COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Sunday, August 26, 2018

Jenis jenis dan nama bahagian daging lembu


Hai uolsss....

so, di di sini i ada sikit benda nak share
tentang jenis jenis bahagian daging lembu
so, tak laaa kita tersalah beli
bahagian daging yang kita nak

setiap bahagian daging lembu
ada perbezaan dari segi kualiti dan rasa
dan beza ni dipengaruhi oleh kuantiti lemak
dan keliatan daging tu sendiri

so, next time sebelum nak masak
kari daging kerrr, kurma daging kerrr
daging masak hitam kerrr...daging bakar kerrr
boleh pilih dulu bahagian daging yang uols nak.

Post kat bawah ni...
i kopipes dari google jerrr...

www.kaysteaklobster.com

9 potongan lembu yang anda perlu tahu sebelum beli daging.

Terdapat 9 potongan utama (primal cut) bahagian daging lembu.

 

Selepas disembelih, lembu akan dilapah untuk diasingkan bahagian kulit, daging, tulang dan organ dalaman lembu.

Sebenarnya nama potongan daging di dalam bahasa Melayu sukar dicari kerana kemungkinan di Malaysia industri penternakan lembu pedaging  tidak sehebat di negara luar seperti Australia, New Zealand, Amerika, Jepun atau India. Malaysia masih mengimport sejumlah lebih 20,000 metrik tan daging sejuk beku atau dengan kiraan lebih kurang 1.5 juta ekor diimport setiap tahun dari Australia, New Zealand dan India.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di kawasan Asia dan di Negara kita, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

Rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahagian lembu yang lain seperti paru, perut, usus, ekor, kepala, otak, kulit, urat, tulang, sesendi dan hati sebagai makanan dan dikenali juga dengan makanan yang eksotik.

Di Amerika, Australia dan beberapa Negara lain, kebanyakan potongan daging ini dimasak steak, stew, daging kisar dan lain lain lagi.

Credit: https://www.halperns.com/wp-content/uploads/2016/10/Slide3-1.jpg
9 bahagian utama tersebut adalah :
1) Chuck.
  • Chuck atau lebih dikenali sebagai shoulder (bahu) lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.
  • Biasanya sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled). Untuk potongan yang agak tebal, boleh dimasak dengan cecair menggunakan periuk seramik.
2) Rib (Tulang Rusuk).
  • Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.
3) Short loin.
  • Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Antara potongan steak yang digunakan dibahagian ini adalah Porterhouse Steak, T-bone steak dan Strip Steak.
  • Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.
4) Sirloin.
  • Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut. Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.
  • Terdapat bahagian yang unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak (buttery) setelah dimasak.
  • Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.
5) Round.
  • Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.
  • Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak. Daging dimasak dengan kaedah masak di dalam ketuhar (broiled).
6) Plate.
  • Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain. Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.
7) Brisket.
  • Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.
8) Shank.
  • Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.
9) Flank.
  • Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.
  • Antara hidangan yang menggunakan potongan ini adalah London Broil atau alternatif daging yang digrill yang dimakan bersama fajitas atau wrap. Dagingnya juga setanding potongan premium yang lain.


Saturday, August 18, 2018

Pasar Malam Sibu


Pasar Malam Sibu....
best!




Kalau...
nak cari makan makan...
nak cari barang murah murah
nak cari pakaian berjenama tiruan
nak cari ubat kuat, minyak urut...whatever!
nak cuci mata
cari ayam panggang
cari anak ikan...eh..salah...ikan panggang








singgah laaa sebentar 
di pasar malam Sibu.

Friday, August 17, 2018

Payung Teduh : Mari Bercerita



Seperti yang biasa kau lakukan
Ditengah perbincangan kita
Tiba-tiba kau terdiam
Sementara ku sibuk menerka
Apa yang ada difikiranmu


Sesungguhnya berbicara dengan mu
Tentang segala hal yang bukan tentang kita
Mungkin tentang ikan paus di laut
Atau mungkin tentang bunga padi di sawah

Sungguh bicara dengan mu
Tentang segala hal yang bukan tentang kita
Selalu bisa membuat semua lebih bersahaja hooo..


Malam jangan berlalu
Jangan datang dulu terang
Telah lama kutunggu
Kuingin berdua dengan mu
Biar pagi datang
Setelah aku memanggil.. terang
Aih pencuri kau terang
Terang
Sesungguhnya berbicara dengan mu
Tentang segala hal yang bukan tentang kita
Mungkin tentang ikan paus di laut
Atau mungkin tentang bunga padi di sawah

Sungguh bicara dengan mu
Tentang segala hal yang bukan tentang kita
Selalu bisa membuat semua lebih bersahaja hooo..

Malam jangan berlalu
Jangan datang dulu terang
Telah lama ku tunggu
Kuingin berdua dengan mu
Biar pagi datang
Setelah aku memanggil.. terang
Aih pencuri kau terang

Thursday, August 16, 2018

SERENGKA : Egg Carton Caterpillar...Ehh...Cartonpillar

banyak nyaaa ulat kaler-kaler...




aktiviti kitar semula
recycling kata orang puteeehhh...








hehehe...
aktiviti kelab bahasa inggeris
bila dah tak tau apa lagi 
language activity yang boleh dibuat

so, print some pictures, 
type the instructions,
gather the materials
and then let the students do their thaaang...






menjadi jugak akhirnya 
aktiviti kelab bahasa inggeris i
tengok laaa hasilnya.

SERENGKA : Kemarau Datang Lagi


musim kemarau datang lagi
dan air sungai di depan skool
semakin cetek




but, even then,
we still can have fun 
despite the hardship
that came along with the drought.






we get to 
bathe, swim and play 
in the shallow river.

miss fotografer


enjoy looking at these photos yaa...

thanks to Miss Magdelane
for the photos. 
hehehehe....

Saturday, August 11, 2018

VOCAL : Mohamad Istiqamah Djamad

Hello uols....




right now i'm going to feature 
this excellent vocalist from Indonesia. 
He's the frontman, singer, songwriter, poet
of the band 
PAYUNG TEDUH, a folk-jazz-rock band.

this super vocalist's name is 
MOHAMAD ISTIQAMAH DJAMAD
or better known as....Is. 

i fell in love with his voice instantly
once i heard he sang Angin Pujaan Hujan 
and Kucari Kamu, 
and now he sings 
just as beautiful as before 
when he sings for the band's latest album. 

Here is a song taken from that album...
this is PUAN BERMAIN HUJAN.
a wonderful, light-hearted poem, jazzy song. 



So, uols, 
enjoy listening to this wonderful voice.
Ladies and gentlemen, 
tuan dan nona, 
i present you : 
Is....Payung Teduh. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...