Sunday, April 29, 2018
Embrace Your Voice : KEMPEN ANTI GANGGUAN SEKSUAL
Foreword:
I would like to extend my gratitude and thanks to the Pertubuhan Wanita DAP Sibu in their express understanding and permission for me to use and edit the contents of "EMBRACE YOUR VOICE". Once again, thanks.
Apakah maksud Serangan Seksual?
Serangan seksual bermaksud perhubungan seks yang berlaku secara paksaan atau ugutan atau tanpa kerelaan dan kebenaran oleh mangsa. Istilah 'serangan seksual' boleh digunapakai untuk kes-kes yang melibatkan perhubungan seks (tanpa mengira umur) di antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan.
Jenis Serangan Seksual
1) Rogol atau cubaan rogol
2) Sentuhan seksual tanpa kerelaan
3) Paksaan untuk melakukan hubungan seks, termasuk seks oral ataupun liwat.
Hukuman
Penjara selama 10 tahun maksimum dan denda atau sebatan.
Apakah pula maksud Gangguan Seksual?
Gangguan seksual bermaksud percubaan untuk mendapat tindakbalas seksual tanpa kerelaan.
Contoh Gangguan Seksual
1) Kata-kata ucapan atau bahasa tubuh yang berbentuk seksual.
2) Mempamerkan bahan pornografi atau lucah
3) Menghantar mesej atau pesanan lucah
4) Dipaksa atau diajak secara lisan untuk melakukan hubungan seks ataupun bertemu janji untuk melakukan hubungan seks.
Hukuman
Penjara selama 5 tahun maksima atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kerelaan
Kerelaan dalam hal ini secara umum didefinisikan sebagai kesetujuan atau kebenaran oleh kedua-dua individu yang terlibat untuk melakukan hubungan seks. Dalam hal ini, seseorang boleh menarik balik kerelaan mereka sekiranya individu tersebut tidak berasa selesa dengan situasi yang berlaku keatasnya. Malah, kerelaan tersebut boleh ditarik balik semasa perhubungan seks sedang berlaku.
Kerelaan tidak berlaku sekiranya:
1) terdapat unsur paksaan atau serangan secara fizikal atau emosi, penipuan, ugutan atau pemanipulasian.
2) kehilangan kesedaran akibat kesan penggunaan alkohol atau dadah; termasuk ubat-ubatan.
3) tidur atau dalam keadaan tidak sedar
4) di bawah umur sah perundangan
Umur sah dinilai seperti berikut:
Perempuan - di bawah usia 16 tahun
Lelaki - di bawah usia 13 tahun
Perilaku Sumbang Mahram (Incest)
Perbuatan sumbang mahram bermaksud perhubungan seksual yang berlaku di kalangan ahli keluarga yang melibatkan anak kandung, anak tiri, adik-beradik, sepupu, ibubapa saudara, datuk nenek atau ibubapa tiri.
Hukuman
Penjara minima 10 tahun atau 30 tahun maksima dan sebatan.
Apa yang boleh kita lakukan terhadap mangsa?
1) BERIKAN SOKONGAN MORAL YANG PENUH
2) BANTU MANGSA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DARI PIHAK POLIS
3) JADI PENDENGAR YANG BAIK
Artikel dipetik dan diterjemah dari artikel "EMBRACE YOUR VOICE" Kempen Anti Gangguan Seksual; keluaran DAP WOMEN SIBU & DAPSY SIBU, terbitan DAP Malaysia, Jln Yew Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Playtech announces new Live casino and mobile platform
ReplyDeleteThe partnership will integrate 목포 출장마사지 the Playtech Playtech technology into the mobile market through the 광명 출장안마 new 동두천 출장마사지 Live 영주 출장샵 casino platform. The Oct 정읍 출장안마 20, 2020 · Uploaded by Playtech in