Sunday, July 2, 2017

Info Ulser Mulut

First of all....this blogpost is not my original.
I got it from someone in facebook.
So, kalau ada apa apa persoalan mengenai sakit ulser mulut ni, boleh merujuk terus pada pegawai kesihatan yaa.....




Ulser mulut atau serawan atau mata ikan 😊

Ulser mulut. Semua orang pernah alami keadaan ini. Walaupun ulser mulut ini selalunya bermula dengan saiz kecil namun ia adalah luka yang pedih di bahagian dalam mulut.

Nak makan pun susah kadang kala mood untuk menikmati makanan pun hilang. Betul tak?

Ulser pada kebiasaanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan di bahagian bawah atau tepi lidah. Bagi saya ulser di bahagian tepi lidah dan bahagian dalam bibir paling sakit dan menyebabkan susah untuk makan.

Kalau nak diikutkan ulser mulut ini sebenarnya boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa 7-14 hari. Namun dalam keadaan sakit disebabkan ulser ini,  ada tak sebarang sediaan ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu ulser mulut ini untuk sembuh cepat.

Ubat dalam bentuk “Pastes” & spray

• membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut
• Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula.

Contoh ubat/produk:
🔺Oralon
🔺Oralon-Extra
🔺Aloclair Plus Spray
🔺Difflam Forte
🔺Gengigel Gingival Spray
Dan lain-lain







-----------------------------------------------
Ubat kumur

• Selalunya akan mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria di dalam mulut daripada menjangkiti ulser.
• Terdapat juga beberapa produk yang mengandungi ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak
• Ubat jenis kumur dan lozenges ini berguna untuk dalam situasi merawat ulser mulut yang berada di lokasi yang sukar untuk dicapai
• Boleh juga membantu menjaga mulut agar bersih jika kehadiran ulser menyebabkan terlalu sakit untuk memberus gigi dengan betul

Contoh ubat/produk:
🔺Hexidine
🔺Bactidol Mouthwash
🔺Oradex
🔺Gengigel Hydrogel
Dan lain-lain

-----------------------------------------------
Ubat jenis gel dan lotion

• Selalunya ubat jenis ini mengandungi ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
• Terdapat beberapa produk juga mengandungi anestetik setempat untuk beri kesan kebas pada ulser (cth: lignocaine, benzocaine)
• Terdapat juga beberapa produk mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria daripada menjangkiti ulser

Contoh ubat/produk :
🔺Re-liv Oral Lotion
🔺Muco-Aid Liquid/Lotion
🔺Oral Aid lotion
🔺Orregel
🔺Oral Aid Gel
🔺Oralmedic
🔺Mucopain
🔺Herpesan
🔺Gengigel Gingival Gel
Dan lain-lain

-----------------------------------------------
Semua cadangan ubat-ubatan di atas boleh didapati di premis Komuniti Farmasi dan boleh dibeli tanpa preskripsi.

Berikut adalah antara beberapa tip untuk membantu penyembuhan serta mengelakkan daripada tekena ulser mulut. Mungkin boleh kita amalkan dan kongsikan ilme ini dengan rakan-rakan yang lain.

● Untuk menjaga mulut yang bersih semasa ia tidak selesa disebabkan kehadiran ulser mulut, gunakan ubat kumur antiseptik.
● Jika terlalu sakit disebabkan ulser mulut, gunakan ubat untuk melegakan kesakitan sebelum makan.
● Cuba hisap ais untuk membantu mengurangkan kesakitan ulser mulut.
● Berus gigi secara perlahan-lahan, dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
● Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merengsa ulser mulut.
● Pastikan gigi palsu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia masuk pada kedudukannya di gusi dengan baik.
● Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air sehari (kecuali doktor menasihatkan agar menghadkannya).
● Makan makanan yang sihat dengan kerap, perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berunsur gandum. Hadkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
● Boleh ambil vitamin dan mineral tambahan.
● Belajar dan mengamalkan teknik relaksasi dalam membantu mengurangkan tekanan.
● Berhenti merokok.

Ulser mulut memang memberi kesan dalam kualiti hidup harian kita. Kadang-kadang tu sakit sampai nak buat kerja pun susah. Sampai buat kita pening pun ada.

Harap dengan perkongsian saya ini, sekurang-kurangnya kita boleh ke premis Farmasi Komuniti untuk membeli ubat atau produk yang boleh membantu melegakan rasa kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan user mulut.

Bincang dengan ahli farmasi komuniti anda untuk pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan ulser mulut anda

Mohd Dziehan Mustapa
Pegawai Farmasi

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...