Tuesday, February 17, 2015

Siapa kah Björk?






Well, lama dah i teringin nak buat blogpost ni
untuk memperkenalkan siapa kah makcik yang aneh ni
kepada Malaysians, yang i berani katakan - 
tak tau siapa sebenarnya 
perempuan supermusicalgenius ni.

So kat sini
i perturunkan serba sedikit info 
tentang siapa - Björk.


nama sebenar dia adalah Björk Guðmundsdóttir
berasal dari Iceland.
hmm...kalau kita tengok, 
muka dia tak macam european kannn
malah lebih kepada bermata sepet macam 
bangsa Inuit dari Greenland.
Tapi, Björk sendiri tidak pernah menjelaskan 
dia berketurunan apa.

Setakat ni dia dah mengeluarkan banyak album solo
tajuk-tajuk album dia Björk, Debut, Post, Homogenic, Vespertine,
Medulla, Volta , Biophillia
dan yang paling terbaru - Vulnicura.

Pernah berlakon watak utama dalam filem 
Dancer In The Dark dan filem eksperimentasi Drawing Restraint 9. Lepas berlakon Dancer In The Dark, Björk buat sumpah Mahsuri taknak berlakon lagi. Kununnya berlakon tu membuat diri dia letih dari segi jiwa dan emosi..gtewwsss. Tapi, dia berlakon balik dalam filem eksperimen yang laki dia buat lepas tu. Dalam filem Drawing Restraint 9, dia jadi ompuan Jepun. 

Pernah diancam bunuh oleh seorang stalker
yang hantar bom asid, tapi berjaya dihalang
dan stalker tu sendiri telah bunuh diri pun...

Pernah belasah wartawan yang sibok-sibok 
nak interview dia masa tiba di Thailand.
Ye lah kannn...baru jerrr sampai airport
masih jetlag lagi..dah sibok-sibok wartawan 
nak tanya soalan. Meroyan lah Björk dah tuuu....

Pernah nyanyi masa pembukaan 2004 Athens Olympics.
Dia nyanyi guna gaun yang besar tak hingat dunia, sampai boleh cover padang stadium punya besar dia. betuulll, kalo korang tak caya boleh google kerrr...cari kat youtube kerrr....

Tak pernah sampai Malaysia. Entah kenapa?

Suka pakai baju yang pelik-pelik. 
Rasanya dia dan Lady Gaga seangkatan ting-tong.
Hehehehehe....

Dia tak beragama...
katanya, dia cuma beragamakan 
alam semulajadi dan alam semesta.

Pernah buat seluruh negara China meroyan
bila dia buat konsert sambil melaungkan 
"Tibet! Tibet!"
Lagu yang dia dedikasikan untuk Tibet tu adalah lagu 
bertemakan revolusi memerdekakan diri...gtewwwsss lagi.

Dia sendiri tak pernah menganggap diri dia sebagai
artiste. Kununnya dia anggap karya seni dia adalah berbentuk kolaborasi dengan technician, sound artist, scientists, biologist, astronomist, pakar fizik, pengarah filem, pereka fesyen, pelukis, jurufoto...

Okehhh...tu dia serba sedikit tentang supergenius ni.



No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...