so, semalam i dengan penoh kerek dan riak dan sombong; mencabar Kak Idot kita untuk perlawanan badminton, dua lawan satu lagi tuuu....penuh keyakinan sangat kan.... jemputan (lebih kepada mencabar sebenarnya....) dibuat melalui facebook leee....
so, pada pukul lima petang, i pun mula lah mengorak langkah ala-ala scene Elle Driver dari film Kill Bill, bersedia nak membunuh orang tuh; but instead of carrying an umbrella, i carried a bag full of badminton racquets...(apa kaitan cerita nih?). okey, pusing balik kat cerita i tadi. Kak Idot belum lagi bersedia nak berbementen, so i pun mula lah dengan kerek nya mencabar tiga orang jejaka terhangat di pasaran untuk bermain badminton ngan i. jejaka-jejaka tersebut adalah Pet, Azizi and Awie. tapi, ada satu syarat yang i kenakan (very the diva sangat kan perangai i nih...), Azizi tak boleh satu team ngan Pet, dan pukulan smash DIHARAMKAN sama sekali! so, i berbadminton lah tiga set dengan tiga orang nih. keputusannya adalah, team AZIZI&MTZ (1) vs. PET&AWIE (2). my team kalah gitewww.....hehehe, tersipu-sipu malu i.
kemudian, datanglah si HAMDAN menggantikan AZIZI. canteekkkkk...Medan pun pakai baju merah sama kaler ngan i, so, nama team kitaorang adalah errr...Team Baju Merah. perlawanan cuma dua set jerrr...PET&AWIE masih lagi mendominasi perlawanan, diaorang menang lagik! Adoi....
okay....tukar team mate, sekarang HAMDAN&PET menentang AWIE&MTZ. perlawanan tambah dua set lagi. haaaa....jaga-jaga lah korang! AWIE is now on my side! Yakin diri (juga dikenali sebagai kekonfidenan!) sangat i yang kekalahan i tadi akan ditebus dengan adanya Awie.
tapi...HAMPEHHHHH......
KALAH jugakkkk! well, it was my fault as well. terkenjet-kenjet masa main badminton! keputusannya adalah: HAMDAN&PET menang kedua-dua set. hmmmm.....
Hamdan: Eh, dah berapa round dah ko main Hid?
MTZ : Entah(semput nafas), baru enam kot?(semput lagi...)
Akhirnya, orang yang ditunggu-tunggu datang jugak. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Sarida Mohamed, bla, bla, bla.....ke gelanggang badminton. okey...nampak gayanya, Kak Idot akan berpartner ngan Medan, dan i pulak berpartner ngan Miss RGM. Awie jadi reff....
Kak Idot: Cikgu Tohit jangan lupa, siapa kalah kena masak....
MTZ: Who...me?
Kak Idot: Ye lah....memang Cikgu Tohit akan masak laaaa.....
MTZ: Alaaa.....i tak akan masak laaa.....sebab yakin menang nih!
Medan: Dah masak benar ku ngan perangey duak ekor tuk! hehehe...
RGM: Can we start now?
MTZ : amboiiii...sik sabar gitewwww....
Perlawanan sebanyak tiga set itu berjaya dilaksanakan. Keputusan perlawanan itu i akan umumkan dalam blogpost yang akan datang yeee......
just kidding!
haduiii.....team KAK IDOT&HAMDAN menang (2) vs. RGM&MTZ (1).
akaiiiii.......memasak lah aku.
moral nya disini: jangan riak, sombong dan over konfiden kalau bermain badminton; pesanan buat diri sendiri.
RGM: Eh, dah berapa round kau main badminton?
MTZ: Lapan round lah pompuan....
Awie: Sepuluh.....cikgu Tohit main sepuluh round. tiga round partner Azizi, dua round partner Medan, dua round partner saya, tiga round partner Cikgu Fina. Sepuluh....
RGM: apuuuuu....
MTZ: akai...parai meh aku tuk lagik! (mati la aku ni nanti!)
hehehe...sesaje je nak letak sketsa yang akhir tu, nak bagitau yang i main sepuluh round tanpa henti!
KO BOLEHHHHHHHH? (kes riak lagi...memang tak insaf punya orang!)
hehehehehe.....
(off-record: tertidor awal malam tadi, selepas dinner, telan pain killer sebijik sebab sakit bahu+lengan, baring kat sofa...dan akhirnya...tak sedar kroohhhh sampai pagi kat ruang tamu)
Rindu amat dgn ng kain.....
ReplyDeletehaha..dah makin slim skrg MTZ gr2 main badminton.caiyok2
ReplyDeleteslim kerrrr? masih sendat je rasanya ni haaaaa....
ReplyDelete