COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected
Showing posts with label cerita ngok-ngek. Show all posts
Showing posts with label cerita ngok-ngek. Show all posts

Monday, December 19, 2016

Happy Belated 9th Birthday


happy belated birthday!

yohhh...9 tahun nekkk....bukan 90 tahun...adoiii...

yohhh...terlupa i...

rupa-rupa nya 
dah sembilan tahun dah usia blog i ni...
kalau ikut standard sekolah
dah dalam kelas Tahun 3...
tahun depan dah masuk Tahun 4
gtewwsss....

anyway
thanks to everyone 
the real followers; 
the silent followers
the occasional visitors
the frequent downloaders
and the original copyright owners

as uols can see
i have added something into my blog
now, everything in my blog is protected
meaning....no one can right-click and save 
the articles and photos from my blog anymore.
i had to do this in order to protect my copyright 
and the copyright of the people and articles 
featured in my blog. 

anyway...
here's to another wonderful year ahead
more stories on anything 
or in this case; something by tauhhid. 




Friday, August 26, 2016

MamaRock's Sports Bistro


kuarters kediaman 
bertambah title lagi

this time, it is also a
sports bistro.
hehehe...



semasa mens' badminton semi final 
antara Lin Dan vs Lee Chong Wei
kuarters kediaman I menjadi meriah
apabila menjadi tumpuan 
my Year 6 students.

memang meriah 
dan happening sangat
sambil bersorak and makanmakan
-cikgu Azizi belanja makan 
spagheti aglio olio youuu...kelazzz!!!
students semua suka!
- I pulak cuma belanja teh O suam jerrr...and Brother Dino paling suka. hahahaha.

foto by Fakhrul Azizi

sorii, muka I takdak dalam foto... I rasa segan. 
I belum mandi masa foto ni. hik hik hik....




Saturday, March 21, 2015

Kelas Tambahan masa cuti sekolah





MTZ : 
malam nanti kamu semua datang ke rumah cikgu, pukul 7. Kita belajar di rumah cikgu...

student1: 
pukul berapa cikgu?

MTZ : 
pukul tujuhh...jangan datang terlalu awal. Cikgu pun nak mandi sebelum tu.

student 2 : 
medak tv kitai? (kita tengok tv kah?)

MTZ : 
banyak cantik laaa muka kamu, cikgu kata belajar.... bukan tengok tv!

student 3 : 
nama gaaakkkk...? enda' tau medak tv....
(kenapa pula...? Tak boleh tengok tv....)

MTZ : 
eh...eh...eh...what? You think drama tu ada dalam soalan English UPSR ka? Tak boleh!

Student 1: 
Auk mehhhh....alah meh kami....
(Ya lahhh...kalah laaa kami...)

MTZ : 
bring along your english language file and dictionary....
and also your cawan for minum malam.

Student : 
Bawa apa cikgu?

MTZ :
Hadoiiii.....bawak fail dan kamussss....dan cawan kamu jugak! Simple English also don't know kaaa....

Student : 
jangan laaa pediss ati cikguuu...heheheh



My students...ladies and gentlemen!
Kalau tak buat i pot pet pot pet....
memang tak senang laaa diaorang.
Hahahaha....


Study well...my dear students.
Usaha Tangga Kejayaan.

Saturday, November 15, 2014

CERITA SENSASSSIIIIISSSSANGAT


Cerita sensasi di skool i minggu ni....



Cuba teka....
Nooo....bukan cerita sos tabasco...
Tu cuma nak bagi hint cerita ni panas jerrrr
Nooooo....bukan cerita perkhemahan 1Murid 1Sukan......
bukan jugak cerita udug (anjing) Sabit.....
nooo...bukan jugak cerita meeting terakhir semester kedua
definitely not pasal jamuan staf
yang dirancang oleh very sensational teacher - MTZ (wahhh...gtewwsss)
jugak bukan cerita cikgu-cikgu sik dapat pindah
also, bukan cerita stok buku-buku baru pusat sumber sekolah i
dan bukan jugak cerita sensasi i rajin sangat memasak
bukan cerita MizRinda and RGM tolong i buat kek and brownie....

dah....tak boleh nak teka?

inilah dia tema sensasi
di skool i
minggu ni.....
















sehinggakan boleh menjadi bahan lawak
dalam persembahan pelajar
dan salah satu isi penting dalam taklimat.



Seronok i dapat menyumbangkan idea untuk warga sekolah.
Walaupun begitu, pelajar tetap sik boleh
beli eskrem on weekdays and Saturdays-
kalo tak tau maksud weekdays
weekdays tu hari Isnin sampai Jumaat laaaaa....



Kalau hari Ahad,
korang nak beli aiskrim sebesar guni
atau sampai penuh satu bas
atau nak makan eskrem sampai meletop perut
dipersilakan....
just don't come to me
asking for stomachache medicine.
Memang akan kena carutan maut dari i....
in English language!

Hehehehe.....

Sekian, terima kasih

Friday, March 21, 2014

My experience with my Year 1 students

lately.....
a diberikan peluang mengajar balik 
Kelas Tahun 1. 
setelah sekian lama tak mengajar Tahun 1
tiba-tiba diberikan pulak. 

okayyyy...
i terima cabaran tu....
wahhh...semangat gtewww.....

ekceli (actually)
memang seronok mengajar Tahun 1 ni.
so, kat sini i nak perturunkan situasi-situasi 
yang biasa i hadapi masa mengajar kelas Tahun 1.
mungkin ada cikgu-cikgu yang pernah mengalami situasi macam i ni....

1. Datang pagi...lain, balik....lain
Hahahaha....yang ni memang dah lazim sangat. pelajar Tahun 1 yang tinggal kat asrama memang unik....sebelum masuk ke kelas, memang nampak kemas sangat, sebab ada abang and kakak mereka yang tolong sikatkan rambut diaorang. tapi...bila dah dekat waktu nak abis belajar, rambut dah berubah. ada yang serabai, getah rambut hilang, rambut menggerbang macam antu Kak Limah pun adaaa.....

2. Buku hilang
inilahhhh yang paling i tak kuasa! masa nak suruh diaorang buat kerja guna buku aktiviti, masa tuuuuu laaaaa buku tu hilang! suruh-suruh cari kat dalam beg, jawapannya "Nadai...(takda)". Suruh cari kat bawah meja....pun nadaiii jugak! kemudian, i pun keluar laaa skrip yang biasa, "Enti bup dik nyau, tulis atas daun meh...."(Kalau buku kamu hilang, tulislah atas daun...) cari punya cari... laaahhhh...buku dia tersalah pakai kawan dia. 

3. Nama Apai aku.....
Ini satu perangai yang tak senonoh.....main sebut nama bapak! ni pun dikira kes buli jugak sebenarnya....Budak akan mengadu "Cigu, tadi dia sebut nama diddy saya..." ataupun..."Cigu, iya nyebut nama mammi aku!". so, apa y`alls rasa i akan buat? i akan suruh budak yang buli tu salam2 mintak maap dan peluk kawan dia. tapi ni cuma untuk student yang sama jantina jerrlaaaa.... kalau yang lain2 jantina tu, i akan suruh pembuli tu mintak maap sambil bagi bunga plastik hiasan kat kawan dia. terus pembuli tu serik sampai ke hari niii...hahahaha....berkesan lah maksudnya kannnn....

4. The toilet in the classroom incident
hmmm....yang ni memang tak boleh dilupa. kadang-kadang, pelajar Tahun 1 ni terkenc atau terber-ber dalam kelas. biasanya, pelajar akan bagitau kalau dia nak ke tandas. tapi, kadang-kadang ada jugak pelajar yang lupa dia nak ke tandas. pelik kann, macamana pelajar tu boleh tak perasan dia nak kenc/ber-ber? biasanya, kalau pelajar tu seronok buat aktiviti kat dalam kelas, dia boleh lupa yang dia nak kenc, tau! sekali terlepas...hah..ambik kau! cikgu lah pulak yang jadi cleaner/penjaga tandas. haduiiii......

5. Sesi soal Jawab
hahaha....pelajar-pelajar ni kannn.....suka bertanya. masalahnya, kalau tanya soalan yang sama berulang-ulang kali, boring jugak menjawabnya. so, penyelesaiannya, i akan tanya balik, macam ni....
Pelajar 1: Tulis macam ini cigu?
MTZ : Yes, you write it like that.
Pelajar 2: Tulis macam ini cigu?
MTZ : Yes.....that`s right. write like that.
Pelajar 3: Macam ini tulis dia cigu?
MTZ : yeeeeeee.......like that.
Pelajar 4: Tulis baka tuk cigu?
MTZ : Apuuuu....ya lah....
Pelajar 5: Tulis mac...
MTZ : YES! Tulis macam ini..... (tunjuk kat papan hitam)

selepas 5 minit.....
MTZ : Class, have you finished your work?
Pelajar : Belum. (ramai-ramai)

selepas 1 minit....
MTZ : class....finished already?
Pelajar : No....

Seminit selepas tu...
MTZ : class....finish already?
Pelajar : belum.....raya cigu nyak....enda sabar! (apalah cikgu tu, tak sabar!)

Seminit selepas tu lagi.....
MTZ : Class, finished?
Pelajar : Peiii....parai kitai ka berumban nembu kerja baka tuk....

hah...rasakan....tau pun diaorang boring kena tanya selalu. 
hahahaha.....

6. Soalan yang susah nak jawab secara jujur....
hahh...yang ni paling lucu....pelajar sukaaaaa sangat tanya "Tulis guna apa cigu?" Yang peliknyaaaa....tu soalan dari pelajar Tahun 1, takkan laaaa nak suruh diaorang tulis guna pen pulak! biasanya, i akan berseloroh ngan diaorang.....
Macam ni: 

Pelajar : Tulis guna apa cigu?
MTZ : Hah? Tulis guna taik idong. Guna pensel lahhh.....
(ramai-ramai pelajar ketawa)

Pelajar : Tulis ba dalam bup tuk cigu? (Tulis dalam buku ini cikgu?)
MTZ : Taaaakkkkkkkk......tulis bak atas daun pisang. pergi ambil.....
(ramai-ramai ketawa lagi...)

begitu laaa kerenah pelajar Tahun 1 di sekolah i. 
i tak pasti camana dengan cikgu-cikgu Tahun 1 yang lain, 
atau camana diaorang handle melayan pelajar Tahun 1; 
tapi yang i pasti....
memang seronok mengajar Tahun 1 ni.....
letih memanglah letih, tapi i akui, i sangat seronok 
mengajar diaorang ni......

hehehehehehehehe........ 

Friday, October 18, 2013

lawak neck-tie

perhatikan gambar di bawah.
sila bina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.



1) tali leher
2) gantung
3) ampaian




Ayat pelajar yang bijak:
Aaron Aziz menggantungkan semua tali leher suteranya di ampaian.

Ayat pelajar biasa:
Terdapat sepuluh tali leher digantung di ampaian.

Ayat pelajar sederhana:
Tali leher itu digantung di ampaian.

Ayat pelajar berkebolehan rendah:
Tali leher gantung ampaian.

Ayat pelajar bengong dan perlu didenda berlari keliling padang sebanyak 25 pusingan:
Dia menggantung lehernya di tali ampaian.





hahaha.....
dapat idea ni semasa melihat banyak neck-tie 
digantung di depan kuarters kediaman i.
thank you Mr. WK.

Sunday, June 2, 2013

10 minit lagi......

kartun Sabahan Troll memang best.....
i suka sangat....
i akan tunjuk kartun ni kat students i....




rancangkan penggunaan masa 
dengan sebaiknya.....
jangan kelam-kabut 
di saat akhir.....

girtewwwwwwwwww....

Thursday, May 30, 2013

sketsa panggilan telepon yang misterius dan sesuatussssangat!





selalu sangat dapat panggilan 
dari entah apa punya nombor nih....
naik geram pun ada.....

dah lah berulang-ulang kali,
kemudian asyik bertukar-tukar nombor pulak tu...
hiiiihhhhh...geram betul.

so, kemudian i cuba lah angkat....

Helloo.....
Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Mohammad Tauuu....hid?"
(ces! sebut nama i pun macam susah!)
Yes...saya yang bercakap sekarang.
Oh, yes, apa khabar Encik Mohamad? Boleh saya panggil Encik Mat saja?
(pulak!)
Eh, jangan lah...itu nama datok i...kompius i nanti. 
so, what purpose is this call?
(hah...i dah mula bukak spekking sleng-sleng London gitew)
Em, Mr. Mohamad, i'm calling on behalf of Bank (secret), 
which is the provider of your credit card. am i right?
Yes.....so? What's it about then?
(masih berbunyik London... ceewaaahhh)

okayyyy....kat sini i nak terus ke isi penting 
perbualan telepon misteri nih.
kunun-kunun nyerrrr
dia tu wakil dari sebuah syarikat insurans, 
dan bank yang supply kad kredit i tu 
ada buat somekind of joint insurance 
dengan syarikat diaorang. 
dia pun mula laaaaa terangkan 
tentang plan insurans syarikat dia....
i pun dengar laaaaa...
sambil angguk-angguk kepala. 
macam laaa orang tu nampak kannn? 
last-last dia pun tanya sama ada i berminat atau tidak. 
katanya, kalau i berminat, i kena 
SAHKAN MAKLUMAT KAD KREDIT i 
serta menyatakan nombor security kad kredit i. amboiiiii......sesuatussssangat! 
tak boleh jadi ni....

so, i jawablah kat orang tu....
Maaf ye...i rasa i tak nak lah dengan plan insurans tu, 
sebab i already got two insurance policies, 
one is for saving plus hospital benefit, 
and another one is life insurance.
 i'm sorry lah yerr, 
i terpaksa tolak tawaran insurans you itu. 

oh, kalau begitu tak mengapalah Encik Mat...eh, salah, Encik Mohamad.
Oh, it okay...
Harap saya tidak mengganggu urusan harian Encik Mohamad tadi.....
oh, tak...tak menggangu sangat pun, saya tadi pun tengah tengok ulangan rancangan America's Next Top Model.
aaa...(seakan-akan bunyi macam terkejut dan tak percaya!)

semenjak dari hari tu, 
i semakin malas nak mengangkat 
panggilan telepon dari nombor yang i tak kenal. 

begitu lah al-kisah nyaaaaaa

cuba y'als bayangkan kesengsaraan yang terpaksa y'als tanggung mengusung benda ni
kalau henpon tak wujud!

Saturday, May 18, 2013

the Maneki-Neko



jangan laaa salah sangka...
Maneki-Neko yang i tunjukkan 
dalam video-art i itu..
cumalah untuk dekorasi rumah sahaja....
bukan untuk tarik duit atau kekayaan....
only God can bestows wealth....
not a toy cat.

anyway...
according to Japanese culture....
a Maneki-Neko is often used to attract 
wealth, prosperity and luck. 

but to me....
my Maneki-Neko is my welcoming gesture
for guests to my house.

kegilaan memuat naik gambar makanan ke dalam laman sosial, internet; petanda orang sakit mental

haaaaa...
panjang gila tajuk!



ini lah dia kes dengki yang paling best! 
kalau artikel ni dibuat oleh seorang penjawat awam,
berkemungkinan besar dia boleh dapat
anugerah Perkhidmatan Cemerlang; 
ataupun panggilan yang lebih senang - APC.

hmmm...ye kerrr sakit mental?
i cuba ingat balik......
maybe true in my case laaa...
sebab i punya perangai pun bukannya senonoh sangat!
hahahaha.....

tapi, suka hati orang lah kan.
orang yang suka ambik gambar makanan ni
sekadar mahu berkongsi food culture jerrr....
kan sharing is caring!

kalau betul laaaaa
perangai ambik gambar makanan 
adalah petanda sakit mental, 
maksudnya; banyak lah orang kat dunia ni yang sakit mental.

okay...kita buat macam ni, 
sesiapa yang punya "kegilaan" ambik gambar makanan, 
kita pakat ramai-ramai ambik gambar muka huduh penulis artikel tu. 

noktah

Saturday, March 9, 2013

sketsa : jangan tertidoq masa i mengajar

amboiiiii......
hmmmm....
diaorang ni kalau disuruh bergambar,
nak saja!



my very cute Year 5 students. 
kunun-kunun tidor laaaa....
asalkan jangan tertidor masa i mengajar pulak!
kalau tertidor.......
nanti kena denda buat Chicken Dance 
depan Guru Besar....


sketsa ------

MTZ
you want me to denda you people
to do Chicken Dance in front Guru Besar?
(motippp sangat Bahasa Inggeris cikgunyerr berterabor!)

Students
Enggai kami cigu!!!!
(tak mau kami cikgu!!!!)
maafkan kesalahan kami cikgu.....
kami bertaubat nasuha
takkan tidor masa cikgu mengajar.....
maapkan kamii cikguuuuuu.....!!!!
(nangesss sambil peluk kaki!) (tipu!)

Sunday, February 17, 2013

pepet yang zalim sangat!

sesajerrrrrr nak mainkan kawan i...
jangan marraaaa...
hehehehe.....


laptop ku buat hal....


zalim sangat laaaaa
laptop ni semenjak dua menjak nih!
boleh pulak dia buat hal sampai tak boleh nak start-up...
kesudahannya...hantar kedai untuk repair laaa...

bila kat kedai...nak pulak dia start-up!
amboiiiihhhh.....

tauke tu pun cuba laaaaa
repair mana-mana yang patut...
sekali....nak kena re-format everything!
ammaaa!!!! gezut i!

"jangan takut la bos," tauke tu kata
"nanti saya back-up semua" 

legaaa....ketara sangat i tak reti komputer!

Wednesday, February 6, 2013

Cigu Taurid

kisah lawak ni diambik dari facebook page i....
walaupun dah basi, 
tapi i rasa i nak jugak letak kat sini.

peringatan:
cerita dibawah mengandungi unsur-unsur mistik,
sila baca dengan fikiran yang terbuka....
(mistik lah sangat!)

petikan dari facebook i, 
tarikh 16 Januari 2013.
dialog lucu hari ini...
seperti yang diceritakan oleh 
kakak Conny Alwan dan MizRinda Lynda Jm.....

dua orang pelajar perempuan Tahun 1 ke pejabat am, 

mencari i di pejabat, kononnya nak meminta buku teks 
untuk kawan mereka yang belum menerima buku teks....
tapi i takdak di pejabat pada masa tu.....
dan berikut adalah dialog mereka 
bersama Kakak Conny dan MizRinda...

Pelajar1&Pelajar2 : 
Kakak....bisi meda Cigu Taurid?
(Kakak...ada nampak Cikgu Taurid? 

hehehe.. students i sentiasa salah sebut nama i.....)

Kakak Conny :
Peiii.....sapa cigu Taurid? 

Enda kala kakak ninga nama nyak.
(Pei...siapa cigu Taurid? 

Tak pernah kakak dengar nama tu.)

MizRInda :
Kati baka gamal cigu Taurid nyak?
(Macam mana rupa cigu Taurid tu?)

Pelajar1:
Apuu...cigu Taurid nyak besai.....buk iya pang(punk?). 

iya bisi ngena cermin mata besai nyadi sekang buk bak palak iya.....
(Apuu...cigu Taurid tu besar...rambut dia pang. 

dia guna cermin mata besar untuk jadi cekak rambut dia....)

Pelajar2:
Gemuk cigu Taurid nyak.....

besai amat tancut celum iya sari tuk....
(gemuk cigu Taurid tu....

besar betul seluar hitam dia hari ni....)

kesudahannya, Kakak Conny dan MizRinda ketawa besar!

bila masa aku berambut pang (punk)? hahahaha.....

Saturday, January 12, 2013

breakfast on a relaxing Saturday

wahhhhh...
kagum i dengan diri i sendiri!
sanggup bangun awal-awal pagi
nak rebus ubi kayu, 
belah cempedak 
and kupas kulit buah pisang
hanya kerana nak buat breakfast untuk pagi ni....

fried tapioca chips
puas jugak hati bila dah siap 
breakfast dengan tiga jenis gorengan 
sambil minum teh panas
dan menonton Masterchef US. 

banana fritters

jackfruit fritters

hari Sabtu yang cukup menenangkan....
students takdak di sekolah...
and i seorang diri jerrr kat skool...
my live-in quarters pun masih kemas
so, takpayah laaa nak mengemas apa-apa....
tengahari ni tak masak apa-apa
just panaskan lauk malam semalam laaa
kalau masih bagus, makan jerrr laaa...
jangan dibuang...tak baik membazir tauuuu....
sebab membazir tuuu perangai syaitan...
and i'm not setan!
cuma perangai jerrr ada sikit macam Lady Gagal....
hehehehehe......

have a great weekend everyone!

Wednesday, December 26, 2012

catatan sebelum tamat 2012


Holaaa….


Dah nak sampai ke penghujung 2012…
and what a year it was for me!

ada cerita sakit mata lahhh
ada cerita kena kritik nazir yang meroyan lahhh
result UPSR yang menurun lahhh
karam kat sungai lahhh
kena black-out lahhh
haiiiii…macam-macam!
Tapi, sebab I ni optimis sangat,
I tak kesssssaaaahhhhh
dengan masalah!

Alhamdulillah, 
I’m surrounded by supportive people;
my family and friends! 
Through the medium of facebook and blogger,
my personal ideas became impersonal; 
as I share my thoughts and ideas with you.
Terima kasih, kerana sudi melayan catatan ngok-ngek i. hehehe….

Terima kasih untuk 2012
(kesian doomsday preppers! Hahaha…)
and get ready for 2013!
Smile!

Wednesday, November 28, 2012

makan time

prologue:
"eh, i tengok you sekarang slim laaaa....tak tembam macam dulu lagi..."
"eh...ye kerrrr? sukenyerrrr....terima kasih le banyak-banyak ye nyah!"
"ke...ko pakai baju besar sebenarnya?"
"mau jeeee aku lempang ko ni!"


hehehehe...
cerita makan-makan sajerrrr yeerrrrr....

kalau dah cuti tu
memang cuti sangat-sangat
sampai tak tahu apa nak dibuat lagi dah!

nak melencong...
eh, salah! melancong...
macam malas jerrr rasanyerrr...

nak duduk rumah 
sambil berdekorasi bersama Eric Leong...
lepas deko...macam tuuuu jugak kesudahannya;
bersepah diserang anak-anak sedara!

nak memasak...
boring jugak...i memang DIVA sangat;
jenis bercuti sepenuhnya. 

nak blogging?
tengok lah ni...dah berapa lama dah takdak cerita baru!
hehehehe....tak berinspirasi gitewwww

kesudahannya, blog i akan aktif semula 
dengan adanya aktiviti makan-makan
dan kunun-kunun perasan diri ini adalah seorang foodie dan pakar makanan. 
ye lah tuuuuu...pakar lah sangat....
hehehehehe......

sebab itu lerrr....
i buat beberapa blogpost kali ni 
lebih kepada aktiviti memenuhkan perut; 
so you all just have to bear with me....
and enjoy looking at the photo of the delicious foods. 

i tak boleh nak ajak you all makan bersama - 
sebab i tahu you all ni zalim;
dan pelahap sangat. 
hehehehe....

adoii...
kalau ye pun marah, jangan laaa main baling batu!
i gurau jerr laaaa...aduiii.....

Saturday, October 20, 2012

Sabahan Troll...very funny bah ni....

honestly....
i had a great time 
looking at these funny cartoons. 




click on this link to join their facebook page....
SABAHAN TROLL

first impression yang salah!

kelmarin menghadiri kursus/seminar di Kapit...
tak lah boring sangat, 
sebab 60% dari isi kandungan kursus 
was about the teaching profession, 
or more accurately, 
the profession of English Language teacher. 
ambikkkk engkau! hahahaha...

well, tak perlu sangat laaa 
i nak kongsikan apa yang dikursuskan tu kannn...
sebab boleh mengundang kebosanan 
dan penyakit menguap-nguap yang melampau!
nanti lari bertempiaran pulak semua pembaca blog 
i yang ceria laksana mentari pagi nih!
(motif riak! hahahah)

well, apa yang i nak kongsikan kat entry kali ni 
adalah tentang my innacurate perception of people. 

semasa berkursus tu, 
i got to know a few people...
tapi harus i nyatakan di sini, 
persepsi i terhadap seorang rakan cikgu 
yang turut sama berkursus dengan i masa tu 
was totally berubah. 
mulanya, i sangka that teacher was 
sombong, snobby, unsociable, 
perasan/berangan bagus K-Pop kunun-kunun....
rupa-rupanya very friendly.....
and some what chatty...
sehinggakan i pulak yang tak terlayan 
dengan ajakan berbualnya itu!

he was quite friendly
and was polite...
and his command of Bahasa Malaysia was excellent, 
walaupun he was formerly an exchange student 
(study kat Australia youuu....kelezzz engkau Senah!)

so, in the end we chatted...
ataupun berbisik-bisik sebenarnya....
sebab takkan nak berborak besar suara lah kannnn...
tak pasal-pasal kena HALLOOOO keluar lepas tu!

so, i nak pesan kat diri i sendiri....
to always have a good expectation towards people.
sentiasa berpandangan baik terhadap orang lain. 
gitewwwww......

sorry, takdak gambar untuk kawan baru i itu...
dia penyegan jugak rupanya....
kerrrrr....dia perasan lagikkkk yang dia tu 
ala-ala K-Pop RAIN gitewww...
eh..i mengutuk lagi kerrr?
tak, dia tahu yang i gelarkan dia sebagai RAIN Malaysia. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahhh....korang nak tengok jugak?
nah! ambik!

RAIN yang Korea punya! hahahaha!
adoiii! (kena ketok sebab menipu!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...