Thursday, March 17, 2016

Apa itu EQUINOX? Apa pula SOLSTICE?


sekarang ni kecoh jerrr
cerita pasal cuaca panas kat Malaysia
sambil-sambil orang ramai 
asyik jer sebut fenomena equinox

but...media massa asyik jer sebut equinox ni
tapi tak bagi penjelasan 
apakejadah sebenarnya equinox tu 
ayam kaa....perisa eskrem kaa... resepi kek lapis kaa...
haa...i akan cuba kongsikan secara am
apa benda equinox ni
dan jugak sedara seangkatan dia 
yang tak mungkin berlaku di Malaysia kita ni
iaitu fenomena solstice.



tapi, sebelum tu...i nak perbetulkan 
penggunaan kata nama "fenomena"
yang dikaitkan dengan equinox dan solstice.

istilah yang paling sesuai adalah
kedudukan kejadian astronomikal
tapi...terpulang laaa...
you alls nak guna frasa 
kedudukan kejadian astronomikal kaaa...
ataupun fenomena kaaa....
asalkan you alls tau serba sedikit.


okeh...equinox ni
basically kita boleh katakan sebagai 
kedudukan matahari yang selari 
dan tepat pada garisan khatulistiwa.
dan kedudukan matahari yang selari ni
berlaku sebanyak dua kali pada setiap tahun
iaitu kebiasaannya pada setiap 20 Mac dan 20 September.
tapi....kalo ada orang tembak you alls balik dan tanya
"macamana pulak kalo pada tahun lompat? 
harus tarikh equinox berubah kan?"
well...korang jawab macam ni...
"kan aku dah kata...kebiasaannyaaaaa..."

selalunya...equinox ni memang very interesting.
suhu permukaan pada kedudukan khatulistiwa
akan meningkat sehingga mencecah 38c.
panas gilaaa tu...
so, sediakan payung sebelum equinox. hehehe...
dan...pada kedudukan matahari 
yang sangat tepat kat atas kepala ni
bayang bayang seakan-akan tak ada.
gitewssss

Rajah menunjukkan kedudukan lazim laluan matahari semasa equinox
pada kedudukan khatulistiwa. 

okehhh....sekarang solstice pulak....
ni lebih senang kalau kita gambarkan kedudukan 
kutub utara dan kutub selatan
semasa 20 Jun dan 20 Disember...
solstice akan berlaku secara berpasangan dan serentak
satu solstice musim panas 
dan satu lagi solstice musim sejuk

akibat axis bumi yang condong...
pada salah satu tarikh solstice ni
salah satu bahagian kutub akan menerima 
waktu siang yang lebih panjang 
dan salah satu kutub lagi akan menerima 
waktu malam yang lebih panjang. 
kemuncak soltice musim panas adalah semasa 
matahari seakan-akan tidak terbit atau terbenam trus...
dia lalu jaaa kat atas garisan ufuk...
so...ini akan menjadikan waktu siang menjadi lebih panjang.
dan..kalau waktu siang yang panjang ni
berlaku di salah satu kutub,
kutub yang satu lagi akan mengalami 
malam yang sangaaaaatttttt panjang...

Rajah menunjukkan kedudukan lazim laluan matahari semasa solstice
pada salah satu kedudukan kutub


semua ni kuasa Tuhan nokkk...
Tuhan dah tetapkan perjalanan bumi.
amboiii....ferfeeling buku teks Pendidikan Islam lagiii...

haaa...dah dapat ilmu sikit kan...
apa-apa pun you alls boleh laaa google
atau korek dari wikipedia lagi.

belajar ni proses seumur hidup...
dan ilmu pengetahuan yang baik patut kita kongsikan.


sumber diadaptasi dari wikipedia.org
diagram asal dari wikipedia.org dan google.com

1 comment:

  1. Hahaha thankyou writer yang sportinggg. Seronok bacaaa

    ReplyDelete

what's your say...
apa kata anda...