Wednesday, February 18, 2015

Kembara ke Rumah Panjang Gare, Ulu Sungai Kain


Dua minggu yang lepas
i pergi kembara and buat lawatan muhibbah
bersama three of my collagues
Mr. Shaz KoreaFace, 
my cute housemate ZZ
and RGM.

Kitaorang melawat ke rumah panjang 
di Ulu Sungai Kain.

Well, lawatan tu sebenarnya
untuk melihat-lihat persekitaran rumah panjang
sambil-sambil get 'together-gether ecip mo'
dengan penduduk rumah panjang and our students
from that longhouse.

The four of us did some hiking, digging for crystals, 
learning something about pua kumbu art,
fishing (me excluded) and swimming (they excluded).
Well, actually, i didn't swim, i just sat in the shallow water.
Hehehehehe....

Seronok jugak dapat lepak-lepak ke rumah panjang 
masa hujung minggu masa pelajar balik.
Daripada takda apa nak dibuat 
masa hujung minggu kannnn....

Okeh...tengok je lah gambar-gambar nih....

Balik dari mengorek kristal.
Bayangkan...betapa hazabnyaaaa mendaki bukit yang tinggi ni
hanya kerana nak mengorek, menggali dan mengumpul kristal.
Budak-budak ni temankan kitaorang.

Sempat jugak tengok makcik ni menenun pua kumbu.
I yang poret ni pun banyak laaa bertanya soalan.
Bagus makcik ni, tak lokek berkongsi maklumat.

Kitaorang lepak sampai waktu tengahari kat rumah panjang ni.
Lepas makan tengahari tu, i pun lepak dengar geng apai-apai ni
berborak di ruai rumah panjang. Yang muda hensem dan berbaju tu
sebenarnya bekas anak murid i. Sekarang dah tinggiiiii....
Pernah kena denda dengan i sebab bising kat dalm asrama.
 Didenda lari keliling padang.
 
Kuahajak zalim kamerafon i ni kannnn.....blurr sangat.
Well, diaorang tiga ni seronok jerrrr memancing.
Cuma dapat seekor jerr ikan...berukuran 7cm jerrr...
Hahahahaha..... 


Pemandu bot we'als hari tu.
Aya' Jimmy....atau lebih senang dipanggil Apai Noria.

Amboi amboi amboiii.....bukan main lagi dua orang students i ni
berposing malu-malu gtewwssss....
dua orang ni yang temankan i berendam laksana duyung kat dalam air.
Bintang dan Noria (baju ijo).

Pemandangan ulu Sungai Kain.
Memang cantik kawasan ni.

Okeyyy....
itu lah serba sedikit cerita and foto 
aktiviti kitaorang.
Teringin nak pergi lagi.
In shaa Allah.









Tuesday, February 17, 2015

Siapa kah Björk?






Well, lama dah i teringin nak buat blogpost ni
untuk memperkenalkan siapa kah makcik yang aneh ni
kepada Malaysians, yang i berani katakan - 
tak tau siapa sebenarnya 
perempuan supermusicalgenius ni.

So kat sini
i perturunkan serba sedikit info 
tentang siapa - Björk.


nama sebenar dia adalah Björk Guðmundsdóttir
berasal dari Iceland.
hmm...kalau kita tengok, 
muka dia tak macam european kannn
malah lebih kepada bermata sepet macam 
bangsa Inuit dari Greenland.
Tapi, Björk sendiri tidak pernah menjelaskan 
dia berketurunan apa.

Setakat ni dia dah mengeluarkan banyak album solo
tajuk-tajuk album dia Björk, Debut, Post, Homogenic, Vespertine,
Medulla, Volta , Biophillia
dan yang paling terbaru - Vulnicura.

Pernah berlakon watak utama dalam filem 
Dancer In The Dark dan filem eksperimentasi Drawing Restraint 9. Lepas berlakon Dancer In The Dark, Björk buat sumpah Mahsuri taknak berlakon lagi. Kununnya berlakon tu membuat diri dia letih dari segi jiwa dan emosi..gtewwsss. Tapi, dia berlakon balik dalam filem eksperimen yang laki dia buat lepas tu. Dalam filem Drawing Restraint 9, dia jadi ompuan Jepun. 

Pernah diancam bunuh oleh seorang stalker
yang hantar bom asid, tapi berjaya dihalang
dan stalker tu sendiri telah bunuh diri pun...

Pernah belasah wartawan yang sibok-sibok 
nak interview dia masa tiba di Thailand.
Ye lah kannn...baru jerrr sampai airport
masih jetlag lagi..dah sibok-sibok wartawan 
nak tanya soalan. Meroyan lah Björk dah tuuu....

Pernah nyanyi masa pembukaan 2004 Athens Olympics.
Dia nyanyi guna gaun yang besar tak hingat dunia, sampai boleh cover padang stadium punya besar dia. betuulll, kalo korang tak caya boleh google kerrr...cari kat youtube kerrr....

Tak pernah sampai Malaysia. Entah kenapa?

Suka pakai baju yang pelik-pelik. 
Rasanya dia dan Lady Gaga seangkatan ting-tong.
Hehehehehe....

Dia tak beragama...
katanya, dia cuma beragamakan 
alam semulajadi dan alam semesta.

Pernah buat seluruh negara China meroyan
bila dia buat konsert sambil melaungkan 
"Tibet! Tibet!"
Lagu yang dia dedikasikan untuk Tibet tu adalah lagu 
bertemakan revolusi memerdekakan diri...gtewwwsss lagi.

Dia sendiri tak pernah menganggap diri dia sebagai
artiste. Kununnya dia anggap karya seni dia adalah berbentuk kolaborasi dengan technician, sound artist, scientists, biologist, astronomist, pakar fizik, pengarah filem, pereka fesyen, pelukis, jurufoto...

Okehhh...tu dia serba sedikit tentang supergenius ni.



senyuman jam tangan analog


semenjak dua menjak ni
geng-geng i semakin kencang 
menambah koleksi.
Koleksi apa?
Dah tentu la bukan koleksi bini...
diaorang ni belum kawin lagi.
Dan bukan jugak koleksi aweksss
sebab diaorang ni jenis fokus karier
sampai takdak masa nak cari aweks.
(ya kaahhhh...tiba-tiba muncul persoalan).

Koleksi yang i maksudkan di sini
adalah koleksi kronograf....
mengumpul jam tangan G-Shock.

Well, bagus lah tu...
collecting G-Shock wrist watches 
is an excellent hobby.
Hobi ni kalau ditelitikan
boleh buat bisnes jugak tau.

Kawan-kawan i suka kumpul
G-Shock jenis yang limited edition
even my housemate pun kumpul 
sampai entah berapa dah bilangan.


Tapi, sebenarnya
i bukannya nak cerita pasal mengumpul jam
atau pasal jenama G-Shock.

I nak you als tengok gambar-gambar jam analog ni dulu
see if you can spot something interesting about them.







Nampak tak....?
Tak nampak?
Okehhh...cuba tengok betol-betol.
Semua tunjuk masa 
10:10 kannn.....

Ni standard iklan jam tangan analog.
Jarum jam menunjukkan masa 10:10 ni sebab 
untuk frame kan jenama jam tuu...
dan tambahan...bentuk nya seakan-akan tersenyum.

Cuba selongkar majalah sekarang...
cari iklan jam tangan. Kan betulll.....

Mmm...hanya untuk jam analog yerr....
jam digital entah apa nombor yang ditunjuk nyerrr...

Monday, February 16, 2015

cerita inspirasi kejayaan : putih nyerrrrr


bangkit dari kesukaran
bangkit dari kedukaan

gtewwwssss sangat mukadimah
untuk blogpost i kali nih...

i tak mahu berceloteh banyak
i cuma nak berkongsikan cerita kejayaan 
seorang businesswoman yang terkenal di Malaysia
dan semakin hari semakin meletopppsss 
dengan tagline nya....
okayyy....sebut betol-betol...

Qu Puteh, Qu Puteh.....
Barulah Putih!



haaaa....kelezzz tak introduction yang i bagi ni?
Sebelum tu, i nak kena jelaskan kat sini...
I BUKAN NAK IKLAN PRODUK yerrrrr!
i tak terima sebarang product endorsement
untuk blogpost ni.
this is just a simple article,
plus, artikel ni memetik beberapa sumber yang lain.

okeh lahhh 
makcik-pakcik, kakak-abang, cikpon ciknyah sekelian
dipersilakan membaca cerita super-businesswoman ni...

Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman
atau lebih dikenali sebagai Datin Vida
merupakan pengasas Vida Beauty.
Pernah hidup susah apabila menjadi anak yatim
pada usia sembilan tahun,
when her father passed away.

Mula berbisnes sejak kecik...
nooo...bukan jual kosmetik, 
jual nasik lemak youuuu...
tapi berkat rajin menyimpan duit keuntungan
dapat beli motosikal lagi untuk pegi sekolah menengah.
Korang mampu menyimpan duit macam tu?
Hehehehee...

Pernah jadi cikgu jugak....
tapi minat untuk berbisnes tuu lagiiii hebat
so she quit teaching to pursue her true passion.
Tapi, dia masih berminat dengan pendidikan...
sekarang dia menaja beberapa sekolah pondok
dan rumah kebajikan anak-anak yatim.

Bahagian ni...emmm, 
tak dapat nak story lebih-lebih
because a bit personal.
Cuma, share sikit je lah yerrr...
Dia pernah menjadi ibu tunggal,
but got married again last January.

She lost two of her four children
in a fire during the month of Ramadhan,
five days shy of eid al-fitri.

She is a proud sponsor
for two national television events.
She invested close to three million ringgit
just to advertise her beauty products.

Tapi, berkat kesungguhan Datin Vida bikin promo
barang-barang Vida Beauty,
stok Pamoga dan Qu Puteh menjadi sangaaaat laris
sampai terpaksa dibekalkan kepada stokis 
secara kuota. Haaa...laku sampai macam tu sekali nyahhh...

Okehhh....tu dia serba sedikit info 
on Datin Vida and her famous 
Qu Puteh, Qu Puteh slogan.

So, Datuk Seri....
sori lah kalo ada menyentuh 
manamana hal yang agak peribadi.
I wish you success always.

sumber foto: MalaysiaGazette