COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected
Showing posts with label cinematography. Show all posts
Showing posts with label cinematography. Show all posts

Sunday, July 2, 2017

CINEMATOGRAPHY : Best Musical Films


lama dah i cuba nak buatkan 
blogpost ni...
cuma i kena fikirkan dan pilih 
isi kandungan yang sesuai

So, for now i could come up with a few examples that you might be familiar with, and a few you might never have heard of, all in the spirit of sharing. 

here are my favourite 
MUSICAL FILMS.

According to wikipedia.org :
"The musical film is a film genre in which songs sung by the characters are interwoven into the narrative, sometimes accompanied by dancing.
The songs usually advance the plot or develop the film's characters, though in some cases they serve merely as breaks in the storyline, often as elaborate "production numbers".

FROZEN (2014)

kalau dah namanya Disney, tak sah kalau takda elemen muzik dan nyanyian. FROZEN merupakan salah satu filem animasi Disney yang paling meletops di seluruh dunia. jalan ceritanya basic...cuma lagu -lagu dari filem ni sangat popular dan diminati oleh kanak-kanak. 

EVITA (1996)

filem ni agak kontraversi sikit, sebab pelakon utama filem ni adalah Madonna mak ayam tu.. filem ni tidak begitu mendapat sambutan di Argentina, sebab warga Argentina tidak begitu menyukai Madonna. Gtewwsss... Tapi, Madonna telah berjaya membawa watak Eva Peron dengan bagus, dan nyanyian dia memang kerlazzz sangat.

INTO THE WOODS (2014)




filem yang paling best yang i minat sangat. gabungan atau remix version cerita cerita dongeng seperti Cinderella, Jack and the Beanstalk, Rapunzel danLittle Red Riding Hood. Hampir 95% penceritaan dalam filem ini disampaikan melalui lagu. 


LA LA LAND (2016)



hehehe...sekarang ni pulak i dah meminati filem muzikal ni. Disebabkan kebanyakan lagu dari filem ni berirama jazz, i terus minat. Lakonan Ryan Gosling dan Emma Stone pun best jugak....tapi Ryan Gosling laaaa yang paling best dalam filem tu... ehh...


Eh...dari Malaysia takda ke filem muzikal?

Ada...tapi tak laa semeriah filem-filem dari luar. Tapi, ada jugak filem muzikal Malaysia yang hebat. So, kat sini jugak ada i sertakan beberapa filem muzikal dari Malaysia yang pecah rekod. 

ROCK OO (2013) & ROCK BRO (2016)





Dua filem ni memecahkan tradisi perfileman Malaysia yang pada masa ni lebih banyak berunsurkan jiwang cinta karat adaptasi novel. Filem ROCK OO dan ROCK BRO mengetengahkan banyak lagu-lagu rock dan balada rock yang popular sekitar tahun 80an dan 90an. Filem-filem ni adalah karya dan arahan pengarah terkenal Malaysia, Mamat Khalid.


MAN LAKSA (2006)



salah satu lagi filem karya Mamat Khalid. Filem muzikal komedi yang berlaku di sebuah acara amal di Kampung Talang. Filem ni melibatkan banyak persembahan muzikal, kebudayaan dan drama. 



MAGIKA



filem muzikal pertama arahan Edry Abdul Halim ni mengambil banyak unsur cerita cerita dongeng dan lagenda Melayu. Ada Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Orang Minyak, Hang Tuah Lima Bersaudara dan banyak lagi. Banyak jugak lagu-lagu original yang dimasukkan ke dalam filem ni. Ehem....perasan tak, filem ni ada macam elemen persembahan muzikal broadway Into The Woods? Tapi, filem ni lagiiiii awal dari filem Into The Woods tu.... Apa apa pun, filem ni memang best!


Okay lah uols....
kalau uols memang peminat filem genre muzikal, these films are worth the watch. Go ahead, find them and watch. Get ready to hum along...or sing...or dance altogether. 

Happy watching...



Friday, April 14, 2017

Filem : LION


Hai....dah tengah bulan April dah pun....
macam kurreeng jer cerita kat blog i ni.
Well, i will try my best to share 
and find some time to share with uols
many of the interesting stuffs 
that happened these few days.

Let me start with something light.

Yesterday i watched this very interesting film
en route from Kapit to Sibu
i put on my headphone
turned up the volume
and spend almost two hours watching
LION. here's the poster....



mantap hebat meletup kebaboom
filem nii...

even watching without subtitle
this film was an easy watch
i guess because the acting was so good
no one hardly need translation to understand. 
gteewwwsss...

Lakonan mantap dari pelakon pelakon 'A - Class',
jalan cerita tentang pencarian diri
perjuangan hidup
kekeluargaan
dan kasih sayang; 
walaupun macam isi kandungan 
buku teks Bahasa Malaysia Tahun 6,
tapi masih relevan dengan isu-isu kemanusiaan.
(kalau uols tibatiba rasa ayat i macam boring...
uols dibenarkan tidor sekejap...hehehe)

filem ni dilakonkan oleh 
Dev Patel, Nicole Kidman 
dan beberapa lagi nama yang tak dikenali
but the biggest star in the film is...
the little child actor, 
Sunny Pawar.
patut dicalonkan untuk best actor budak ni...
kuahajak pandai sangat berlakon.

Sunny Pawar



Dev Patel

Nicole Kidman


anyway, kalau uols ada peluang
boleh laaa nonton sendiri filem ni. 
boleh sewa dari astrobest kerrr...
tengok kat wayang kerrr...(dah tahun lepas rasanya)
atau mintak sambil buat muka kiutmanja 
kat kawan uols yang ada download cerita ni. 

gteewwwwssss...

Monday, March 14, 2016

Film Review : I Am A Girl


Baru- baru ni 
I ada menonton sebuah dokumentari…
di National Geographic Channel.
kaya gilaaa National Geographic ni...
boleh beli-beli filem 
dan tayang kat TV channel diaorang!
Gtewww.....



Nak kata dokumentari sangat…tak lah jugak
sebab I lagi setuju kalau dokumentari ni 
diangkat sebagai filem.
filem sejam ni dibuat cara – cara interview gituu…
kamera ikut ke sana-sini
and the girls talk directly to the camera
in their own language.

Memang best jalan cerita filem ni…
mengisahkan enam orang budak perempuan
yang berusia diantara 17 hingga 19 tahun.
Masing-masing dengan cerita kehidupan mereka tersendiri…

Okey…I share lah kat sini…



Aziza dari Afghanistan 
dengan ceritanya menjalani kehidupan 
sebagai seorang remaja Muslim 
di sebuah negara yang bergolak 
dengan peperangan dan keganasan 
kelompok ekstrimis Taleban.

Breani dari USA dengan kehidupan sehariannya 
di kawasan yang serba kekurangan 
dan tinggi kadar jenayah; 
sambil berusaha untuk menjadi penyanyi 
demi menaikkan taraf kehidupan dia and her mom.

Habiba, seorang gadis Muslim dari Cameroon, 
yang memilih untuk berkahwin 
pada usia yang sangat muda 
dan melupakan cita-citanya 
demi berbakti pada suami dan keluarga.

Katie, seorang gadis remaja dari Australia, 
yang bergantung hidup 
dengan ubat anti-depression
dan pernah cuba membunuh diri.

Manu dari Papua New Guinea, 
yang hidup bersama keluarga mertuanya 
akibat disisih oleh keluarganya sendiri 
sebab mengandung anak luar nikah.

Kimsey dari Cambodia 
yang terpaksa menyara ibu dan anaknya 
dengan menjual tubuh 
dan setiap hari bertekak dengan boyfriend dia 
yang sangat celaka.

Filem ni diarahkan oleh 
pengarah filem Australia 
bernama Rebecca Barry.


Go ahead, 
kalo ada peluang lagi untuk menonton filem ni, 
I strongly suggest y’als watch it. 
It’s worth your time. 

Maybe there’ll be a few re-runs 
on National Geographic Channel, 
you just have to keep your eyes open. 
Or, better still, watch it on youtube. 


Saturday, January 14, 2012

sketsa Ombak Rindu


lokasi:Sibu; 

plot:window shopping DVD, 
watak: jurujual (JJ) & i (mtz)


JJ: kitak carik cerita apa? (amboi...peramah sunggoh youuu...)
      
Awak cari cerita apa?

mtz: oh...nengok2 jak dolok, dik...(sah tua dah aku panggil orang 'adik')
       Oh...tengok-tengok je dulu, dik....



JJ: Tuk ada cerita bagus...
     Ini ada cerita bagus


mtz: cerita apa kah? (excited nak tau...)
       Cerita apa?



JJ: tuk nya....Ombak Rindu. (wajah penuh keyakinan yang amatssss)
    
Ini dia.....Ombak Rindu.

mtz: Oh! TIDAAAAKKKKKKKKK.......!!!!!!!



moralnya disini adalah;
SOKONGLAH INDUSTRI PERFILEMAN NEGARA,
BERSAMA MEMBANTERAS CETAK ROMPAK

persoalannya; adakah jeritan itu kerana perasan anti cetak rompak, ataupun kerana jiwa memberontak tak sanggup nonton cerita jiwang? hehehehe.....

tapi, kalau cerita tu best yang tersangat2, dan lambat nak keluar wayang, cetak rompak tu laaa yang you all cari kannn........jangan tak mengakuuuuu!

sekian, terima kasih.....

Saturday, January 7, 2012

Cinematography : Life In A Day

inspirations don't just come everyday


inspirasi tidak datang pada setiap hari
tetapi sekiranya inspirasi tersebut muncul;
ambil sahaja peluang tersebut untuk menghasilkan sesuatu 
yang cukup bermakna dan menarik....


menyaksikan Life In A Day;
sebuah filem dokumentari yang dihasilkan oleh Ridley Scott
benar-benar mengasyikkan


this film;to me; is very inspiring
the plot centers on the video recordings of people, animals and also things during a day; on the July 24th 2011. 
it was an international collaboration among hundreds and thousands of amateur filmmakers around the world; 
together with Ridley Scott, the National Geographic and also Youtube.


ada beberapa scene yang i rasakan sangat menarik
yang menunjukkan perjalanan sehari-harian individu 
yang terdapat di dalam dokumentari ini


to me; this film is one great masterpiece!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...