COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Friday, October 18, 2013

Segmen Mari Belajar Memasak : Rempah Empat Sekawan





Cehhhh…berangan sangat laaaa aku ni
kunun pandai memasak!
Hahaha…. 
 
Well, anyway, segmen belajar memasak ni
lebih berfokus pada bahan-bahan
yang biasa kita akan guna dalam masakan….
jadi nya buk, gwe bukan berkongsi resep,
gwe hanya mau berkongsi informasi aja.
Amboiii…. sempat ke Jakarta sekejap yerrr…..
Hehehe….

So, segmen pertama ni akan meraikan
empat bahan yang utama dalam masakan
berpesen tumis-tumis.
(yah ampunnn…rosak tatabahasa!)

Inilah dia…rempah tumis empat sekawan
Kulit kayu manis
Cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang






Kulit kayu manis 
atau nama orputeh nya cinnamon
adalah rempah yang basic.
Rempah ni boleh ditumis terus
ke dalam minyak yang panas,
atau digiling halus menjadi serbuk.
Tapi, kalau nak serbuk yang lagiii halus,
boleh beli serbuk kulit kayu manis
yang ada dijual kat kedai.
Kedai mana?
Kedai jual basikal!

Tips : Kulit kayu manis boleh dijerang bersama kopi untuk menghasilkan rasa kopi yang very the masyukkkk….






Cengkih 
ataupun lebih mesraaaaa dipanggil ‘clove’
dalam bahasa orputeh
adalah kawan kamceng dengan kulit kayu manis.
Cara nak guna nya pun lebih kurang sama,
boleh ditumis terus ataupun ditumbuk halus.

Tips: kalo nak bagi hasil panggang ayam berbau wangi, lumurkan ayam dengan minyak dicampur hirisan serai dan sedikit serbuk cengkih. Kompom (confirm) wangi nyahhh…..







Buah pelaga ataupun cardamom
(tak reti nak sebut? ikut cikgu ni…..
sebut ‘ka de mem’. Bukan ‘kau demam’ yerrr…)
pun rempah yang mesti dalam kategori 
rempah empat sekawan.
Tapi I heran laaa…
nape banyak orang tak suka rempah ni?
mungkin sebab rasanya yang melangit pelik kottt….
tapi, for me, durian pun pelik jugak rasanya.
Ehem….

Tips: Goreng tanpa minyak beberapa bijik cardamom untuk beberapa saat jer, kemudian tumbuk hancur cardomom tu, kemudian boleh guna seperti biasa. Untuk rasa daging yang best, perap daging dengan sebuk cardamom. Paling best daging tu untuk buat masak kurma daging.






Bunga lawang….
atau nama orputih 
yang very class sangat iaitu star-anise
adalah rempah yang paling anggun 
dalam rempah empat sekawan nih.
Biasanya sebagai hiasan, 
jarang orang nak tumbuk halus bunga lawang ni…

Tips : takdak tipsss….hahaha…boleh ditumis macam biasa jaahhhh….

Okay…..
Demikian lah tadi kelas Ekonomi Rumahtangga.
So, teruskan menunggu untuk segmen seterusnya…
Hehehehe….

Sudehhhh….

photo source : wikipedia.org
digital enhancement by mtz
text by mtz
 copyright controlled

2 comments:

  1. Terimakasih Artikel Segmen Mari Belajar Memasak : Rempah Empat Sekawan nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Kue Kacang Tanah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nk tnye klaau kite terlebih masukkan 4 sekawan nie dalam masak terutama bunga lawang dgn buah pelaga rasanya memang senang cite melangit laa..tau tak cara nk kurangkan or hilang Kan rasa tu ..xtahan laa bila makan...tips?

    ReplyDelete

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...