perhatikan gambar di bawah.
sila bina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.
1) tali leher
2) gantung
3) ampaian
Ayat pelajar yang bijak:
Aaron Aziz menggantungkan semua tali leher suteranya di ampaian.
Ayat pelajar biasa:
Terdapat sepuluh tali leher digantung di ampaian.
Ayat pelajar sederhana:
Tali leher itu digantung di ampaian.
Ayat pelajar berkebolehan rendah:
Tali leher gantung ampaian.
Ayat pelajar bengong dan perlu didenda berlari keliling padang sebanyak 25 pusingan:
Dia menggantung lehernya di tali ampaian.
hahaha.....
dapat idea ni semasa melihat banyak neck-tie
digantung di depan kuarters kediaman i.
thank you Mr. WK.
Friday, October 18, 2013
Segmen Mari Belajar Memasak : Rempah Empat Sekawan
Cehhhh…berangan sangat laaaa aku ni
kunun pandai memasak!
Hahaha….
Well, anyway, segmen belajar memasak ni
lebih berfokus pada bahan-bahan
yang biasa kita akan guna dalam
masakan….
jadi nya buk, gwe bukan berkongsi resep,
gwe hanya mau berkongsi informasi aja.
Amboiii…. sempat ke Jakarta sekejap
yerrr…..
Hehehe….
So, segmen pertama ni akan meraikan
empat bahan yang utama dalam masakan
berpesen tumis-tumis.
(yah ampunnn…rosak tatabahasa!)
Inilah dia…rempah tumis empat sekawan
Kulit kayu manis
Cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang
atau nama orputeh nya
cinnamon
adalah rempah yang basic.
Rempah ni boleh ditumis terus
ke dalam minyak yang panas,
atau digiling halus menjadi serbuk.
Tapi, kalau nak serbuk yang lagiii
halus,
boleh beli serbuk kulit kayu manis
yang ada dijual kat kedai.
Kedai mana?
Kedai jual basikal!
Tips : Kulit kayu manis boleh dijerang
bersama kopi untuk menghasilkan rasa kopi yang very the masyukkkk….
Cengkih
ataupun lebih mesraaaaa dipanggil ‘clove’
dalam bahasa orputeh
adalah kawan kamceng dengan kulit kayu
manis.
Cara nak guna nya pun lebih kurang sama,
boleh ditumis terus ataupun ditumbuk
halus.
Tips: kalo nak bagi hasil panggang ayam
berbau wangi, lumurkan ayam dengan minyak dicampur hirisan serai dan sedikit
serbuk cengkih. Kompom (confirm) wangi nyahhh…..
Buah pelaga ataupun cardamom
(tak reti nak sebut? ikut cikgu ni…..
sebut
‘ka de mem’. Bukan ‘kau demam’ yerrr…)
pun rempah yang mesti dalam kategori
rempah empat sekawan.
Tapi I heran laaa…
nape banyak orang tak
suka rempah ni?
mungkin sebab rasanya yang melangit
pelik kottt….
tapi, for me, durian pun pelik jugak
rasanya.
Ehem….
Tips: Goreng tanpa minyak beberapa bijik
cardamom untuk beberapa saat jer, kemudian tumbuk hancur cardomom tu, kemudian
boleh guna seperti biasa. Untuk rasa daging yang best, perap daging dengan
sebuk cardamom. Paling best daging tu untuk buat masak kurma daging.
Bunga lawang….
atau nama orputih
yang
very class sangat iaitu star-anise
adalah rempah yang paling anggun
dalam
rempah empat sekawan nih.
Biasanya sebagai hiasan,
jarang orang
nak tumbuk halus bunga lawang ni…
Tips : takdak tipsss….hahaha…boleh ditumis
macam biasa jaahhhh….
Okay…..
Demikian lah tadi kelas Ekonomi
Rumahtangga.
So, teruskan menunggu untuk segmen
seterusnya…
Hehehehe….
Sudehhhh….
photo source : wikipedia.org
digital enhancement by mtz
text by mtz
copyright controlled
Di dalam express boat yang zalim
Aduhhhh nyahhh….
tak sanggup rasanya nak mengingat balik
pengalaman pulang selepas Hari Raya Haji
pada Rabu lepas.
Boat express yang I naiki untuk pulang
ke sekolah
adalah boat express yang terbaik dan
paling high-class.
Macam kategori setan punya express boat!
Hahahaha
pemandangan jeram Pala' Wong....nampak tak kapal kayu balak yang tertonggeng tu? Dasat kannn? |
Dah laaa air-con dalam boat tu tak terasa
langsung….
ditambah lagi dengan bahang matahari kewwww
yang panas melampau
kemudian ditambah dengan pakej kerusi
penumpang
yang kecik dan tak sesswai langsung
untuk I yang berbadan macam peti sejuk
tiga pintu ni…..
nak dibuat lagi haru sedih pilu
sampai kat satu kawasan
para penumpang yang saiz alhamdulillah
macam I ni
dikehendaki turun menapak di tebing
sungai!
o mai inglis!
Sementara menapak tu, bot express tu
akan cuba melalui kawasan yang cetek dan
berbatu
sehinggalah kat satu kawasan yang air
sungai agak dalam
barulah pasukan yang menapak tadi
boleh masuk semula ke dalam bot.
aduhaiii…hilang anggun I sekejap.
naseb baik ada Auntie Roselind and Cikgu Shaz MukaKorea, tak laaaa i boring sangat kat dalam express boat yang kejam itewwwwww |
So, masa I menapak tu,
I juga bertemankan beberapa penumpang
yang lain
dan alangkah bernasib baiknya I
ada Mr. Shaz ‘KoreaFace’ yang menemani.
Auntie Roslind tak dapat nak ikut sama
menapak,
dia sakit kaki.
Cian….i pun rasanya tak sanggup nak
dukung dia,
Kalau orang lain yang dukung i… i suka!
Jeng..jeng..jeng…
So, inilah cabaran yang perlu dihadapi
oleh penduduk di pedalaman Kapit
semasa musim air sungai cetek
atau musim air langkang
seperti kata masyarakat iban di sini.
Langkang yerrr….bukan longkang!
Y’als nihhhh…..
text and photo by mtz
copyright controlled
FUJIFILM InstaxMini 8
So, I’ve been experimenting with
instaxmini
and in general, I’m quite happy with the
results.
of course laaa, the pictures weren’t
that great yet
because I’m still a novice at this
instant kind of stuff.
my Year 6 boys and girls |
hehehe….
maybe salah setting
so, adalah beberapa gambar
yang
tersangaaat lah gelap
and ada jugak gambar yang blur.
aduhai...hancur lebur gambar Kakak Ross and MizRinda |
Memang nak kena praktis betul-betul laaa
kalo nak guna kamera jenis instant macam
ni.
Bajet pun tak payah nak kata laaaa….
memang agak mahal.
Azizi, WK and Kakak Ross |
Y’als bayangkan jerrr laaaa,
satu katrij photo paper tu berharga
RM30,
dan satu katrij tu cuma ada sepuluh keping
kertas jerrr….
so, maksudnya sekeping tu harganya tiga
ringgit.
Harga sebijik beef burger!
Tapi I akan terus belajar lagi
camana nak setting-metting kamera jenis
nih…
Selama ni asyik guna instagram
dan
computer software je
kalo nak bikin Polaroid style.
Sekarang, nah….guna kamera yang
sebenarnya!
testing ambik gambar Meg, RGM and MizRinda |
Hehehehe….
at least impian I untuk memiliki kamera
instant
tercapai jugak lah kannnnn….
Lepas ni nak beli kamera jenis filem
pulak.
Orang semakin ke digital,
aku pulak mengundur balik ke zaman 80an.
gtewwwwwww
photos by mtz
FujiFilm Instaxmini 8
copyright controlled
Wednesday, October 16, 2013
kemudian ada kelupis
kelupis......
hidangan yang lazim dihidangkan
semasa menyambut perayaan
Hari Raya Puasa
ataupun
Hari Raya Haji
di Sarawak
proses nak membuat kelupis memang jerih sikit
beras pulut perlu nak dikukus dengan santan
kemudian dimampatkan dalam acuan
kemudian potong panjang-panjang
kemudian dibalut dengan daun palas
kemudian diikat beberapa batang bersama
kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk
kemudian kalau rasa nak hidang dan makan
bolehlah dikukus sekali lagi.....
kelupis best kalau dimakan bersama
rendang daging
kuah kari pekat
kuah kacang
serikaya
ataupun paling ringkas
cicah gula
ingat yerrr.......
K.E.L.U.P.I.S.
bukan pelipis!
hehehehehe
photo by Wan Kamarol
used by permission
Copyright Controlled
kelupis yang best |
hidangan yang lazim dihidangkan
semasa menyambut perayaan
Hari Raya Puasa
ataupun
Hari Raya Haji
di Sarawak
proses nak membuat kelupis memang jerih sikit
beras pulut perlu nak dikukus dengan santan
kemudian dimampatkan dalam acuan
kemudian potong panjang-panjang
kemudian dibalut dengan daun palas
kemudian diikat beberapa batang bersama
kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk
kemudian kalau rasa nak hidang dan makan
bolehlah dikukus sekali lagi.....
kelupis best kalau dimakan bersama
rendang daging
kuah kari pekat
kuah kacang
serikaya
ataupun paling ringkas
cicah gula
ingat yerrr.......
K.E.L.U.P.I.S.
bukan pelipis!
hehehehehe
photo by Wan Kamarol
used by permission
Copyright Controlled
Subscribe to:
Posts (Atom)