COPYRIGHTED CONTENTS / HAKCIPTA TERPELIHARA

myfreecopyright.com registered & protected

Monday, June 27, 2011

A FOODIE'S TAKE ON....makan aje lahhhh....

hehehe....
lepak-lepak hujung minggu
and makan-makan with 
my friends. 
RGM makan nasi goreng special,
Sham Syaniz makan mee goreng seafood,
Syiha makan nasi goreng ayam masak merah
tempat : Restoran Hjh. Putih, Kapit.
konsep utama disini ialah
kalau rasa nak makan
makan je laa...
spicy noodle chicken soup
sebab kalau dah balik ke sekolah
gerenti tercari-cari 
nak makan roti canai laaa...
nak makan nasik goreng special laaa...
nak makan mee goreng seafood laa....
nasi goreng ayam masak merah
so, 
kalau rasa nak makan
just makan laaa.....

Saturday, June 25, 2011

A FOODIE'S TAKE ON....breakfast with friends


amboiiii...
nampak macam best sangat kannn....
this is the famous 
Roti Canai Special....
and to my knowledge, 
this thick and crispy pan-fried flat bread
is only available in Kapit town....



this was my breakfast 
before departing for Sibu, yesterday.
right now i'm blogging at 12.16a.m.


i had my breakfast 
together with Miss Syiha, RGM and a fellow blogger, 
Mizz Norsham.

"roti canai special di atas garfu"
photo by Miss Norsham

Thursday, June 23, 2011

lepak tengahari di Kapit....

berehat sekejap di Sugar Bun Kapit....
medan and bini.....

Rinda and RGM

bah...takkan nak komen gambar sendiri? hehehe...

lepak-lepak selepas sesi pertama berkursus hari ni. 
lepak lama-lama ngan Mizz Rinda and Rufina RGM,
lepak sekejap-sekejap ngan Mr. WK and Mr. Misai, 
lepak jauh-jauh taknak kacau daun Mr. Medan dan Kak Nani, 
and 
lepak kacau-kacau Kakak Hoss ngan lakinya....


semuanya serentak dilakukan pada tengahari ni tadi. 
tapi....cuma tiga keping gambar je yang ada!
hehehehe....

A FOODIE'S TAKE ON...escape tak nak masak dan Nyah Lola!





memang asyik nak 
makan/mencekik/mentekedarah 
ajelah kerja aku.....


nak dibuat cerita...
(tak perlu cerita pun sebenarnya...)
masa petang sabtu lepas 
tetiba nak makan hati ayam lah pulak. 


occay, nak makan punya pasal, 
mula laa kupas-kupas bawangz 
yang cuma ada dua jenis kaler tue...
(haa...kalo nak belajar masak 
stail simple2 nih, dipersilakan)


carik halia pulak...mana lah dia? 
selongkar punya selongkar...
(kat dlm peti sejuk ye, bukan tong sampah!) 
jumpa lah halia seinci, 
spoilnye cuma dah kecut sikit. 
boleh lah tueeee...
kupas-kupas halia kecut tu, 
kemudian ditumbuk dengan penuh keayuan gitewww...
(ayu ker? lariiiii.....!) 


kemudian, ambik serba sikit rempah 
(jintanz yg macam2 jenis tue, ketumbar, cengkih, lada hitam dan entah apa2 lagi laa...) 
goreng kering dalam kuali sampai ada bau sikit. 
kemudian tumbuk sampai halus. 


occayyyy, hati ayam tadi dah direbus 
bagi kureeng sikit hanyir dia, 
potong urat2 yang menyambungkan hati ayam tu. 


apa lagi yek....?
tunggu, i cuba ingat dulu...
oh...okay. 
cili giling, kicap manis, sedikit rempah kurma, 
serbuk kunyit sikit, dan serbuk kari sikit. 


okeh.....korang ni memang tak sabar 
nak baca benda yang i ngarutkan kat sini yee. 


sekarang, tumis dulu bawangz 
dan halia yang dah lumat ditumbuk tadi tuh. 
tumis sampai wangi - 
lagi wangi dari minyak wangi one drop 
yang y'all suka pakai tuh! 
heheheeh...


bila dah wangi ditumis, 
sekarang masukkan lah semua rempah 
yang dah ditumbuk halus tadi tu, 
tapi jangan ditumis lama sangat, 
takut hangus pulak. 
tak sedap lah jadinye kan? 


panjang sangat merepek ni dah.....


sekarang tibalah masanya 
untuk masukkan hati ayam tadi. 
goreng sekejap, kemudian....
masukkan lah serbuk kari/serbuk kunyit, 
cili giling dan kicap manis tadi tu. 
masak lah guna api yang sederhana. 
you all taruklah garam n gula 
ikut citarasa you all. hehehehe....




ha....inilah dia hasil kerja i pada petang sabtu yang lepas. well, tak lah sesedap mana, tengok rupa pun dah tau kan. hehehehe....


okeh, i nak dedikasikan blogpost nih kat geng-geng yang biasa makan bersama ngan i di sekolah. takpayah la i nak letak nama diaorang kat sini, nanti diaorang lagi forfuler pulak dari i. hahaha.....


dedikasi juga pada
Sergeant Misai - 
yang melarikan diri 
tak nak belajar masak pada petang tu. 
huh...kita nak ajar dia masak, 
dia boleh selamber derkkk je lari. 
mana lah tau, bila dia dah kawin besok, 
senang lah dia tolong bini dia, ye tak....? 
oops, pecah rahsia dia dah nak kawin! 
turun saham dia! kuang..kuang..kuang...


dedikasi jugak ngan geng keras i yang sorang nih...
Madam Laura Singi. 
tiap kali i memasak kat dapur, 
i akan teringat ngan dia 
yang selalu datang menjenguk dan tanya...
"Kau masak apa tu nyah?"


Geng keras i ni sekarang kat Perlis. 
Dia tu yang nyah....
nama pun dah Nyah Laura! 
hahaha...lariiiiiikkkk..!! 
Laura kejar bawak parang!
hehehe...

Tuesday, June 21, 2011

OPTIMIS NYEEEE AKU....

tolonggggg! help!!!!
banyak benda nak kena buat! 


hehehe.....mesti OPTIMISTIC kalau buat kerja. 
baru tak stress kan? 


sekarang ni tengah sibuk nak buat montage videos....
dalam tiga buah laaa....
photos dah tak cukup, 
lagi musik belum difikirkan, 
konsep dah ada....
idea mencurah-curah....
cuma tak tau mana satu nak dipilih!


musik-musik yang disuruh oleh kak Jessnita dah i remix kan...bukan satu...bukan dua... bukan tiga...
tetapi tujuh buah lagu...haaa, ambik engkau! 
KO ADA?
dengan software sound mixer kategori ayam nyeee.... memang kena guna dua buah laptop,
dan akhirnya siap juga!


video montage? belum lagi.....


bahan bantu mengajar dah buat kerrr? 
eh, memang dah ada....
i masuk kelas mengajar seperti biasa je. 


konsepnya kat sini, mengajar adalah paling utama. 
buat video, remix musik, ambik gambar tu...
semuanya perkara sampingan kannnnnn.....


24 jam sehari memang tak cukup sebenarnya! hahahaha....
AKU YANG OPTIMIS!

Sunday, June 19, 2011

My Personal Pick: George Michael "A Different Corner"






haduii...sekarang, suka sangat dengar lagu nih. biasanya, people like certain parts of the lyrics. for me, i like the whole song and the lyrics. tapi, memang akan ada yang bertanya, tapi, dari keseluruhan, baris lirik yang mana paling disukai?  i paling suka bahagian yang dia kata :


 i would promise you all of my life, but to lose you would cut like a knife, so i don't dare, no i don't dare. 




I'd say love was a magical flame
I'd say love would keep us from pain
Had I been there, had I been there

I would promise you all of my life
But to lose you would cut like a knife
So I don't dare, no I don't dare

'Cause I've never come close in all of these years
You are the only one to stop my tears
And I'm so scared, I'm so scared

Take me back in time maybe I can forget
Turn a different corner and we never would have met
Would you care

I don't understand it, for you it's a breeze
Little by little you've brought me to my knees
Don't you care

No I've never come close in all of these years
You are the only one to stop my tears
I'm so scared of this love

And if all that there is, is this fear of being used
I should go back to being lonely and confused
If I could, I would, I swear

boring Sunday!

it's a Sunday.....


my favourite day of the week; for being BORING!


things that i usually do on this boring day: 



  1. telly time, only when there's something good on TV then; 
  2. cook, hmm....the same stuff again...and again...and again.....and again......
  3. go around, talk with the kids, and then getting bored being asked the same questions 
  4. do laundry.aduiii...no fun at all! tapi, kalau tak buat laundry, nak pakai apa pulak kan? berBOG...kah?hehehe
  5. create another video?
  6. read a book? and then the book will end up reading me!
  7. sleep? 
  8. do sports? yeah....like "right.."! konon sangat!



in the end, pergi bilik ICT, blogging je laa...tapi setakat ni, takde cerita sangat. 



Friday, June 17, 2011

MICK HUCKNALL....inspiration!


MICK HUCKNALL of SIMPLY RED


A FOODIE'S TAKE ON....cekodok/cucur renyuk di tengahari!

makanan tengahari ku.....


tak breakfast dari pagi tadi. sekali lapar macam singa...oops, beruang lah pulak! tapi, bila i balik ke rumah, ternampak buah pisang yang terhidang kat atas meja didepan TV.


jeng..jeng..jeng...


datang idea nak buat nyam-nyam sikit. Lenyekkan 10 biji pisang, letak gula 5 sudu, telur sebiji, gaul sampai rata gitewww.... kemudian masukkan tepung. tak payah letak air. Gaul-gaul sampai semua bahan-bahan tadi tu mesra-mesra manja gitewwww, kemudian campak je masuk dalam minyak panas. hehehe...resepi versi lawak.



okey, ini lah rupanya makanan yang teristimewa ciptaan i. orang lain belum pernah buat makanan macam ni tau. resepi ni belum wujud lagi kat dunia. i nak namakan resepi makanan ni sebagai CEKODOK. i rasa i nak jadikan perkataan "cekodok" ni diterima-pakai dalam kamus dewan.


hmm...seperkara lagi, i nak bagi satu lagi nama kat makanan baru ciptaan i nih, kalau dalam B. Malaysia standard; CEKODOK...kalau dalam bahasa Sarawak; i nak namakan sebagai CUCUR RENYUK. boleh ke gitewwww......


hahaha...i saja-saja nak usik-mengusik you alls. thanks buat Kak Idot kita sebab menjelaskan perbezaan antara CEKODOK dan JEMPUT-JEMPUT.....

cerita dua tiga hari masa tak blogging

i'm keeping myself very-very-very busy at the moment. hahaha...but still i'm able to squeeze in some time for blogging. 


okay....here's what been happening these past few days. 


Everyone in my school is up to their neck working for the coming sports' day. the countdown has begun, and hopefully the weather will be on our side.  


i'm working on creating more teaching aids for the three classes i'm teaching. i'm thinking of more picture cards, sentence strips and reading passages....and more time! 24 hours is not enough for me! helppp....!!! hehehehe


to make matters more interesting, i'm working on a two-part video montage for the upcoming Teachers' Day celebration for our school. Eh...lambatnya menyambut Hari Guru. tak kisah laa...yang penting adalah bertugas dan buat kerja sebagai guru, sambutan tak penting sangat kannnnn? for me, i don't live for praises, tak kisah tak diraikan pun, sebab yang paling utama ialah rasa bertanggungjawab dan keikhlasan melakukan kerja.   


last one, i've been assigned to edit and remix some music for the opening act during our school's sports' day. hmm...boleh laaaa.....


o my God! i just realized.....skrip emcee belum dibuat lagi!


Kak Idot : skrip dah siap ke cikgu Tohit?
MTZ       : (muka kerek) jangan risao laa,semua ada kat dalam kepala. hehehe...
Kak Idot : syukur...nasib baik la. 
MTZ       : (dalam hati: Parai lah aku! belum taip skrip lagi nih!) 


please,,,,jangan bagitau ngan orang lain, i sebagai emcee yang gemuk dan pemalas ni masih lagi dalam proses mencari ilham gitewww yerrr.......syyyy, diam-diam je tau! hehehehe......

Tuesday, June 14, 2011

catatan di hari kedua Semester 2

dah masuk hari ke dua sesi persekolahan Semester Dua. 


Best sesangat. 


Hmm...best kenapa? 

  • Bahan - bahan untuk mengajar Tahun 6 memang dah sedia semua. Semakin rancak lah i mengajar students i lepas ni. that doesn't mean that i tak rancak mengajar sebelum ni...sorry ye; kalau y'all sangka i tak rancak mengajar. teaching is what i do best!

  • i dah tak marah ngan Tahun 4 lagi; cuma students Tahun 4 kena kerja lebih banyak, sebab dia orang dah buat perjanjian tak nak gagal beramai-ramai dalam ujian bulanan yang akan datang. bukan sengaja i nak marah ngan students tu, cuma i luahkan yang i kecewa dengan sikap students Tahun 4 yang sambil lewa belajar Bahasa Inggeris. i gunakan skrip ni masa gertak mereka "Tidak berguna lulus 4A matapelajaran yang lain kalau kamu lulus sekadar sahaja ataupun gagal ujian Bahasa Inggeris." tersentap students Tahun 4 dengan statement i tu, dan ketara sangat perubahan sikap  diaorang untuk belajar Bahasa Inggeris bersungguh-sungguh. 

  • students Tahun 3 i masih boleh membaca teks Bahasa Inggeris dengan lancar. Hari ni tadi i dah test mereka membaca sentences, dan alhamdulillah...masih dapat membaca lancar. 

  • suasana sekolah semakin meriah dengan kesibukan menjelang Hari Sukan yang tinggal 2 minggu je lagi....guru-guru Rumah Sukan dah kecoh pilih atlit yang akan bertanding.

for me...keadaan beginilah yang akan menyeronokkan hati i bekerja. everything well-prepared, students are behaving themselves well, the weaker students are trying their best to do well in their studies, and proper planning of activities. 

insyaAllah, God willing....everything will go as smoothly as i planned and hoped for. 

Sunday, June 12, 2011

Sunday in Kapit...

Haduiii...banyak nye orang bershopping sakan di Market Teresang Kapit. 


just take a look at these pictures. 











today i'm going back to school, the new semester has begun! Yippeeee...!

A FOODIE'S TAKE ON....Laksa Sarawak, again!

makan time again.....


well, i'm going to feature another Laksa Sarawak. this one, is from Gerai Makanan Islam WAFIAH, Gelanggang Kenyalang, Kapit. 




O my God, this one taste even better. the gravy is thicker, there were more condiments in it. for a cheap price of RM4.00, it was the winning Laksa Sarawak. 


yummmmm......

my latest video creation!

here it is...after a week, i finally able to upload this video montage into youtube.

the fiercest thanks goes out to a fellow friend of mine for her approval of using her photos in creating this simple video montage. i hope she likes it.

This one is in standard definition.


This one is in HD format.


Disclaimer: The video contains the audio track DAN SEBENARNYA (acoustic) by Yuna. The video was made with the purest intention and wasn't meant to violate the copyright ownership of the song. The video was made solely for entertainment purposes, and I will not benefit from it financially. This video was not the official video for the song. I own the copyright ownership of the motion picture, and YUNA owns the copyright ownership for the song. Image provided (and granted for use) by ATI MAMORA. I would like to extend my sincerest thanks and gratitude to YUNA and the producer(s) for their understanding on the above matter. Thanks.

tak habis lagi kes badminton nih! haduiii....

the best way of keeping one's championship title is to....
NEVER DO A RE-MATCH !


cara terbaik untuk mempertahankan kejuaraan adalah....
JANGAN BUAT PERLAWANAN SEMULA!


once you've won the competition, announce your retirement, 
only then you can keep the trophy, for good!


bila dah menang, umumkan persaraan, 
barulah gelaran juara itu berkekalan!

tapi, jangan lah diamalkan prinsip nih!
ini hanyalah pesanan buat diri i sendiri, 
supaya title juara badminton tidak dirampas oleh orang lain! 
hehehe....


adoiiiii...konfiden dan penuh keyakinan diri sangat lah bunyi nya kan? 
hahahaha....


lawak pulak rasanya dua tiga hari ni...asyik dicabar untuk perlawanan semula badminton. hai...tak serik-serik lagi ke bila dah kalah (statement ku yang over confident!)? 


alaaa...jangan lah rasa tercabar. i was just being lucky at that time. lagi pun, bukan nya ada hadiah pun menang perlawanan badminton tu...setakat nak main-main jer...apa sangat lah kemenangan i ngan Miss Rinda petang tuu...hahaha...


You guys don't worry laa...i'm no longer playing badminton. lutut dah rasa longgar-longgar nih, takkan lah nak berbedmenten lagi kut...plus, i'm going to be very busy, and i think Miss Rinda will be busy as well. so, you guys just go on playing badminton as much as you like. You all ingat i ni hebat sangat ke benda-benda sukan camnih? eh...hello, not me! hahahah....


but, maybe next time, i'll partner with somebody else...
and maybe then my team would lose, 
because of me! 
hahaha.....

Saturday, June 11, 2011

on being lazy and uninspired!

ever had one of those days where nothing feels inspiring enough? well, i had one of the day before.
when uninspired, i would always be looking for something ...or anything to keep me inspired.

but not on the day that i made this short, very very very short video.

i began by folding a blue paper crane, took out my camera, and start taking pictures of it. but still, i was bored of it. though bored, i kept on processing the video until laziness kicked in. and i stopped halfway of making the video.

the video end up running for only 23 seconds.
this very short video was then dubbed,
"A LAZY-DAY STOP MOTION".

here it is, at my lazy most!

with my former students...

here's a picture of me together with my two former students. it was a joy to have taught these two girls. both of them scored 5As  in their UPSR examination. 

Anatasia Rabong, me and Nike Ardilla Nabau

Wednesday, June 8, 2011

MY PERSONAL PICK : I Remember You

here's a great jazz song performed by two different artist. the song is I REMEMBER YOU. The music was written by Victor Schertzinger, the lyrics by Johnny Mercer. The song was published in 1941.


this version was sung by a superb Icelandic singer, Bjork. 

sorry, this next video features the very gorgeous George Michael singing the same song...live!. still, the song sounds great!  


“I wrote it for Judy Garland. I always had such a crush on Garland I couldn’t think straight, so I wrote this song.” - Johnny Mercer

here's the lyrics for this song. but before that, i would have to tell you this, back in 1999, i wrote a short poem in Bahasa Malaysia (title remain hidden for the moment...) with the lyrics of this song as the inspiration. someday, i'll put the poem in my blog. hehehe....

okay, here's the lyrics now....

I remember you
you're the one that made my dreams come true
a few kisses ago

I remember you
you're the one that said "I love you too,
didn't you know?"

I remember too
a distant bell
and stars that fell
like rain out of the blue

When my life is through
and the angels ask me
to recall
the thrill of them all

I shall tell them : I remember you


Tuesday, June 7, 2011

menjaga sekolah :Catatan sikuriti,pembantu rumah, tukang masak, atendan tandas dan cikgu!

hamboiiiiii.....tajuk kat atas tu, bukan main lagi panjangnyee...


bowing gileeerrr masa jaga skool ni. dah lah sorang-sorang je kat skool. ada pakcik sikuriti@Security (aya' Jimmy)kat bawah sana tu pun bukan boleh dibawak berborak sangat, sebab i memang sik ada (tak ada) modal nak dibualkan. kalau ada apai Sanna boleh jugak berborak guna bahasa Inggeris. By the way...aya' dan apai bermaksud aya' = pakcik; apai = apak/bapa. alaaa...konsep kesantunan dalam berkomunikasi lah gitewwww...


aduiii....semalam masa sampai je kat jeti Nanga Kain, i ngan Mizz Rinda menumpang satu perahu pakcik yang sangat baik hati sudi menghantar ke sekolah, with RM5 charge. okay lah tu...daripada takde langsung orang nak hantar. 


sampai je kat kuarters kediaman, i telah disambut oleh ruang tamu yang berbintik-bintik dengan hasil karya seni bang Cicaks! tak payah la i nak explain kat sini kannn...korang faham-faham je lah. nak dibuat cerita lagi, ada seekor cicak mati kat lantai dapur rumah i tu. haduiiii.....maka bermulalah kerja i sebagai bekas pembantu rumah, berhempas-pulas menyapu, memberus dan mengemop lantai dapur. belum makan tengahari lagi tuuu!


kemudian pergi ke ruang tamu lagi, mula balik kerja menyapu dan mengemop lantai lagi sekali.    


letih....terbongkang sekejap kat depan pintu!


ok, masa untuk mandi. lahhhh.......bilik mandi pun hancur-lebur jugak. apa ke hal laaa cicaks ni semua sanggup menyusun balik botol2 syampu i? hihhhhh....terpaksa la i susun balik koleksi syampu, conditioner, body wash etc kat rak toilettries tu. rasa macam atendan tandas lah pulak! aduiii....durjana punya cicaks!


siap mandi, berbusana dan bersolek....hah! bersolek? takkan laaa....hehehe...


masak time...bukak peti sejuk. kosong you...tapi, jeng jeng jeng! i dah siap beli stok untuk dua hari. cun le tuu....okeh, mari kita ke dapor! tong-tang-tong-tang...siap! tunggu untuk makan je malam nanti. 


dah pukul 4 petang. 


"Tohidddd....!" suara mizz Rinda memecah kesunyian.
"Ko sik pegi pejabat kah?" tanya mizz Rinda.
"Ko pegi ofis kah? nak...nak..nak..! aku nak online sekejap. tunggu dulu lah pompuan."
"Sama lah kita pergi ofis...aku pun nak online juak... hehehe" kata mizz Rinda sambil mata berkelip-kelip gitewwww...


"Online jak lah kita. malas dah aku nak main badminton." kata mizz Rinda.
"Eh, tak payah lah nak berbedmenten....kau kan jagoan main bedmenten gitewww! hahaha!"
"Amboi....." jawab mizz Rinda dengan muka konfiden nya. 


Online sampai tak sedar dunia..dah petang sangat. 


"Eeee...Rinda, dah gelap lah. Esok lah sambung online gik...jum, makan kat rumah aku."
"Eh, aku belum masak laaa..." jawab mizz Rinda. 
"alaa....aku dah masak dah...tak payah lah ko masak, kau datang makan jak nyah." jawab i ngan muka yang kerekzz. 
"Yeahhuuu...tohit dah masak."


demikian lah tadi kisah yang membosankan semasa i datang menjaga skolah kelmarin. sekarang ni, tinggal lah i sorang-sorang jaga skool. so, masa yang ada nih, i gunakan dengan sangat berfaedah, iaitu beronline!


hmm....ada ker kakak Hoss kita datang hari nih? 
mintak2 lah dia bawak laki dia sekali, jadi meriah sikit!


lagi beberapa hari skool akan open untuk semester kedua. 
i dah ready dah...
siap semua dah bahan-bahan yang i akan guna untuk mengajar. 
semangat membara nih!


hehehehe.....

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG



well, this blog i'm following now is interesting. this blog has over 15+++ followers. wow! hopefully i can do just as well. i'm keeping my fingers crossed....

Saturday, June 4, 2011

Pot-Pet-Pot-Pet disuruh jadi Emcee!

Haduii…..memang banyak kerjalah I dalam bulan Jun ni. Sekolah I nak buat beberapa acara yang agak besar yang mana perlu diadakan dalam bulan Jun, kononnya untuk mengelakkan kesibukkan pada Julai dan bulan puasa nanti. Tambahan lagi, UPSR tinggal 2 bulan lebih je lagi….

Why did I say ada banyak kerja?

Jangan you all tak tau, setiap kali ada Hari Sukan di sekolah, takdelah orang lain yang akan diminta untuk jadi emcee….lagi-lagi I, lagi-lagi I, salah haribulan, gila-gila I, gila-gila I. nak dibuat cerita, kali ni Hari Sukan sekolah I akan dibuat selama dua hari. Acara padang…sehari, acara trek…sehari. Tapi bila fikir balik, okay jugaklah jadi emcee, tak lah I letih nak main kejar-kejar uruskan pelajar yang ikut acara kan? Lagi pun, tak boleh nak komplen sangat, sebab I akan berada di astaka, terlindung dari sinar mentari giteww…..(eleh, kulit dah gelap pun masih takut kena sunburn kerrrr?)

Haaa….itu baru satu tugas emcee. Pada sebelah petang dan malamnya pulak (kalau ikut program laaa…), I diminta juga untuk jadi emcee sekali lagi bagi Majlis Penutupan Bulan Akademik dan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Hambbooiiiii….emcee lagi nok! Tapi, yang best sikit kali ni, I jadi emcee ngan KAK IDOT kitaaaa…..heheheh. best jugak kalau ada Kak Idot untuk tolong I jadi emcee, sebab dia boleh tolong cover mana-mana yang I rasa I malas nak cakap. Hehehehe…

You thought that was it? WRONG>>>>>….

Ada lagi, lepas acara tu, ada lagi majlis penutupan Sambutan Gawai peringkat sekolah. Haduiii…kali ni, jadi emcee lagi, tapi dah tukar partner. Kak Idot kita akan ditukarkan dengan mem besar Cikgu Medan, iaitu Kak Nani. Amboi….banyaknya pelapis untuk jadi emcee, but why still want to choose me???!!! Huwaaa…..!!!!

Tugas emcee je kerrr?

Tak, semakin parah bila I diminta untuk mendekorasi dewan utama dan pentas jugak! Ya rabbiiii……  jadi sotong kurita kering lah akuu!!! Tapi, untuk ni, I akan minta tolong ngan Miss Dayung Borih Rufina dan jugak my year 6 students. Tapi, hari tuh, ada sorang kawan I kata dia sanggup jadi perekahias dalaman, sebab dia kata dia dah boring buat kerja susun tempat duduk tetamu. Ye kerrr…..? weiii….kerja menghias-hias pentas ni bukan boleh dibuat oleh calang-calang orang tau. Orang yang super-glamer and artistic macam I je boleh buat. Ya Allah….perasan bagus nye aku! Macam lah hiasan yang I buat tu bagus sangat! Hahaha….i guraw-guraw jerrr… okay!

Tapi, harus diingat, kalau kita disuruh buat kerja yang terlampau banyak, tak salah bagi kita meletakkan syarat-syarat yang akan dapat meringankan sikit bebanan tugas kita.

Antara syarat-syarat yang I kenakan adalah:

  • 1)    I sik maok molah (tak nak buat) persembahan untuk budak-budak. Carilah orang lain untuk ajar menari yerrr….

  • 2)      Menyolek penari….satu lagi yang I tak sanggup. Suruh Awie atau WK yang solekkan budak, dua orang tu boleh tolong bubuh foundation kat muka budak, guna KIWI kasut! Tak gitewww…..

  • 3)      Waktu tidur kecantikkan (beauty sleep…aduii..perasan lagi!) perlu I patuhi. Biasanya I akan tidur pukul 12 tengah malam. Kalau acara berlarutan sangat, I akan balik terus jee….

Hmm…very the diva sangat kan?

So, here’s to me; and hopefully by then, I will be able to juggle all the tasks assigned to me well.

I am ready!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...