COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Sunday, March 20, 2016

Makan : Puding Roti Recycle Berkastad


daripada dibiarkan jaaa dalam peti sejuk
bagusss di proses-proses jadi dessert
kannnn.....hehehehe



ini dia puding roti dengan sos kastad
dan baked donut...


roti dan donut ni dah empat hari dalam fridge
sebelum rosak mereput
dan sementara masih boleh dimakan
i jadikan dia sebagai dessert

resep nya mudah ajaa...
bahan-bahan dan olahan nya ya bukkkk.....

pukulkan 500ml susu cair
bersama 4 sudu besar gula, 
2 biji telur dan sesudu kecil esen vanilla


koyak-koyak 10 keping roti
dan rendamkan dalam adunan susu cair tadi
kemudian masukkan dua sudu besar mentega 
yang dah dicairkan
dan taburkan kismis
kemudian gaul-gaul messsrraaaa

tuang aduna yang dah siap 
kedalam loyang bergris
dan bakar dalam oven berkepanasan 180c
sehingga masak.
jangan takut kalo uols tengok bread puding tu
mengembang besar...
cuma pastikan loyang yang uols guna tu
tak kecik sangat

buat sos nyerrr
campurkan 1 tin susu cair
dengan 1/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastad 
dan 2 sudu besar gula
pukul bahan-bahan ni dalam bekas 
yang diletak di atas seperiuk air panas.
teknik ben marrie gtewww...
pukul sampaaaiiiii kuah tu pekat
ikut rasa yang uols nak laaa.....

donut bakar pulak 
lagiiii senang...potong setengah donut tu
dan bakar sekali dengan puding tu 
kat dalam oven
habis cerita. 

demikian lah tadiiiii
resep nya ya buukkkkkk....

enjoy equinox uols.
it's equinox day today!

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...