Friday, October 18, 2013

lawak neck-tie

perhatikan gambar di bawah.
sila bina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.



1) tali leher
2) gantung
3) ampaian




Ayat pelajar yang bijak:
Aaron Aziz menggantungkan semua tali leher suteranya di ampaian.

Ayat pelajar biasa:
Terdapat sepuluh tali leher digantung di ampaian.

Ayat pelajar sederhana:
Tali leher itu digantung di ampaian.

Ayat pelajar berkebolehan rendah:
Tali leher gantung ampaian.

Ayat pelajar bengong dan perlu didenda berlari keliling padang sebanyak 25 pusingan:
Dia menggantung lehernya di tali ampaian.





hahaha.....
dapat idea ni semasa melihat banyak neck-tie 
digantung di depan kuarters kediaman i.
thank you Mr. WK.

Segmen Mari Belajar Memasak : Rempah Empat Sekawan





Cehhhh…berangan sangat laaaa aku ni
kunun pandai memasak!
Hahaha…. 
 
Well, anyway, segmen belajar memasak ni
lebih berfokus pada bahan-bahan
yang biasa kita akan guna dalam masakan….
jadi nya buk, gwe bukan berkongsi resep,
gwe hanya mau berkongsi informasi aja.
Amboiii…. sempat ke Jakarta sekejap yerrr…..
Hehehe….

So, segmen pertama ni akan meraikan
empat bahan yang utama dalam masakan
berpesen tumis-tumis.
(yah ampunnn…rosak tatabahasa!)

Inilah dia…rempah tumis empat sekawan
Kulit kayu manis
Cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang






Kulit kayu manis 
atau nama orputeh nya cinnamon
adalah rempah yang basic.
Rempah ni boleh ditumis terus
ke dalam minyak yang panas,
atau digiling halus menjadi serbuk.
Tapi, kalau nak serbuk yang lagiii halus,
boleh beli serbuk kulit kayu manis
yang ada dijual kat kedai.
Kedai mana?
Kedai jual basikal!

Tips : Kulit kayu manis boleh dijerang bersama kopi untuk menghasilkan rasa kopi yang very the masyukkkk….






Cengkih 
ataupun lebih mesraaaaa dipanggil ‘clove’
dalam bahasa orputeh
adalah kawan kamceng dengan kulit kayu manis.
Cara nak guna nya pun lebih kurang sama,
boleh ditumis terus ataupun ditumbuk halus.

Tips: kalo nak bagi hasil panggang ayam berbau wangi, lumurkan ayam dengan minyak dicampur hirisan serai dan sedikit serbuk cengkih. Kompom (confirm) wangi nyahhh…..







Buah pelaga ataupun cardamom
(tak reti nak sebut? ikut cikgu ni…..
sebut ‘ka de mem’. Bukan ‘kau demam’ yerrr…)
pun rempah yang mesti dalam kategori 
rempah empat sekawan.
Tapi I heran laaa…
nape banyak orang tak suka rempah ni?
mungkin sebab rasanya yang melangit pelik kottt….
tapi, for me, durian pun pelik jugak rasanya.
Ehem….

Tips: Goreng tanpa minyak beberapa bijik cardamom untuk beberapa saat jer, kemudian tumbuk hancur cardomom tu, kemudian boleh guna seperti biasa. Untuk rasa daging yang best, perap daging dengan sebuk cardamom. Paling best daging tu untuk buat masak kurma daging.






Bunga lawang….
atau nama orputih 
yang very class sangat iaitu star-anise
adalah rempah yang paling anggun 
dalam rempah empat sekawan nih.
Biasanya sebagai hiasan, 
jarang orang nak tumbuk halus bunga lawang ni…

Tips : takdak tipsss….hahaha…boleh ditumis macam biasa jaahhhh….

Okay…..
Demikian lah tadi kelas Ekonomi Rumahtangga.
So, teruskan menunggu untuk segmen seterusnya…
Hehehehe….

Sudehhhh….

photo source : wikipedia.org
digital enhancement by mtz
text by mtz
 copyright controlled

Di dalam express boat yang zalim





Aduhhhh nyahhh….
tak sanggup rasanya nak mengingat balik
pengalaman pulang selepas Hari Raya Haji 
pada Rabu lepas.
Boat express yang I naiki untuk pulang ke sekolah
adalah boat express yang terbaik dan paling high-class.
Macam kategori setan punya express boat!
Hahahaha

pemandangan jeram Pala' Wong....nampak tak kapal kayu balak yang tertonggeng tu? Dasat kannn?
 
Dah laaa air-con dalam boat tu tak terasa langsung….
ditambah lagi dengan bahang matahari kewwww
yang panas melampau
kemudian ditambah dengan pakej kerusi penumpang
yang kecik dan tak sesswai langsung
untuk I yang berbadan macam peti sejuk tiga pintu ni…..

nak dibuat lagi haru sedih pilu
sampai kat satu kawasan
para penumpang yang saiz alhamdulillah macam I ni
dikehendaki turun menapak di tebing sungai!
o mai inglis!

Sementara menapak tu, bot express tu
akan cuba melalui kawasan yang cetek dan berbatu
sehinggalah kat satu kawasan yang air sungai agak dalam
barulah pasukan yang menapak tadi
boleh masuk semula ke dalam bot.
aduhaiii…hilang anggun I sekejap.

naseb baik ada Auntie Roselind and Cikgu Shaz MukaKorea, tak laaaa i boring sangat kat dalam express boat yang kejam itewwwwww
 
So, masa I menapak tu,
I juga bertemankan beberapa penumpang yang lain
dan alangkah bernasib baiknya I
ada Mr. Shaz ‘KoreaFace’ yang menemani.
Auntie Roslind tak dapat nak ikut sama menapak, 
dia sakit kaki.
Cian….i pun rasanya tak sanggup nak dukung dia,
Kalau orang lain yang dukung i… i suka!
Jeng..jeng..jeng…

So, inilah cabaran yang perlu dihadapi
oleh penduduk di pedalaman Kapit
semasa musim air sungai cetek
atau musim air langkang
seperti kata masyarakat iban di sini.
Langkang yerrr….bukan longkang!
Y’als nihhhh…..

text and photo by mtz
copyright controlled

FUJIFILM InstaxMini 8




So, I’ve been experimenting with instaxmini
and in general, I’m quite happy with the results.
of course laaa, the pictures weren’t that great yet
because I’m still a novice at this instant kind of stuff.

my Year 6 boys and girls

hehehe….
maybe salah setting
so, adalah beberapa gambar 
yang tersangaaat lah gelap
and ada jugak gambar yang blur.

aduhai...hancur lebur gambar Kakak Ross and MizRinda
 
Memang nak kena praktis betul-betul laaa
kalo nak guna kamera jenis instant macam ni.
Bajet pun tak payah nak kata laaaa….
memang agak mahal.

Azizi, WK and Kakak Ross

Y’als bayangkan jerrr laaaa,
satu katrij photo paper tu berharga RM30,
dan satu katrij tu cuma ada sepuluh keping kertas jerrr….
so, maksudnya sekeping tu harganya tiga ringgit.
Harga sebijik beef burger!

Tapi I akan terus belajar lagi
camana nak setting-metting kamera jenis nih…
Selama ni asyik guna instagram 
dan computer software je
kalo nak bikin Polaroid style.
Sekarang, nah….guna kamera yang sebenarnya!

testing ambik gambar Meg, RGM and MizRinda


Hehehehe….
at least impian I untuk memiliki kamera instant
tercapai jugak lah kannnnn….
Lepas ni nak beli kamera jenis filem pulak.

Orang semakin ke digital,
aku pulak mengundur balik ke zaman 80an.
gtewwwwwww



photos by mtz
FujiFilm Instaxmini 8
copyright controlled

Wednesday, October 16, 2013

kemudian ada kelupis

kelupis......
kelupis yang best

hidangan  yang lazim dihidangkan 
semasa menyambut perayaan
Hari Raya Puasa 
ataupun 
Hari Raya Haji
di Sarawak

proses nak membuat kelupis memang jerih sikit
beras pulut perlu nak dikukus dengan santan
kemudian dimampatkan dalam acuan
kemudian potong panjang-panjang
kemudian dibalut dengan daun palas 
kemudian diikat beberapa batang bersama
kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk
kemudian kalau rasa nak hidang dan makan
bolehlah dikukus sekali lagi.....

kelupis best kalau dimakan bersama
rendang daging
kuah kari pekat
kuah kacang 
serikaya
ataupun paling ringkas 
cicah gula

ingat yerrr.......
K.E.L.U.P.I.S.
bukan pelipis!
hehehehehe


photo by Wan Kamarol
used by permission
Copyright Controlled