COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Monday, April 30, 2012

APRIL : Bulan Akademik (Minggu Matematik & Sains))

segmen terakhir Bulan Akademik 
di SK Nanga Kain....
adalah untuk Minggu Matematik dan Sains
Mr. WK mengumumkan tentang
Minggu Matematik dan Sains semasa perhimpunan
dua panitia bergabung tenaga 
untuk menyempurnakan
aktiviti Bulan Akademik....


cikgu-cikgu yang asyik dengan pengumuman
oleh Mr. WK....
banyak jugak aktiviti diaorang ni...
ada pameran Sains...
ada pameran Matematik
ada aktiviti meneka jumlah gula-gula...
ada kuiz Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris
pertandingan hafalan sifir...
aktiviti Explorace....
boleh tahan jugak laaa...
Mr. WK yang dikelilingi
peminat-peminat ciliknya....
budak-budak pun suka...
diaorang dapat join and participate 
dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
Abang Tanjong yang turut sama
mengendalikan aktiviti
Explorace Matematik & Sains
tahniah untuk Panitia Matematik dan Panitia Sains

penjaga toilet yang mengelirukan sangat!



tadi kan 
masa i tiba di jeti/pelabuhan SIBU-KAPIT
terasa sangat nak cuci muka 
yang dah rasa melekit akibat gel rambut yang cair. 


so, dengan lemah-gemalainya
i pun mengorak langkah ke toilet di jeti tuuu....
bayar 20 sen, and then baru je i nak melangkah 
ke ruangan toilet tu...
makcik penjaga toilet itu pun berkata


"Ngena' sepiak indu' nya dik wai...."
(awak guna tandas perempuan dulu..)
 i pun terkejut!
"eh, saya guna tandas lelaki laaaa...."


"Nemu meh...., tang ia ngena tandas indu' dulok...
tandas laki bedau cleaning wai..."
(Tahu laa...tapi guna lah tandas perempuan dulu...
tandas lelaki masih cleaning lagi....)


ohoooo....gitewwww....
Ya ampunnnn....
segan nyaaaaa i nak masok ke tandas perempuan; 
walaupun dibenarkan....
kesudahannya, i buka paip air, kemudian toleh kiri-kanan, 
ada dua orang makcik yang tengok i semacam jerrrr.....
i tutup semula paip air, 
then blahhhh....


"jampat amat dik wai....nama hal?"
(cepat betul awak....kenapa?)
"saya cuci muka saja..." i menjawab;
dengan muka yang separuh blurrr 
separuh tersenyum malu...


makcik penjaga toilet itu ketawa jerrrr....
hmmm...penjaga toilet yang very peramah and mesraaa....


demikian lah cerita ngok-ngek i pada petang ini, 
diharap semuanya telah terhibur dan mendapat manfaat 
dari cerita saya sebentar tadi. 
wabillahi taufiq wal-hidayah, 
asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatu, 
sekian, dan terima kasih....


tepuk tangan---tepuk tangan---tepuk tangan.....

Saturday, April 28, 2012

penceramah yang blurrr....

hehehehe...ada pulak tajuk yang begitu kannn...


okay, minggu ketiga dalam April ni, 
SK Nanga Kain telah mengadakan 
Klinik Bimbingan dan Motivasi UPSR 2012...


amboiii...i pulak dilantik sebagai penceramah untuk
Kertas 1 Bahasa Inggeris. 
this was my second time 
appointed as the penceramah. 


memang meriah bukan main lagi suasana sekolah 
beberapa hari sebelum Kem Motivasi dijalankan....
dan i yang sangat suceee murnieeeee ni 
dilantik menjadi penghias dewan ceramah...haaa....
bermacam-macam laaa yang di'design'kan...
tapi, nama jerr i bertugas sebagai penghias dewan ceramah; 
i dapat pertolongan from my fellow colleagues and students 
yang turut sama bertungkus-lumus
menjadikan design i tu realiti. 
terima kasih yang teramatzzz untuk korang semua yekkkk...emmuaaahhhh....


okay...lompat terus ke acara 
Klinik Bimbingan & Motivasi itewww..
ramai peserta dari 6 buah sekolah yang berhampiran 
dijemput untuk menyertai 
termasuk beberapa orang guru yang turut sama dipilih 
untuk menyampaikan ceramah 
bagi beberapa matapelajaran UPSR yang lain. 
like i mentioned earlier, 
i kan dilantik sebagai penceramah untuk Bahasa Inggeris Kertas 1.


sambutan para pelajar sangat menggalakkan, 
dan i rasa sangat berbangga dengan perhatian dan minat 
yang ditunjukkan oleh semua peserta.


pada sebelah malamnya pulak, 
ada aktiviti persembahan berkumpulan oleh semua peserta;
mewakili sekolah masing-masing. 
meriah sangat y'allsss....









esoknya....
majlis penutupan dan perpisahan dengan semua peserta kursus.
para penceramah and peserta dapat laaaaa sijil seorang satu...
boleh laaa tuuu....


paling best, untuk majlis penutupan tu,
lagu FIKIRKAN BOLEH 
dinyanyikan dengan cukup bersemangat oleh para peserta. 



kemudian sesi bergambar dengan semua peserta...
terharu pulak i, ada beberapa orang peserta 
nak bergambar dengan i. 
(kes perasan lagikkkkkkk)

hehehehehe.....


so, 
study hard and study smart
and of course; GOOD LUCK for your UPSR


love and best wishes
M TAUHHID Z 


thanks to: 
teachers & participants from
SK TEMENGGONG KOH
SK LEPONG GA'AT
SK NANGA ENTULOH
SK STAPANG
SK SEMPILI
SK NANGA KAIN

foto adalah hakmilik peribadi mtauhhidz
namun ada beberapa foto yang merupakan hakmilik peribadi jurufoto dari sekolah lain.
penggunaan foto-foto tersebut adalah untuk tujuan publisiti dan tidak sama sekali bertujuan untuk mengaut sebarang keuntungan. dimaklumkan di sini, semua foto telah diubah secara digital dan terlindung di bawah hakcipta mtauhhidz.

Tuesday, April 24, 2012

mana pergi bersembunyi anak orang ni?


i got this special game for everyone....
"Find The Hidden Baby"
hehehehe....




congratulations to Kakak Ross and Mr. Shukri
on the arrival of beautiful little 
Nur Ainina Hazwani
on 21st February 2012....


foto:
Hakmilik eksklusif : Syrosazizah Hassim
photography : Syrosazizah Hassim 
Digital-Photo processing : m tauhhid z
Hakcipta : m tauhhid z

Sunday, April 22, 2012

don't hate me 'coz i'm beautiful!

hahaha....
lantak lah apa orang nak kata.....




memperkenalkan sekali lagi.....
Kak Maya Chris....
Jess....
and LaDolce Dyva Nikkie....
three great teachers.....


mmmm...ada sapa-sapa nak keluarkan pekeliling keeee......
nak bukak buku teks pendidikan moral Tahun 6 keeee....
nak panggil stesen TV buat liputan khas kerrrrr...
dipersilakan.


i kenal kawan-kawan i, 
and i know they're great people!
so, tak perlu kita nak judge other people...
sebab kalau salah judging...
boleh menjadi fitnah tauuu...


gitewwwww statement i....

mesyuarat kah ini semua?


ni...
bermesyuarat keeeee...
berposing?
hehehe...memang durjana sunggoh laaaa i ni kan? 
siap amikk gambar-gambar orang masa meeting!

RGM : Ni siti ka order nuan Rinda?
MizRinda : Enggai ku...nadai nyamai peda ku dia......

Kak Idot yang pemalu sangat! 
Kak Nani yang dah tak kisah diambik gambar....
orang dah lama forfuler, semakin forfuler lah kannnnn... heheheh



maklum laaaa...
i kan ala-ala paparazzi gitewww...
perasan kunun-kunun jurufoto untuk Reuters gituuuu...
heheheheheheh

wajah auntie Roslind yang sedia difotokan....
dan wajah sentiasa ceria Kakak Connie....



jangan marraaaa
gengsi-gengsi kuuu.....

dua senyuman yang penuh bermakna...
gitewwww sangat statement i.....

siap laaaaa aku kena 
ketok/bunuh/sembelih/bakar lepas ni!

the bosses of SK Nanga Kain...
gitewwwwww....

ganas diaorang ni sebenarnya!

APRIL : Bulan Akademik (Siri Minggu Bahasa Inggeris))


Hahaha….

Kisah minggu bahasa inggeris lah pulak…
Macamana boleh terlupa nak ceritakan
pasal kesibukan minggu tu?

Okaayyy…dua minggu lepas
Adalaaaa aktiviti-aktiviti minggu bahasa inggeris
Yang diadakan dari pagi
sampai ke petang
and berlanjutan sampai ke malam…
amboiiii…letih gila I tell youuu…
naseb baik laaa ada selang hari cuti jugak…

English Language Week dimulakan pada hari selasa
sebab hari isnin tu ada Easter Monday…
kat Sarawak ni, ada cuti khas
untuk hari Good Friday dan jugak Easter Monday…

so, on Tuesday, majlis pelancaran laaaa
official launching ceremony gitewwww….
Big Teacher (headmaster laaa) gave his launching speech…
and then it was my turn to give a brief intro of the ELW
emmm…ELW ni maksudnya English Language Week yerrrrr…..

so, tahun ni takdak sangat buat video klip untuk pelancaran,
instead, I perkenalkan konsep multimedia dalam ELW…
dan siap ada tema lagi untuk ELW tahun niii…
temanya…ANIMAL KINGDOM…heheheheh

so, in my ELW introduction speech,
I telah memperkenalkan konsep multimedia, animasi
dan karya agung sastera kanak-kanak…
bermula dengan filem animasi pendek Disney..
Ferdinand The Bull…
hahahah…berjaya menarik minat pelajar lagi…
mm…kalau y’all nak tengok cerita tu… 
cari kat youtube lah yeee…
lucu cerita tu!
And then, I perkenalkan animasi Disney yang kedua….
Lambert, The Sheepish Lion.
pun best jugak….
then baru laaaa students I faham yang ELW tahun ni
bertemakan animalsssss…gitewwww

okay…skip terus ke aktiviti-aktiviti..
ada Grammar Quiz, ada Animal Planet Quiz,
ada movie night and The Lion King Quiz….
ada spelling competition…
hehhhh…macam-macam lah!

Seronok sangat bila semua pelajar terlibat aktif
masa aktiviti-aktiviti tu dijalankan
yang tak seronoknyaaaaa…..
I tak cukup masa untuk buat aktiviti yang I paling sukaaaa…
Memasak! Hehehehehehe……..

Terimakasih untuk semua rakan sejawat
yang sudi memberi bantuan dan sokongan
sepanjang Minggu Bahasa Inggeris 2012….

Tahun depan? Hehehehhe….lain lagi temanya!

Sunday, April 15, 2012

Cerita memasak ayam yang cantik ataupun dalam bahasa inggerisnya; “the story of cooking the beautiful chicken”


Hahhhh…ambik engkau,
sekilometer panjang dah tajuknya!

Okay……
yesterday, I was trying out a new recipe…
but I couldn’t do this without my domestic help,
so, I brought in my little helpers….
two of my students; Eranie and Laie…..

MTZ : Eranie, Laie…kamu berdua tolong cikgu memasak nanti ye..
            (Eranie, Laie…you are going to help me cook afterward)
Laie: Baik, cikgu…
            (Alright, teacher…)
Eranie: Nama ka’ dipanduk di’ lagik cigu?
            (Apa yang nak dimasak nanti, cikgu?)
            (What are you going cook later, teacher?)
MTZ: Ayam…tapi special sikit!
            (Chicken…but it’s going to be special!)

So, the gang and I got everything ready for cooking.

MTZ: Eranie, kamu tolong ambilkan serai lima batang….
            (Eranie, get me five stalks of lemongrass…)
          Laie pulak…kamu tumbukkan lada hitam ni.
            (Laie, crush these black peppercorns.)
Laie: Habis, ayam ni nak buat macamana cikgu?
            (So, what are we going to do with this chicken?)
MTZ: Ayam ni cikgu lah yang potong.
            (I’ll cut the chicken.)

So, here’s the recipe for “Thom Yam and Lemongrass Chicken”
sliced chicken breast meat,
diced lemongrass – about five stalks, only use the white part
crushed pepper
Thom Yam stock cube
sliced onion
ginger
sugar and salt
chili sauce and tomato ketchup

MTZ: Dah sedia?
            (Are you ready?)
Laie&Eranie: Yah….

MTZ: Okay…panaskan minyak dulu…
            (heat the oil)
Laie: Minyak…..
MTZ: Kemudian, goreng isi ayam ni dulu…
            (then, fry the chicken meat…)
Eranie: Bah, nama ka’ di gaga’ ku?
            (Dah…apa yang saya kena buat?)
(What about me…what am I going to do?)
MTZ: Eh..eh..jangan la marraaa….kamu tumiskan bawang, halia dan serai ni….
            (Eh,don’t grumble,you are going to fry the onion, ginger and lemongrass)
Eranie: hehehe….

When the chicken meat is about brown enough,
just transfer it into the wok with the fried lemongrass, ginger and onion..

MTZ: sekarang gaul sampai ayam tu nampak cantik bergaul dengan serai tu…
            (now, mix the chicken with the lemongrass until the it looks beautiful)
Eranie: Pei..pei…manuk nyadi bajik! Hehehehe…
            (pei…ayam jadi cantik! Hehehehe…)
(the chicken becomes beautiful! Hehehehe…)

Laie: Udah nya cikgu…?
            (Then what, teacher?)
MTZ: Sekarang, masukkan sos cili, sos tomato, kiub tomyam, gula, garam…
            (Now, put in the chili sauce, tomato ketchup, thomyam cube, sugar, salt…)
Laie: Laju amat…endak sempat! Madah agik baru cikgu…
            (Cepat sangat…tak sempat! Beritahu lagi cikgu…)
            (Too fast…I didn’t get it! Tell me again, teacher..)
MTZ:Hmmhh…Kamu niiii….masukkaaaaannnnn sos ciliiiii daaaannnn sos tomatoooooooo…
Laie: hahahaha…Kelalu baka nya’ cikgu!
            (hahahaha…melampaulah macam tu cikgu!)
            (hahahaha…that was just too much!)


After a few minute
the dish is ready to be served
with steaming hot rice!
Yummm….
Okay…Laie, Eranie, jemputlah makan!

Saturday, April 7, 2012

BUKU : Ferdinando, el Toro del Loco

this is another masterpiece;
a children's classic!


well, the book was actually written in English.
but, the one that i found was translated into Bahasa Malaysia
by the Dewan Bahasa dan Pustaka.


trivia....
the actual title of the book : The Story Of Ferdinand
author : Munro Leaf
illustration : Robert Lawson
Bahasa Malaysia translation by : Dewan Bahasa dan Pustaka

some more interesting points;
Walt Disney Pictures made a short animation film based on the storybook in 1938.
The Story of Ferdinand was written in 1936.
Upon release, the book was banned from circulation and distribution in Spain.
The storybook was since translated into many languages.

and guess what....
i'm keeping this book!

Friday, April 6, 2012

My Personal Pick: WSATCC goes acoustic

oh wow!!!!
the White Shoes And The Couples Company did it again!
this time....
they went acoustic!

singing and playing music
in different settings
(the first seemed to be a lobby,
and later in the street of suburban Jakarta...maybe!)

Miss Sari, Miss Mela, Mr. Rio, Mr. Saleh, Mr. Ricky & Mr. John
performed six of their famous songs....
in the first two-part series of videos directed by Vincent Moon.

the songs are
1) Zaman Remadja
2) Senja Menggila
3) Kapiten dan Gadis Desa
4) Tentang Cita
5) Matahari
6) Aksi Kucing


i enjoyed watching the videos....
a real "pick-me-up"!

just go to
whiteshoesandthecouplescompany.org
to watch the video

MY PERSONAL PICK
for this month....
so, enjoy watching okay!

Thursday, April 5, 2012

from the boat, and into the van....

fuuuiiiii.......
panas melampau sangat pulak cuaca hari ni.
nasib baik laaa tak sampai sakit-sakit kepala. 


okayy...
hari ni kitaorang balik bercuti 
sempena cuti Good Friday esok...
perjalanan bermula dengan perahu dari sekolah
sehinggalah ke pengkalan/perhentian Nanga Mujong. 


sebaik jerr tiba di Nanga Mujong, 
van pengangkut dah penuh laaa pulak. 
sooo...sebab baik hati sangat 
and tak sanggup nak bersesak-sesak 
di dalam van yang dah macam tin sardin tu....
maka, Mizz Rinda, Kakak Connie and i 
memilih laaa untuk naik van yang seterusnya...
biar laaa geng-geng yang lain beredar ke Kapit dulu...


so, sementara menunggu van datang tu...
kitaorang bertiga berchit-chat laaa 
dengan makcik-makcik yang ada kat perhentian tu. 
best pengkalan tu ada menjual 
minuman and makanan ringan sikit...
so, tak laaa dahaga 
macam geng-geng yang sedang berada 
kat dalam van pada masa tu. 
hehehehehe...kejam sangat punya statement kannnn?


then...
bermula laaa sesi 
bergambar-gambar mesra
kat pengkalan tu...


okay laaa...sekarang i nak berehat sekejap
nak bagi rilex sikit 
selepas perjalanan naik bot and van tadi!



Monday, April 2, 2012

APRIL : Bulan Akademik (Siri Minggu Bahasa Melayu)

okayyy...
cerita pertama untuk bulan April ni...


pagi tadi majlis pelancaran Sambutan Bulan Akademik
yang biasanya disambut pada bulan April setiap tahun....
dan...pada masa inilah...
cikgu-cikgi and semua staf di SK Nanga Kain 
akan sibuk sangat-sangat.
para pelajar la yang paling gembira
sebab setiap petang akan ada jerrr aktiviti yang menyeronokkan...
that doesn't mean yang masa lain tu 
takdak aktiviti yang besttt.....
cuma masa Bulan Akademik la 
aktiviti-aktiviti lebih best. 
gitewwww....




okayyyy...
minggu pertama dalam bulan April....
of course laaa....
special untuk Minggu Bahasa Melayu.
so tahun ni....i menyibuk sikit...
apa? dah tukar panitia kerrr? 
tak...i tolong-tolong serba sedikit Panitia Bahasa Melayu...
i kan in-charge of Kelab Pusat Sumber...ewahhh...ewahhh...
so...ahli Kelab Pusat Sumber buat laaa 
sebuah persembahan koir. 
ehemmm...ehemmm...


Majlis pelancaran pagi tadi best sangat-sangat...
Kak Idot kita menjadi pengacara majlis....
(memang kebolehan dia sebenarnya!)
kemudian ucapan dari boss Panitia Bahasa Melayu 
oleh Mr. "Sport" Ridz....
kemudian ada pulak teka-teki dari Sarjan Misai....
kemudian the Big Teacher pulak bagi ucapan perasmian....
barulaaaaa...koir dari Kelab Pusat Sumber....




eh...mana pulak bahagian yang i kata 
i ada tolong-tolong tadi tu?
ehemmm...ehemm.... 
tak tengok ke gambar tu? 
yang backdrop warna-warni tu...
i le yang design and buatkan. hehehehehe.....
kelezzzzzzzzzzz...


so, next week...
Minggu BAhasa Inggeris pulak!
aaaaaa!!!!!!
English Language Week!!!!!!
bolehkah i buat yang sehebat Panitia Bahasa Melayu buat? 


sama-sama kita nantikan episod yang akan datang...
hehehehehehehe......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...