COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Saturday, May 10, 2014

Top Ten Best Female Vocals : My Selection


okayyyy....
this time around i am sharing my top ten pick
my personal choice of
BEST FEMALE VOCALISTS

but, let me remind y`alss first 
this is my own favourite list 
so, in no way this is a professional selection.

so let me begin

SADE
SADE actually nama kumpulan dia 
nama makcik ni sebenarnya adalah Sade Adu
berasal dari Britain dan ada darah berketurunan Nigeria
Sade biasa menyanyikan lagu-lagu berirama jazz, soul dan pop
dan lagu-lagu dia yang paling best adalah  
Smooth Operator, The Sweetest Taboo dan By Your Side.
Y`als boleh cari sendiri kat youtube kalau nak dengar lagu-lagu ni
p/s: peminat-peminat fanatik dia kata, suara Sade adalah suara yang paling 
menusuk ke jiwa pada masa diaorang ferfeeling romantik gtewww....


ASTRUD GILBERTO

 hehehe...makcik yang gigi macam arnab ni memang femes sangat 
berasal dari Brazil dan merupakan penyanyi soul, bossa dan Latin jazz
yang sangat terkenal dengan nyanyian semula lagu oleh
Antonio Carlos Jobim iaitu The Girl From Ipanema
lagu-lagu lain yang sama best jugak adalah 
Dindi, Aqua De Beber dan Fly Me To The Moon


LAURYN HILL

haa.....cik kak ni pulak seorang penyanyi 
hip-hop dan rapper yang mempunyai suara serak-serak kering
(antonim untuk suara serak-serak basah gtewwww)
penerima lima anugerah Grammy untuk album solo 
dan lagu hip-hop yang best sangat
"Doo Wop That Thing..."
p.s: syyy....cik kak ni pernah kena penjara tauuu...
sebab lari dari bayar cukai


LATA MANGESHKAR

korang sumuaaaa...kenal tak nenek nii?
kalo y`als peminat tegar lagu-lagu 
dari filem Hindustan yang lama-lama
sudah pasti y`als pernah dengar suara dia nyanyi....
nenek ni memang penyanyi latar filem yang very the forfuler 
dan dia diberikan nama timangan yang seswaii sangat dengan dia 
iaitu The Nightingale Of India
korang cari lah sendiri lagu-lagu yang dia pernah nyanyi 
tak kuasa i nak senaraikan kat sini
sebab dia nyanyi banyaaaaakkkkk sangat lagu
p.s: adik nenek ni pun femes jugak nyanyi....nama adik dia adalah Asha Bosley.


LEIGH NASH

haaa...yang ni i yakin yang teramatssss
y`als mesti tak kenal
cik kak ni merupakan penyanyi bagi kumpulan 
Sixpence None The Richer
sebuah kumpulan yang biasa menyanyikan lagu
pop, country dan Christian rock
dan lagu yang paling femes kumpulan ni adalah
Kiss Me dan There She Goes
cari sendiri kat youtube yerrr.......
suara dia diibaratkan oleh majalah Rolling Stones sebagai angelic
macam suara malaikat gtewwwwwww
p/s: cik kak ni mengalami Lazy Eye Syndrome...mata kecik sebelah!
tapi Tuhan Maha Adil, kekurangan dia digantikan 
dengan kelebihan suara yang sangat merdu.


MINA
ni makcik yang berasal dari Itali
seorang penyanyi yang terkenal dengan rancangan televisyen 
lewat 60an dan sepanjang 70an dolu-dolu.....
kalau dia nyanyi...haaahhh....bergema satu studio dia
suara soprano dia lantang, lagi lantang dari suara Kak Ning kitaaa
i pun baru discover makcik ni kat youtube....
korang cari sendiri lagi lah yerrr......


LISA STANSFIELD

penyanyi British yang femes ni
mempunyai style menyanyi yang best
dan suara dia pun "very the woman" kata orang
dia pernah datang ke Malaysia pada tahun 1992
untuk buat konsert
lagu-lagu dia yang femes adalah
All Around The World, Never Never Gonna Give You Up
dan All Woman.


ELLA FITZGERALD

penyanyi yang berbadan besar macam banglo ni
merupakan pelopor vokalis jazz zaman tok nenek kita dulu
style nyanyian dia yang paling terkenal adalah swing dan jugak scatting
tak banyak penyanyi jazz sekarang boleh menyanyi macam style dia
mana-mana peminat muzik jazz memang akan ada koleksi 
lagu nyanyian nenek ni, sebab dia memang legendary


KAREN CARPENTER

okeyyy...yang ni memang fevret i sejak zaman kecik dulu
penyanyi ni memang femes dengan lagu
Rainy Days And Mondays, We`ve Only Just Begun, 
Sing, Solitaire dan macam-macam lagi.....
dia juga dikatakan mempunyai paru-paru yang paling power
sebab dapat tahan not lagu rendah sampai lebih 15 saat. 
sayang nya, cik kak ni meninggal dalam usia yang sangat muda
akibat komplikasi dari sindrom aneroksia

eh.....antarabangsa jerrr kerrrrr...
Malaysia punya takdak kaaa?

eh, mestilah adaaa.....
tapi i yakin mesti y`als tak sangka dengan pilihan i
nooo...i tak pilih Tok Siti....bukan jugak kak Jiana Jen
jauh sekali nak pilih Kumpulan Feminin....
oh tidakkkk!!!!!

ini dia pilihan i....
the songbird of Malaya (pada masa dulu...)
penyanyi tersohor dan lagenda Malaysia







SALOMA

perlukah i ulas lebih panjang lebar tentang penyanyi tersohor negara ni?
Allahyarham Puan Sri Saloma merupakan 
penyanyi jazz, pop, tradisional asli, dan penyanyi latar filem yan terkenal
dan beliau juga merupakan isteri kepada seorang genius lagenda Malaysia
P.Ramlee.
pernah merakamkan banyak album dan juga menyanyikan banyak lagu untuk filem
dan lagu dari filem yang beliau nyanyikan yang menjadi fevret i adalah 
Bintang Malam dari filem "Do Re Mi".



so, itulah dia senarai penyanyi wanita dengan vokal yang best
senarai yang i sendiri buat
berdasarkan minat i pada suara mereka
tapi, mesti ada yang heran....
lebih-lebih lagi yang biasa mengikut blog i ni....
mana dia Amy Winehouse tak tersenarai?
mana Bjork?

hehehehe....i rasa , kalau i senaraikan kat sini...
korang akan rasa muak dan tentu 
dah menjangka senarai ni akan jadi typical.

sebenarnya i pun nak senaraikan 
Hantu Kak Limah kat sini....
alaaa....antu Kak Limah kan femes sangat 
dengan lagu enjit-enjit semut.....

"apa pulak kaitan ngan aku?" kata Kak Limah.




sudeeehhhh......

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...