best sahaja
i boleh layan sampai dua-tiga buah filem dalam satu petang
ehh...tolong jangan fikir bukan-bukan yerrr....
DVD filem yang suci sajerrr tau....
bukan filem gatal sek-sek!
ai budak suci murni dan baik sangat....
and also anggun tak hengat dunia jugak
(tiba-tiba)

DVD yang i akan tonton
biasanya ai dah tonton entah berapa puluh kali
geng serumah ai pun boleh tanya
“bukan ko dah tengok filem ni semalam hid?”
atau
“kali yang ke berapa ratus dah ko tengok cerita nih?”
very the sarcastic punya soalan kannn.....
teringin jugak ai nak tanya balik....
“bukan ko dah tengok bola ke semalam?”
tapi ai yakin yang teramats...
soalan ai itu akan dijawab dengan zalim 
oleh geng serumah ai....
hahaha...

okeh...
kat sini ai nak share beberapa filem
yang ai rasa seswai untuk ditonton berulang kali
well, at least these films are my favourite
and i suggest you should give them a try....
oopsss....kalo y’als rasa y’als pun ada senarai film
yang y’als dah tonton beribu kali
boleh kongsikan kat ruangan komen kat bawah...
kalo y’als nak share laaaaa

eh, jangan y’als tak mengaku 
yang y’als pernah ulang-tonton filem
ai tauuu...ada diantara y’als berulang-ulang nonton
Titanic....Ombak Rindu....Kuch Kuch Hota Hain...
betul tak? Hehehehe......

so...here’s my list of favourite DVDs....err, films.



1)      The Lion King
Filem ni i letakkan teratas, sebab ai memang minat filem ni, very family oriented dan seswai sangat untuk ditonton sambil nyanyi-nyanyi bersama. Part yang paling i suka dalam filem ni masa scene Simba dengan awek singa dia; berlari-lari guraw senda dalam hutan...sambil ada lagu “Can You Feel The Love Tonight?”. Masa yang jiwang pulak ialah masa scene Simba nak bangunkan bapak dia yang dah arwah dirempuh wildebeests. Students ai pun suka jugak filem nih...diaorang pun siap-siap nangis jugak nonton sama.




 2)      Siri filem Bridget Jones’ Diary
Hidup single, tembam and tersangatlah pathetic; membuatkan watak utama filem nih berusaha tangga kejayaan untuk mencari chenta hatinya....siap Bridget ni boleh ada dua orang mamat yang minat ngan dia...seorang mamat tu sekadar minat nak ehemm ehemm saja dan seorang mamat tu memang crazy-in-love sangat ngan Bridget Jones. Memang best...lawak British and pelat British yang very the queen Elizabeth adalah yang menarik minat ai dengan filem nih...





3)      Siri filem Pirates Of The Carribean
Siapa-siapa yang tak kenal dengan Johnny Depp, dipersilakan terjun ke lombong! Boleh y’als tak taw mamat pelik ni? guraw jerrr... hehehe.... Anyway...lakonan Depp memang best, dan tak boring kalo nonton berulang kali. Kalo boleh, i akan senaraikan semua lakonan Depp sebagai favourite ai...Cuma, ai tak dak DVD filem Depp yang lain-lain tu...cuma siri filem Captain Jack Sparrow jerrr... hehehehe....



4)      The Iron Ladies
Hahaha...filem Thai yang ai rasa paling iconic, filem yang berasaskan watak-watak sebenar cik nyah, cik pon and gegayah yang meletops sangat main bola tampar...waktu yang best dalam filem nih masa kapten team diaorang (seorang lelaki straight) marah and ugut-ugut nak tarik diri; sebab cikpons asyik gadoh-gadoh berebut jantan. So, untuk mengelakkan captain tu tarik diri, cikpons ni terpaksa laaa main bola tampar tanpa mekap...tapi, kalah lah pulak...dah tak cantekkk kannn...kapten yang meroyan tu pun tarik balik ugutan dia dan bagi peluang kat team mates dia main bolatampar dengan bermekap...terus menang dia orang lepas tuu...kelezzzzzz!




5)      Taal
Filem Hindi yang boleh layan berulang kali...sambil ai buat yoga macam Aishwarya Rai. Korang mampuu? Filem ni agak typical Hindi film punya stail...cinta antara awek anak seorang guru muzik dan lelaki anak orang kaya. Cinta terputus ditengah cerita...kemudian awek tu jadi penyanyi,penari dan pelakon femes.... si lelaki sedar cinta nya lebih mendalam dari status keluarganya. Girtewww..... tapi i lebih minat dengan lagu-lagu dalam filem nih....




6)      Priscilla; Queen of The Desert
Ni pulak kisah kehidupan tiga orang drag queen performer....diaorang kembara di gurun di tengah-tengah Australia menggunakan bas. Film ni pun sebuah film yang iconic memaparkan gaya hidup Australian dragqueen performers. Cuma, kalo y’als rasa nak nonton film ni...y’als kena lah be open-minded to dunia kehidupan dragqueen. Anyway, film ni memang best sangat dengan lagu-lagu yang boleh bikin meriah punya.





7)      Siri filem Toy Story
Amboiii...i memang peminat film dari company Pixar. Siri film Toy Story adalah fevret ai, and ai akui di sini...ai jiwang sangat masa nonton filem terakhir Toy Story 3. Kisah persahabatan alat-alat mainan  yang kita tak pernah terfikirkan, patung mainan pun ada jiwa diaorang yang tersendiri, dan patung mainan juga ada mengalami adventure yang lebih hebat.




8)      Connie and Carla
Kisah dua orang perempuan original yang cuba menyelamatkan diri dan terpaksa menyamar menjadi lelaki, tetapi bukan sekadar lelaki, tetapi menjadi lelaki yang berkerjaya sebagai dragqueen performer.; iaitu lelaki nyah. Okehh...bayangkan, dua orang perempuan original menyamar menjadi lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Women – dressed as men – dressed as women. Faham sekarang?





9)      Siri filem oleh Yasmin Ahmad
I peminat filem hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, Talentime, Rabun memang ada dalam koleksi ai.... kalo boleh, iklan-iklan Petronas yang dibuat oleh Yasmin Ahmad pun i nak jadikan koleksi jugak...





10)   Perhaps Love
Filem nih adalah filem musical, cuma....this film is a Chinese film. Film musical Cina. I boleh layan filem nih...sebab lagu-lagu dia best, and of course, terima kasih sebab ada English Language subtitle. Hehehe...lakonan Takeshi Kaneshiro and...jeng jeng jeng....Andy Lau.

Alright....
itu lah dia senarai filem yang i suka...
yang i boleh tonton
berulang-ulang-ulang-ulang kali
hope y’als like my list...




Wednesday, November 13, 2013

fesyen musim hujan

ni lah diaaa....
fesyen musim hujan




the real thing.
petang semalam masa buat kerja kat pejabat
tolong-tolong MizRinda and Kakak Ross
dan tolong big teacher jugak....
hujan tiba-tiba lebat....
lebat sangat!

nak dibuat kisah...
tak bawak payung lah jugak.
cuma MizRinda jer yang ada bawak payung. 

so, kitaorang yang kreatif ni 
mula laaa mencari barang untuk kaver kepala...
Kakak Ross guna beg plastik
dan ai pulak guna kotak....
hehehehe...


Saturday, November 9, 2013

cikgu ERT memasak : Dagin Blek Peper

 hamboiiii....
y'als harusss terpesona kannnn?



ni dia resepi special i 
masa hujung minggu ni...
aktiviti menge"nyah"kan rasa boring 
sebab tinggal sorang-sorang 
kat kuarters di sekolah.

naseb baik laaaa
ada nyah Fina and nyah Kak Idot,
tak lah boring sangat 
waktu petang macam ni...
malam ni pun ada geng 
untuk sama join makan-makan

ai ni memang lemah hati 
kalau makan sorang-sorang
so, kalau ada geng 
yang nak lepak makan sama
i alu-alukan ketibaan they'als
kalo boleh bersewang atau menari ngajat...
memang ai akan buat tarian tu 
masa sambut they'als datang

cuma nya ai tak laaa se'ting-tong' begitu 
nak menari-nari sebelum makan kannnnn....
heheheheh


okehhh
nak resepi yerrr.....
nah...ni dia....

bahan-bahan nya ya bukkkk :
daging dipotong nipis
sos cili 
kicap manis
sos lada hitam
mentega untuk menumis
halia
bawang putih
bawang merah
bawang gergasi untuk hiasan
gula dan garam ikut tahap kesihatan y'als....hahaha

okay, mula-mula y'als tumiskan dulu 
bawang putih, bawang merah dan halia....
bila dah harum bau ditumis, 
korang CAMPAKkan daging 
masuk ke dalam kuali tu!

jangan biar air daging tu kering
so, sebelum dia kering...
masukkan kicap manis dan sos cili....
ini pun ikut kadar daging yang y'als guna
kalo banyak daging, 
banyak laaaa kicap dan sos tu...

kemudian, goreng gaul semua nya 
sampai kuah nya pekat sikit...
haaaa...bila dah pekat tu, 
masukkan sos lada hitam
nak lagi pekat dan anggun...
masukkan lagi banyak...
okeh...letak sikit air 
supaya senang menggaul
air tu nak bagi daging tu senang empuk
sebab y'als perlu masak daging ni guna api sederhana

lama-kelamaan
kuah tu akan makin pekat...
sekarang masukkan laaa 
gula dan garam sikit ikut taste
atau pun ikut keadaan kesihatan y'als.
taburkan bawang besar yang dihiris bulat tu...
gaul lagi...sampai pekat betul-betul...

bila dah siap tu...hidang laaaa
ajak laki atau anak ikan korang makan sama. 
hahahaha....

okehhh, selamat mencuba.

Saturday, November 2, 2013

SERENGKA 2013 : Majlis Apresiasi Pra-Sekolah (in Polaroid style...)



tiba-tiba jerrrr kat tajuk tu
ada (in Polaroid style...) 
kannnn.......

sibuk sangat lah yerrrrr.....
okehhh...
minggu ni memang minggu yang 
very the busy di school
dah laaa ada exam....
kemudian ada jugak majlis apresiasi 
untuk students pra-sekolah 
pada hari Khamis tu.

ehemmm...
bagi yang tak tau 
apa benda 'majlis apresiasi' tu...
konsepnya lebih kurang macam 
majlis penyampaian sijil dan hadiah jugak laaa
cuma diberi nama 'majlis apresiasi' 
untuk bagi bunyi lagi grand gitewww....
alaaa....macam pesen nama 
kanak-kanak zaman sekarang - 
berbelit lidah nak menyebutnya! 
dah laaa panjang-panjang nama...
tiba-tiba bin sebijik jerrr...
hahahah.... merepek dah i. 

okehhh...belok balik ke cerita asal. 
majlis apresiasi untuk pra-sekolah tu 
diadakan dalam suasana yang very simple
tapi penuh pengisian yang menarik. 

ada persembahan pembukaan tarian ngajat
ucapan-ucapan....
penyampaian sijil dan anugerah...
ada nyanyi-nyanyi
ada joget-joget gangnam setail
ada sesi bergambar-gambar
dan sudah tentu ada segmen 
yang paling i sukaaaa
MAKAAAAAANNN!!!!

hehehehe....

okehhh...kat sini i sertakan 
beberapa lagi foto semasa majlis tu....









thanks to Kakak Ros and Miss RGM 
kerana sudi menjemput i 
untuk menyibuk sama 
semasa majlis. 
girtewwwwssss.....

texts and photos by mtz
copyright controlled

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...