Adoiiii…..
Memang lucu rasanya
kalau dikenang balik.
Seminggu yang lepas,
sekolah kitaorang
telah berjaya mengadakan
latihan kecemasan kebakaran
yang melibatkan beberapa orang warden sekolah
termasuk cikgu-cikgu yang bukan warden
(that would be me!)
dan juga sekuriti sekolah.
Sebenarnya,
fire-drill ni di'plan' untuk dibuat
pada pukul 8.45 malam.
Tapi, entah apa puncanya
para pelajar liat sangat nak tidur awal malam tu.
Dari petang
dah macam-macam aktiviti
yang dibuat untuk meletihkan pelajar;
yang pelajar lelakinya
siap berbolasepak selama sejam
dengan Sarjan Misai (Mr. Awie),
dan pelajar perempuan pulak
berpoco-poco sampai 10 kali
dengan Cik Jessnita.
Kalau kena orang tua macam kita ni…
rasanya dah jem semua urat kut!
Kemudian,
I yang very the baik hati sangat ni,
offer diri lah nak buat movie night
dengan para pelajar.
Semakin aneh,
tak ada jugak pelajar yang tertidur
semasa menonton malam tu.
Tamat menonton pada pukul 8.15 malam.
Para pelajar pun diarahkan balik ke asrama
untuk menyediakan tempat tidur
sebab biasanya lampu asrama
akan dipadamkan pada 8.30 malam.
Sebab I yang baik hati sangat ni, sanggup pulak temankan gengsi-gengsi warden menunggu sampai 8.30 malam. Aduiii….perut dah lapar.
MTZ : Awie dah makan?
Awie : Belum lagi lah, cikgu Tohit. Takpe, makan lepas fire-
drill ni nanti.
MTZ : Are you sure? Because I’m really hungry nih…tak
makan lagi dari tengahari tadi.
Awie : Tunggu je lah…tak lama fire-drill ni. Kawe pun lapo
jugak.
Dah 8.45 malam…
budak-budak kat dalam asrama masih lagi menceceh…haduiiiii, bila lagi lah korang ni nak tido?
Tak lama kemudian,
datang laa Jess dengan Fina (Borih)....
MTZ: Borih…Jess..pergi siney kitak duak?
Jess: I pergi buang sampah lah mamarock.
Tipu je sebenarnya nie…
takut bebudak tau
plan durjana kitaorang malam tu….
Fina : Eh, budak belum tido gik kah?
MTZ: Beloomm...i rasa mesti budak2 tauk plan kita tuk.
Jess: Pei..pei..pei…tak tau letih lah diaorang ni.
MTZ: Itulah, diaorang masih lagi cergas. Jum kita lepak
sekejap kat pondok sekuriti nun.
Jess: Mamarock dah makan kah?
MTZ: Belum…si Awie pun belum.
Jess : Apuuu…kasihan.
Fina : Aku pulak belum mandi Jess….
MTZ & Jess: Ammaaa!
Plan awal nak buat fire-drill
pada pukul 8.45
kemudiannya ditunda
ke pukul 9.00 mlm.
Sambil menunggu tu,
bermulalah sesi bergambar
dengan Awie, Fina, Jess and i.
Sesaja…..hehehehe....
|
cover muka: Fina, Jess and Awie... |
|
hehehe...mantain sangkut selendang di leher....sejuk you! |
Pukul 9.30….
you all rasa dah dibuat kah
fire-drill pada masa ni?
Belum jugak……
memang sah liat budak-budak ni.
At last,
plan terpaksa dirombak semula.
Fire drill pukul 11.00 malam.
Now, it’s time to go back home for dinner.
Dah menggigil kelaparan dah nii……
Fina : Aku nak mandi lah, pompuan….
Jess : Nanti mamarock tunggu I ngan Fina yaa…..
MTZ : Aok lah…nanti i panggil. i nak balik makan tuk. I dah
lapar sangat lah tuaaa!
Awie : Balik makan…balik makan…..lapo dah kawe...
Akhirnya,
pada pukul 11.00,
fire-drill pun dijalankan.
By this time,
memang dah terbongkang tidor dah bebudak.
Hahaha….
Ni beberapa gambar kejadian kebakaran palsu tu….
Tiga orang pelajar menjadi mangsa….
(kus semangat, diminta jauhkan dari realiti!)
Siap aktiviti fire-drill
dekat-dekat nak pukul 12.00 malam….
aduiii…pancit dah!!!!
Balik rumah then tengok TV.
Tak lama dah tu,
TV pulak yang tengok i…..
kuang..kuang..kuang...
Hehehe….begitulah,
jadi cikgu ni macam-macam nak kena buat.
Kerenah pelajar pulak macam-macam,
memang nak kena sabar laa….
Tabik spring lah dengan geng-geng warden
yang bekerja cukup dedikasi pada malam tu.
Hmm…lucu jugak bila dikenang balik!