COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Thursday, December 16, 2010

2010....THE SPECIAL LOOK BACK

How do i start…and where do I begin…
Emm…here are some of the activities and happenings for 2010 in SK Nanga Kain. I’m going to do this first in Bahasa Malaysia, then for the convenience of the international followers, this post will be done in English. So, read on. Hehehehe….

Bulan Akademik
Sambutan bulan akademik diadakan sepanjang bulan april, dan tahun ni sambutan para pelajar sangat menggalakkan. Setiap panitia diperuntukkan tempoh seminggu bagi menjalankan aktiviti panitia masing2. Bulan Akademik dimulakan oleh panitia Science dan kemudiannya diikuti oleh Panitia B. Melayu, selepas itu Panitia B. Inggeris dan akhir sekali Panitia Matematik. Pada penghujung April, diadakan majlis penutupan bulan akademik yang telah dijalankan dengan amat meriah. Setiap panitia perlu mengadakan sekurang2nya satu persembahan yang akan dipersembahkan oleh para pelajar.

The Academics’ Month was celebrated throughout April with an encouraging participation of the students. Each committee were allocated a week’s time to carry out their activities. The Academics’ Month kicked off with the Science Week, proceeded by the Bahasa Malaysia Week, then the English Language Week and finally the Mathematics Week. The closing ceremony for the Academics Month was also a huge success. 


Gotong Royong Hari Guru
Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei iaitu pada hari Ahad, satu acara gotong royong perdana telah diadakan pada 15 Mei. Apa boleh buat…..bergotong royong lah dengan rasa ralat. Namun bila berfoto tetap senyum sampai ke telinga.

To mark the Teachers’ Day celebration on the 16th May, a clean-up party was held on the 15th. What can I say…..


Lawatan ke Rumah Bajok, Nanga Kain
Pada 16 Mei juga, sesi lawatan muhibbah ke RH Bajok telah diadakan. Lawatan muhibbah ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan baik sekolah dengan masyarakat rumah panjang. Sesi perbincangan dan soal jawab serta persembahan kebudayaan oleh para pelajar diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti.

On the 16th May, the school made an official social visit to the RH Bajok. A Q&A session with the longhouse residents and a cultural showcase became the highlights during the visit. 


Sambutan Pra Gawai
Satu majlis sambutan Pra Gawai telah diadakan pada 26 mei. Beberapa acara telah diadakan bagi menambah kemeriahan majlis tersebut. Antaranya acara sukan permainan kanak2, acara tarik-tali diantara ibubapa dan guru serta persembahan malam Pra Gawai SKNK. Hehehe, setiap kelas diminta menyediakan persembahan masing masing. My class buat persembahan pembukaan tarian sewang…. yang mana persembahan pembukaan ini akhirnya menjadi persembahan penutup gara2 masalah teknikal…#@#@%*#@  

A pre-Gawai celebration was held on the 26th May. Various events were held; such as children’s sports event, parents’-teachers’ tug-o-war, and The Cultural Night. Each class were required to do a cultural performance. My class was to perform the tarian sewang as the opening act for that night, but due to a technical mismatch…the supposed-to-be opening act became the closing act….#@#@%*#@


Majlis Hari Guru – Sukaneka
Walaupun diadakan agak lewat, sambutan hari guru peringkat SKNK telah diadakan dengan sangat meriah.  Majlis sambutan diadakan pada sebelah pagi, dimulakan dengan ucapan perasmian majlis oleh bigboss GB KS. Seterusnya tayangan selayang pandang yg direka bersama oleh Cik Rufina dgn ehemmm… me! Seterusnya, sedikit jamuan dan seterusnya acara sukaneka para guru bersama para pelajar dan AKS serta beberapa ibubapa. Warna tema untuk sambutan hari guru SKNK adalah sakit mata merah…ehh…salah, warna merah. Hehehehehe…..

The Teachers’ Day was celebrated late in June. It was a joyful occasion. The opening speech was given by the Headmaster, and then a short multimedia show made by Ms. Rufina and ahemm..me! A telematch soon followed, with the participation from the teachers, students and parents. The main color of the day was red….as in red shirt, red curtains, red backdrop…and red eyes. Hehehehehe….


Banjir lagi....dan lagi..dan lagi...
Tak sah kalau tak banjir di SKNK, paling kurang setahun dua kali….and for this year there were 5 times. Haru betul, kadang2 banjir setakat padang je, kadang2 banjir sampai menjenguk masuk ke asrama dan kuarters guru. Dah lah tu, banjir sampai dua hari tak surut2….alahai. dengan itu juga, terbuka lah rumah I untuk menerima mangsa2 banjir. Dipersilakan dengan tangan terbukaaa… Heheheheh…..sori laa, takde gambar, dah boring dah asyik amik gambar banjir saban tahun.

SK Nanga Kain is a prime candidate for flooding…and for this year, SK Nanga Kain was hit by the flood 5 times! Sometimes, the flood reached the school field, but there were times the flood reached the teachers’ quarters and the the students’ hostel. Hehehehe…no picts for this one, I’m sick and tired of this flood-thingy.

Lawatan ke Rh. Insong, Ulu Sungai Kain
Oops…sempat pulak kitaorang buat rombongan kecik pergi melawat rumah panjang Insong, iaitu rumah panjang si Menara Minggu dan si Steward Jap. Kemudian bergambar beramai2 kat sebuah batu besar kat tepi sungai rumah panjang tu. Bessstttt….

Ooppps…a small group of us made an impromptu visit to RH. Insong, the home of Menara Minggu and Steward Jap. We took some photos on the rock by the river. 


Bulan Kemerdekaan
Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah SKNK telah diakan pada minggu pertama Ogos. I tak tau sangat apa yang berlaku masa majlis nih, sebab I takde kat skool. Hehehehe…gambar2 ni pun diambil dari kak jessnita.

The official launching of the SK Nanga Kain’s Merdeka Month was held in August. I can’t say much about this because I wasn’t present o n that day. I got these pictures from miss jessnita. Hehehehehe…..


Motivasi – Trek Rimba
Bahagian Ko-kurikulum telah mengadakan trek rimba untuk semua pelajar Tahun 6. Aktiviti diadakan sebagai aktiviti sokongan motivasi dan riadah ilmu para pelajar tahun 6 sebelum menghadapi UPSR.
I tak ikut sebab tak sanggup nak meredah hutan, bulan puasa you…. tak rela I nak letih2 gitu….hehehehe. tapi memang diaorang enjoy jalan2 dalam hutan. Para pengiring trek rimba ni adalah cikgu Semang, cikgu jess, cikgu Laura dan puan Connie.

The Co-Curriculum dept. organized jungle trekking activity for the Year 6 students a few weeks before the UPSR examination. Well, I didn’t join because it was the first week of the fasting month y’all…hehehehe. But the students did enjoyed themselves trekking in the jungle. Mr. Semang, Jess, Mdm Laura and Mdm. Connie accompanied the students during the activity.



Majlis Anugerah SKNK & Majlis Perpisahan

Di penghujung sesi persekolahan, diadakan pulak Majlis Anugerah SKNK. Ramai pelajar telah diberikan hadiah di atas pencapaian akademik mereka yang cemerlang. Beberapa anugerah telah disampaikan, diantaranya, Anugerah Pelajar Terbaik UPSR (Aggi Kana dan Christy Seruan) Anugerah Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum dan Anugerah Pelajar Contoh Terbaik (Menara Minggu) Olahragawan SKNK (Dannelson David) Olahragawati SKNK (Erra Assat). Di penghujung acara, satu majlis dedikasi khas diadakan untuk dua orang guru yang berpindah, iaitu Cikgu Zairy dan Cikgu Laura. Satu sesi berfoto beramai-ramai diadakan pada penghujung majlis.

An award ceremony was held at the end of the semester. Several students received their awards based on their achievement throughout the year. Awards given to the students; such as Best Students for UPSR  (Aggi Kana and Christy Seruan), Best Achievement in Co-Curriculum and Best Student (Menara Minggu) and Best Achievement in Sports (Dannelson David and Erra Assat). Later, a special dedication for the two teachers who are transferring from the school. A group photo session followed after.   


Secara peribadi, tahun ini merupakan satu tahun yang cukup mencabar. Namun, bila melihat kembali koleksi gambar dan video; dan mengimbas kembali segala kekurangan dan kelebihan SK Nanga Kain, rasanya SK Nanga Kain telah berjaya 100% dalam merealisasikan motto sekolah; TO BE BETTER THAN WHAT WE ARE. Apakah lagi yang bakal berlaku tahun hadapan….. warga SK NANGA KAIN  bersedia menghadapinya. DIRGAHAYU SERENGKA!

Personally, 2010 was a challenging year for SK Nanga Kain. But, going through the photos and videos; and looking back at the lows and highs of SK Nanga Kain, I think we achieved a hundred percent in making our schools motto a reality; TO BE BETTER THAN WHAT WE ARE. What’s installed for next year….we at SK NANGA KAIN are ready for the challenge. LONG LIVE SERENGKA!

Credits:
Headmaster: Mr. Kadum Sumbang, PK1: Mr. Semang Kulih, PKHEM: Mr. Hamdan Seri, PKKK: Mr. Jesion Meding, Mr. Wan Kamarol, Mr. M.N. Zawawi, Mr. Muhd. Ridzuan, Ms. Sarida, Ms. Nornasyiha, Ms. Nurhaniza, Ms. Norsham, Ms. Rufina G. Mied, Ms. Linda Jim, Mdm. Roselind, Mdm. Conny, Mdm. Siti Habsah, Mr. Siban, Mr. Matthew and Mr. Patrick .

A special thank you to Mr. Mohd. Zairy Zainordin.

A super-special thank you to Madam Laura Singi.

sincerely
m tauhhid z @ mamarock (hehehehe....)

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...