Friday, June 17, 2011

A FOODIE'S TAKE ON....cekodok/cucur renyuk di tengahari!

makanan tengahari ku.....


tak breakfast dari pagi tadi. sekali lapar macam singa...oops, beruang lah pulak! tapi, bila i balik ke rumah, ternampak buah pisang yang terhidang kat atas meja didepan TV.


jeng..jeng..jeng...


datang idea nak buat nyam-nyam sikit. Lenyekkan 10 biji pisang, letak gula 5 sudu, telur sebiji, gaul sampai rata gitewww.... kemudian masukkan tepung. tak payah letak air. Gaul-gaul sampai semua bahan-bahan tadi tu mesra-mesra manja gitewwww, kemudian campak je masuk dalam minyak panas. hehehe...resepi versi lawak.



okey, ini lah rupanya makanan yang teristimewa ciptaan i. orang lain belum pernah buat makanan macam ni tau. resepi ni belum wujud lagi kat dunia. i nak namakan resepi makanan ni sebagai CEKODOK. i rasa i nak jadikan perkataan "cekodok" ni diterima-pakai dalam kamus dewan.


hmm...seperkara lagi, i nak bagi satu lagi nama kat makanan baru ciptaan i nih, kalau dalam B. Malaysia standard; CEKODOK...kalau dalam bahasa Sarawak; i nak namakan sebagai CUCUR RENYUK. boleh ke gitewwww......


hahaha...i saja-saja nak usik-mengusik you alls. thanks buat Kak Idot kita sebab menjelaskan perbezaan antara CEKODOK dan JEMPUT-JEMPUT.....

2 comments:

  1. apa beza jemput ngan cekodok?

    ReplyDelete
  2. beza nya....? hmm...jemput lah makan cekodok. hahaah...i dont know. jemput-jemput kalau ikut kata Kak Idot, macam cucur ikan bilis, cucur udang gitew laa....cekodok memang takde lain, memang kuih yang ditunjukkan kat atas iteewwww.... agaknya laaa.....

    ReplyDelete

what's your say...
apa kata anda...