COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Sunday, September 11, 2016

Congratulations!


Tahniah untuk skuad Paralimpian negara. 
We are so proud of you.




 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta rekod Olimpik baharu menerusi acara 100m T36, manakala Muhammad Ziyad Zolkefli memadamkan rekod dunia lama dalam acara lontar peluru F20.
KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio di Brazil, di mana satu daripada kemenangan itu turut mencipta rekod dunia baharu.
Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (cerebral palsy), pada Sabtu, disusuli pingat emas kedua disumbangkan Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Malaysia pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada paralimpik sebelum ini.
Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat yang juga rekod kejohanan baharu, meninggalkan Yang Yifei dari China (12.20s) di tempat kedua dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah, Brazil (12.54s) di tempat ketiga.
Muhammad Ziyad pula melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk meraih emas dalam cubaan kelima, sekaligus memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.


No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...