COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Friday, May 6, 2011

LAWAK yang berhantu!!!!!

hi y'all.....

i'm not feeling quite chirpy lately. but, i'm trying to stay positive no matter what.
so now, i'm sharing some of my favourite jokes that i dug out from the internet. the jokes are in Bahasa Malaysia.
ok, lawakz yang i nak share ngan korang ni adalah tentang hantu.
so, kat sini ada beberapa lawak yang i nak share ngan korang.

Lawak Hantu 1

Ziana dan Tuyah baru pulang dari mengaji. Untuk sampai ke rumah, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.

“Nyah, ko dengar tak bunyi tueee…?”tanya si Ziana pada Tuyah.
“Ada nok….bunyi ape tuee…?”kata si Tuyah dengan penuh serrremmm.
“Ntah lah….tapi mak dengar macam dari kat area kubur tu je.”jawab si Ziana.  

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu ,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ziana dan Tuyah bersuara "Fuuufff...terkejut we all, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kiteorang tergezut jerr taww".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."tukang buat batu nisan ni bodoh!! Dia salah eja nama aku!"

Maka, bertempiaran larilah Ziana dan Tuyah!


No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...