Tuesday, March 15, 2016

Kenal Tak Mana Satu Parsley, Mana Satu Coriander?


segan pulak rasanya nak bagitau
yang i ni tak tau nak bezakan
jeng...jeng...jeng...
daun ketumbar dengan daun pasli
hehehehehe......

so, al-kisah nya macam ni...
petang tadi i terima mesej 
dari kawan i kat weChat
bertanyakan
"apa parsley dalam bahasa Melayu?"

i pun dengan konfiden nyerrrrr
jawab "ketumbar laa..."

dan tiba-tiba...
kawan i tanya balik...
"ketumbar bukan coriander ke?"

alamak! mati aku salah info...
lalu cepat-cepat i bukak 
University Google dan Wikipedia College
dan....ternyata i salah. 
hahahahah...ketok kepala sendiri!

so, blogpost i kali ni cuma lah nak 
sharing-sharing is caring
perbezaan di antara 
daun ketumbar dan daun pasli
atau dalam bahasa English
coriander and parsley


Coriander
Cilantro
Chinese Parsley
Dhania leaf
adalah benda yang sama 
iaitu DAUN KETUMBAR....


daun ketumbar biasanya digunakan 
sebagai aromatics dalam masakan Asia
tapi boleh jugak digunakan sebagai garnishing
dan penambah perasa dalam masakan.
Biasanya diguna dalam masakan sup
dan juga taburan warna kat kari, sos atau masakan berkicap.
gtewwssss.....


Parsley
tak tau nama melayu dia...
tapi selalu orang kata daun pasli jaaa....


parsley paling seswaiii digunakan 
dalam masakan barat atau italian cuisine.
biasanya digunakan sebagai 
penambah perisa dan penyeri warna 
dicincang-cincang kemudian ditabur-tabur
kat atas salad ataupun pasta dishes.


satu soalan i nak tanya...
you all dapat ka bezakan dua-dua jenis herba ni?
sebab i sendiri pun baru tau jugak.

so, the next time orang tanya
bagaimana nak membezakan 
coriander dan parsley......
tengok jaaaa pada shape daun nyerrr.....
simple.

hehehehehe...remember, i pun baru tau!

28 comments:

  1. Sis..gambo yang first tu mcm daun sup aje bukan ketumbar..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..helaian daun ketumbar kecil dari daun sup...
      Kalo org tanya beza parsley dan ketumbar dari segi bentuk dan bau..ketumbar ni biasa ada dlm masakan tomyam siam

      Delete
    2. Nk beza kan ketumbar dan daun sup tgk akar nye..

      Delete
  2. hahaha...bro actually. but anyway thanx for reading.

    ReplyDelete
  3. hahaha...bro actually. but anyway thanx for reading.

    ReplyDelete
  4. Mna nk beli daun parsley nie....daun nie boleh kurus kan badan dgn cepat...sbb tu sya nk cube

    ReplyDelete
  5. Daun ketumbar/daun sup yg susah sikit nk beza. Daun pasley n daun ketumbar senang je nampak bezanya. Daun ketumbar sedap dijdikn ulam n bnyak khasiatnya. Daun sup ni biasanya besar2 daunnya n hanya sedap bila masak sup. Daun pasley tk sedap bila dimkn mentah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun ketumbar/daun sup bezanya bau sis..

      Delete
    2. saya suka daun parsley mkn dgn western food

      Delete
    3. Rebus satu ikat daun parsley yg telah dibersihkan dlm 1 liter air, sejukkan airnya dan simpan dlm fridge…minum satu gelas setiap pagi…gunanya utk mencuci buah pinggang/kidney

      Delete
  6. yes plus lemon juice

    ReplyDelete
  7. Parsley ni susah nk cari di BP ni..

    ReplyDelete
  8. Daun parsley daunnya halus dan kerinting....khasit boleh cuci buah pinggang...daun ketumbar daunnya macam daun sup...khasiat pun banyak jg

    ReplyDelete
  9. Kalau daun ketumbar dgn daun sop mmg la boleh confused sbb bentuk daun nya sm .wra sm dn sengam nye pun hampir sama. Tp daun pasli tu bukan penting dlm masakan melayu.mmg tak ramai yg tau

    ReplyDelete
  10. Kedua2 dalam gambar tu adalah parsley. Yg atas tu memang omputih panggil parsley dan org melayu panggil daun sup.

    Yg gambar bawah tu ENGLISH parsley, org melayu rasanya panggil parsley je. English parsley ni takde flavor/rasa sgt, selalunya diguna utk hiasan makanan je.

    Daun ketumbar omputih panggil coriander leaves/cilantro. Rupanya seakan daun sup, boleh terconfused bagi yg kurang familiar. Masakan cina, thai, spanish selalu guna daun ketumba ni

    ReplyDelete
  11. Pasli ngan ketumnar tengok rupa tau la beza dia. Ni ha..ketumbar ngan daun sup. Kena cium2 dulu baru tau mana satu daun sup..mana satu ketumbar..hahaha..

    ReplyDelete
  12. Saya tak tahu apa tu daun parsley.. daun sup ke tu..

    ReplyDelete
  13. Ok daun parsley kita da tahu sbb daunnya kerinting sikit jauh beza dgn daun corainder atau ketumbar.selalunya daun ketumbar batangnya agak pendek sikit kalau nak di bandingkan dgn daun sop.sbb daun sop batang nya panjang.

    ReplyDelete
  14. Daun parsley daun sup kn..hahhaa dah pening

    ReplyDelete
  15. Sy selalu tambah daun ketumbar dalam masakan ayam masak merah dan kari.. Sedap. Cuba lahh...

    ReplyDelete
  16. Family saya panggil daun sadri.. Kdg2 daun sup.. Tp mmg selalu sebut daun sadri @ saderi🙂

    ReplyDelete
  17. Chinese parsley dgn ketumbar @ coriander bentuknya sama. Daun sama, batang dan akar pn sama. Bezanya cuma ketumbar ada bau, chinese parsley tak de bau.

    ReplyDelete
  18. Ada org kata daun ketumbar bau macam pijat

    ReplyDelete
  19. (1) Daun Cilantro/Coriander/Ketumbar (2) Daun Parsley/Chinese parsley/Daun Sop - Biasa nya di potong halus di tabur keatas sop yang kita masak sendiri dirumah (3) Daun Celery/Daun Sop - Biasanya batang daun dipotong 2-3 inci dan dimasak didalam TOM YAM.

    ReplyDelete

what's your say...
apa kata anda...