COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Wednesday, November 20, 2013

perangai nonton DVD yang sama beratus kali



Okehhh....
ai memang kaki nonton DVD
in fact, i lebih suka nonton DVD berbanding nonton TV
especially kalau masa i seorang di rumah
i akan pasang DVD yang best-best sahaja
i boleh layan sampai dua-tiga buah filem dalam satu petang
ehh...tolong jangan fikir bukan-bukan yerrr....
DVD filem yang suci sajerrr tau....
bukan filem gatal sek-sek!
ai budak suci murni dan baik sangat....
and also anggun tak hengat dunia jugak
(tiba-tiba)

DVD yang i akan tonton
biasanya ai dah tonton entah berapa puluh kali
geng serumah ai pun boleh tanya
“bukan ko dah tengok filem ni semalam hid?”
atau
“kali yang ke berapa ratus dah ko tengok cerita nih?”
very the sarcastic punya soalan kannn.....
teringin jugak ai nak tanya balik....
“bukan ko dah tengok bola ke semalam?”
tapi ai yakin yang teramats...
soalan ai itu akan dijawab dengan zalim 
oleh geng serumah ai....
hahaha...

okeh...
kat sini ai nak share beberapa filem
yang ai rasa seswai untuk ditonton berulang kali
well, at least these films are my favourite
and i suggest you should give them a try....
oopsss....kalo y’als rasa y’als pun ada senarai film
yang y’als dah tonton beribu kali
boleh kongsikan kat ruangan komen kat bawah...
kalo y’als nak share laaaaa

eh, jangan y’als tak mengaku 
yang y’als pernah ulang-tonton filem
ai tauuu...ada diantara y’als berulang-ulang nonton
Titanic....Ombak Rindu....Kuch Kuch Hota Hain...
betul tak? Hehehehe......

so...here’s my list of favourite DVDs....err, films.



1)      The Lion King
Filem ni i letakkan teratas, sebab ai memang minat filem ni, very family oriented dan seswai sangat untuk ditonton sambil nyanyi-nyanyi bersama. Part yang paling i suka dalam filem ni masa scene Simba dengan awek singa dia; berlari-lari guraw senda dalam hutan...sambil ada lagu “Can You Feel The Love Tonight?”. Masa yang jiwang pulak ialah masa scene Simba nak bangunkan bapak dia yang dah arwah dirempuh wildebeests. Students ai pun suka jugak filem nih...diaorang pun siap-siap nangis jugak nonton sama.




 2)      Siri filem Bridget Jones’ Diary
Hidup single, tembam and tersangatlah pathetic; membuatkan watak utama filem nih berusaha tangga kejayaan untuk mencari chenta hatinya....siap Bridget ni boleh ada dua orang mamat yang minat ngan dia...seorang mamat tu sekadar minat nak ehemm ehemm saja dan seorang mamat tu memang crazy-in-love sangat ngan Bridget Jones. Memang best...lawak British and pelat British yang very the queen Elizabeth adalah yang menarik minat ai dengan filem nih...





3)      Siri filem Pirates Of The Carribean
Siapa-siapa yang tak kenal dengan Johnny Depp, dipersilakan terjun ke lombong! Boleh y’als tak taw mamat pelik ni? guraw jerrr... hehehe.... Anyway...lakonan Depp memang best, dan tak boring kalo nonton berulang kali. Kalo boleh, i akan senaraikan semua lakonan Depp sebagai favourite ai...Cuma, ai tak dak DVD filem Depp yang lain-lain tu...cuma siri filem Captain Jack Sparrow jerrr... hehehehe....



4)      The Iron Ladies
Hahaha...filem Thai yang ai rasa paling iconic, filem yang berasaskan watak-watak sebenar cik nyah, cik pon and gegayah yang meletops sangat main bola tampar...waktu yang best dalam filem nih masa kapten team diaorang (seorang lelaki straight) marah and ugut-ugut nak tarik diri; sebab cikpons asyik gadoh-gadoh berebut jantan. So, untuk mengelakkan captain tu tarik diri, cikpons ni terpaksa laaa main bola tampar tanpa mekap...tapi, kalah lah pulak...dah tak cantekkk kannn...kapten yang meroyan tu pun tarik balik ugutan dia dan bagi peluang kat team mates dia main bolatampar dengan bermekap...terus menang dia orang lepas tuu...kelezzzzzz!




5)      Taal
Filem Hindi yang boleh layan berulang kali...sambil ai buat yoga macam Aishwarya Rai. Korang mampuu? Filem ni agak typical Hindi film punya stail...cinta antara awek anak seorang guru muzik dan lelaki anak orang kaya. Cinta terputus ditengah cerita...kemudian awek tu jadi penyanyi,penari dan pelakon femes.... si lelaki sedar cinta nya lebih mendalam dari status keluarganya. Girtewww..... tapi i lebih minat dengan lagu-lagu dalam filem nih....




6)      Priscilla; Queen of The Desert
Ni pulak kisah kehidupan tiga orang drag queen performer....diaorang kembara di gurun di tengah-tengah Australia menggunakan bas. Film ni pun sebuah film yang iconic memaparkan gaya hidup Australian dragqueen performers. Cuma, kalo y’als rasa nak nonton film ni...y’als kena lah be open-minded to dunia kehidupan dragqueen. Anyway, film ni memang best sangat dengan lagu-lagu yang boleh bikin meriah punya.





7)      Siri filem Toy Story
Amboiii...i memang peminat film dari company Pixar. Siri film Toy Story adalah fevret ai, and ai akui di sini...ai jiwang sangat masa nonton filem terakhir Toy Story 3. Kisah persahabatan alat-alat mainan  yang kita tak pernah terfikirkan, patung mainan pun ada jiwa diaorang yang tersendiri, dan patung mainan juga ada mengalami adventure yang lebih hebat.




8)      Connie and Carla
Kisah dua orang perempuan original yang cuba menyelamatkan diri dan terpaksa menyamar menjadi lelaki, tetapi bukan sekadar lelaki, tetapi menjadi lelaki yang berkerjaya sebagai dragqueen performer.; iaitu lelaki nyah. Okehh...bayangkan, dua orang perempuan original menyamar menjadi lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Women – dressed as men – dressed as women. Faham sekarang?





9)      Siri filem oleh Yasmin Ahmad
I peminat filem hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, Talentime, Rabun memang ada dalam koleksi ai.... kalo boleh, iklan-iklan Petronas yang dibuat oleh Yasmin Ahmad pun i nak jadikan koleksi jugak...





10)   Perhaps Love
Filem nih adalah filem musical, cuma....this film is a Chinese film. Film musical Cina. I boleh layan filem nih...sebab lagu-lagu dia best, and of course, terima kasih sebab ada English Language subtitle. Hehehe...lakonan Takeshi Kaneshiro and...jeng jeng jeng....Andy Lau.

Alright....
itu lah dia senarai filem yang i suka...
yang i boleh tonton
berulang-ulang-ulang-ulang kali
hope y’als like my list...




1 comment:

  1. Salam. Boleh saya tau En ada lagi tak collection filem2 Yasmin Ahmad yang disebutkan di atas? Sebab nak download tak jumpa dah nak beli DVD lagi lah dah tak jual. Sebab saya pun suka karya Yasmin Ahmad and terasa nak tengok balik cerita2 dia but nowhere to find lah. Penat dah cari. If you don't mind can you drop me a reply at my email : butterfly_twins94@yahoo.com thank you.

    ReplyDelete

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...