COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Friday, March 30, 2018

MOVIE : The Shape Of Water


ehemmm....ni ada satu lagi filem 
yang i nak info kat uols.




The Shape Of Water
merupakan karya pengarah filem tersohor dari Mexico
Guillermo del Toro, yang pernah mengarah film 
Pan's Labyrinth, Hellboy, Pacific Rim dan Book Of Life.

Filem The Shape Of Water telah memenangi 
Best Picture semasa Academy Awards 2018.



sedikit spoiler...sikiiiiitttt jerrrr....
filem ni menceritakan love story 
di antara seorang perempuan bisu (tapi tak pekak)
dan jeng...jeng...jeng....manusia ikan...
well..bukan laaa manusia sangat....entah...
somekind of humanoid+mudskipper amphibian.

mmm....film ni agak open, meaning....
ada scene pelakon perempuan tu very open. 
you get what i'm saying? 
so, dont watch this film with children.....
memang tak seswaiiii gitu!
Dan, kalau uols tak begitu open jugak....
tak payah laa tengok.




Pelakon-pelaon dalam filem ni semua nyaaa
pelakon yang hebat-hebat belaka.

My verdict....this film deserved the Academy Award.


MOVIE : COCO


Remember me.....
gitewwsss mukadimah blogpost ni kannn.



minggu ni tadi i pertama kali menonton filem animasi Coco.
dan i berpuas hati tahap maksima uolssss....


i hail this film as one of PIXAR's greatest film to date.
antara filem keluaran PIXAR yang terbaik....
of course, siri filem Toy Story 
dan jugak Finding Nemo/Finding Dory adalah bagus....
but for now...filem Coco memang sangat sangat sangat SUPER!



im not going to give you the spoiler. 
i suggest you go and purchase this film
and watch together with your family,
friends or students. 

Kalau menonton seorang diri, sediakan tissue....
sebab uols gerenti akan tersentuh hati and 
MENANGESSSSS meraung-raung....well,
tak laaa sampai meraung...hahaha....

i once watched this film alone while my housemate went off to teach. by then, i waz free to bawl my eyes out. 
Nasibbbbbaikkk.... kalo tak pecah rahsia i menangess gituuu.
well, secret's out. Hahaha....

Okay...i give this film one thousand stars out of five.

Anyway....enjoy watching ya.


Tuesday, March 20, 2018

Apa Yang Perlu Dilakukan Andai Anak Mengaku Dicabul?

Ni sebuah teks yang sangat bagus. Dipetik dari facebook oleh Akhi Fairuz. Thanks for allowing me to feature his article. 





Apakah yang boleh dilakukan oleh Tuan Puan andai anak kecil mengadu dicabul atau diperkosa oleh seorang individu yang dikenali atau tidak dikenali? Mari saya mulakan dengan berkongsi beberapa hal yang penting (Repost) :

1. Ajarkan sebutan yang betul bagi anggota badan sulit kanak-kanak. Untuk lelaki sebutkan ini zakar atau penis. Bagi perempuan, katakan ini faraj atau vagina. Jangan sekali-kali tukarkan ia kepada istilah yang biasa kita dengar dalam masyarakat seperti burung, bebird, bunga, pepet dan yang berkaitan. Saya akan huraikan sebabnya nanti.

2. Kemudian, ajarkan pula apakah private part yang tidak boleh disentuh, diraba atau dipegang oleh sesiapapun sama ada mereka orang yang dikenali atau tidak. Bagi kanak-kanak lelaki, ini private partnya: zakar, punggung, bibir dan dada. Bagi anak perempuan : faraj, punggung, dada dan bibir.

3. Jika ada sesiapa cuba sentuh private part pada tubuh badan, ajarkan pada mereka untuk jerit, lari dan adu. Melawan lebih baik, contoh : Tendang. Anak-anak perlu diingatkan yang hal ini serius, bukan boleh dibuat main. Ia bukan perkara yang boleh direka-reka atau untuk seronok-seronok. Selain itu, amatlah penting untuk beritahu kepada anak lelaki yang mereka tidak boleh menyentuh perempuan termasuklah adik sendiri di 4 bahagian tubuh badan (private part) berkenaan. Mereka tak boleh disentuh dan menyentuh.

Ketiga-tiga perkara di atas adalah asas yang perlu diterapkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mengenai kesihatan reproduktif atau pendidikan seks. (Jika rasa alergik perkataan pendidikan seks, tukar sahaja ia kepada pendidikan menjaga maruah diri)

Inilah 3 point yang selalu saya ulang sebelum ini. Mudah-mudahan ia memberi idea awal kepada ibu bapa untuk memulakan interaksi bersama anak-anak tentang seks.

Nak dijadikan cerita, seorang rakan saya tergerak hati berkongsi kepada 2 orang anak perempuannya berkenaan private part pada tubuh badan. Kemudian, beliau lanjutkan pertanyaan, “pernah tak sesiapa menyentuh atau melakukan perkara tak senonoh pada kakak?”

Anak beliau menjawab, “ada!” Bukan sahaja anaknya yang sulung (7 tahun), bahkan yang 5 tahun juga mengadu hal yang sama. Seorang individu dalam keluarga telah melakukan hal yang tidak senonoh berulang kali kepada mereka berdua. Lelaki berkenaan merupakan bapa saudara bagi si mangsa. Beliau sudah berkahwin!

Semua kejadian ini berlaku di dalam rumah keluarga mertua! Jantan berkenaan secara sedar sengaja menarik seluar anak beliau hingga ternampak buntut. Setelah seluar ditarik, beliau membiarkan sahaja sambil tersenyum.

Rakan saya meneruskan soal jawab dengan si anak, “apa respon kakak bila diperlakukan seperti itu?” Mereka berdua menjawab serentak, “marah! Kakak cakap pada dia janganlah buat macam ni. Tapi dia gelak je.”

Bukan itu sahaja, pelaku juga pernah mengintai serta membuka pintu bilik air ketika kanak-kanak ini sedang mandi dan melepaskan hajat.

Inilah yang diluahkan oleh sahabat saya beberapa hari lepas. Saya minta beliau bersabar, jangan sekali-kali serang lelaki berkenaan serta jangan update maki-maki di Facebook. Bukan apa, di Facebook orang jahat boleh nampak baik bila gunakan term agama dalam penulisan. Akhirnya, orang nampak dia betul, kita yang salah.

Esoknya, beliau dan suami membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Sebelum bertemu polis untuk membuat laporan, beliau telah menulis sendiri kronologi jawapan si anak serta merakam video sebagai bukti pengakuan.

Video ini akan membantu pihak forensik untuk membuat analisa. Lagipun, beliau khuatir terlupa point yang penting semasa membuat laporan.

Terus sahaja diserahkan kepada pihak polis. Polis tidak menunggu lama, hari berkenaan buat laporan, hari berkenaan juga mereka memulakan siasatan.

Tuan Puan kena maklum akan hal ini. Unit D11 berperanan untuk menyelesaikan kes seperti ini. Mereka terus sahaja menghubungi si pelaku, meminta beliau untuk hadirkan diri ke balai polis.

Si pelaku enggan dengan memberikan alasan akan ke tempat lain. Namun polis beri kata dua pada beliau, hadirkan diri atau namanya akan disenarai hitam.

Maka, si pelaku datang, polis ambil keterangannya dan ditahan reman selama 5 hari. Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tak kurang 15 tahun.

Tuan Puan yang budiman, ini satu contoh kisah yang harus menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana. Walau gangguan seksual berkenaan masih bersifat awal (intai, tarik seluar), namun dalam akta yang baru digubal di parlimen, ia kesalahan berat.

Mari saya kongsikan; Menurut Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan menarik/membuka seluar termasuk di bawah klausa 12(d) Bahagian IV Amang Seksual Fizikal Atas Kanak-Kanak.

Mengintai di kamar mandi pula di bawah klausa 16(a) (iii) dalam Amang Seksual Bukan Fizikal Atas Kanak-Kanak.

Bayangkan jika ibu bapa menyedari hal ini lebih awal, pasti setiap dari mereka tahu untuk berbuat apa andai hal seperti ini terjadi kepada anak-anak.

Kita mampu halang daripada berlakunya kes yang lebih besar, rogol, sumbang mahram, seks luar tabie. Namun itu kesedaran diperingkat mak ayah. Bagaimana pula dengan anak-anak?

Ikuti 3 langkah yang saya tulis di atas. Ia sangat membantu ibu bapa jika kejadian sedemikian berlaku. Menyebut nama yang sebenar pada anggota badan sangatlah penting andai anak ini perlu menerangkan kepada pihak polis bagaimana kejadian itu berlaku.

Sukar untuk diambil keterangan andai si anak menyebut ada ‘burung’ dimasukkan dalam ‘bunga’. Ingat, ketika siasatan, pihak polis juga akan berikan patung mainan kepada si anak. Ia bertujuan untuk anak mengenal pasti bahagian mana yang diperlakukan oleh pemangsa.

Jika yang melakukan perkara terkutuk itu ayah kandung, maka saya sarankan agar si ibu bawa ke hopsital untuk dapatkan pengesahan yang anak dicabul dan terus buat report polis. Kena beranikan diri demi masa depan anak-anak. Jika tidak dibuat apa-apa, hal itu akan membuatkan si mangsa trauma, hidup dalam tekanan hingga dewasa.

Ada ketika, hal seperti ini akan hilang keluarga, dipulaukan oleh orang tersayang (sekiranya yang mencabul ahli keluarga terdekat). Akhirnya, mereka tarik balik laporan. Si pelaku terus bebas mencari mangsa yang seterusnya. Jangan sekali-kali berundur ke belakang!

Namun jangan pula hal semacam ini digunakan untuk memfitnah si suami. Macam kes baru-baru ini. Dituduhnya si bapak cabul anak yang berusia beberapa bulan. Setelah siasatan dilakukan, ternyata anak kecil berkenaan mengalami ruam-ruam di bahagian kemaluannya.

Untuk warga pendidik, saya sarankan agar hal ini disampaikan kepada anak didik kalian. Bantu yang mana boleh walaupun perlu menemani mereka ke balai polis untuk buat laporan. Sekiranya mahu info ini disampaikan kepada para pelajar, boleh sahaja hubungi saya. Saya sedia membantu Inshaallah.

Terima kasih kepada Tuan Puan yang baca hingga habis. Apa yang boleh dilakukan adalah sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan kalian yang lain, tag orang yang tersayang serta mempraktikkannya.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#StopPerogolDalamRumah

UNICEF : For Every Child


holaaa....



ni nak berkongsi sedikit tentang program 

unicef : for every child

u'alls tau tak, menjelang tahun 2030 di seluruh dunia, 
sebanyak 167 juta kanak - kanak akan hidup dalam kemiskinan, dan dari jumlah tu, United Nation dan World Health Organization meramalkan sebanyak 69 juta kanak - kanak akan mati akibat kekurangan makanan dan bantuan kesihatan dan perubatan. Dari bilangan tu jugak, dijangkakan sebanyak 60 juta kanak - kanak di seluruh dunia tidak dapat bersekolah. 



semua ni berlaku sebab beberapa punca, yang paling utama nya adalah sebab masalah ekonomi dan politik dalam sesebuah negara tu sendiri. 

okeh.....tak mau laaaa cakap lebih-lebih pasal politik dan ekonomi ni....bahaya gtussss....hehehe...





so, berbalik kepada apa yang i nak kongsikan sebenarnya....

kita boleh join usaha murni UNICEF ni dengan menderma. Bagi kita yang di Malaysia, kita boleh menghubungi : 

United Nations Children's Fund
Wisma UN, Block C, 2nd Floor
Kompleks Pejabat Damansara
Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur, Malaysia

atau, dapatkan info melalui 
facebook : @unicef.malaysia
twitter : @myunicef
web : www.unicef.org/malaysia





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...