Sunday, February 21, 2016

Makan : Roti Bakar Lapis Bumi


hehehe....
bila dah bosan tuu...
akan datang laaa 
idea nak buat makan-makan...



ni adalah gambar 
makan-makan yang i buat 
sehari sebelum balik bercuti
Tahun Baru Cina

resepi ni i namakan sebagai
Roti Bakar Lapis Bumi.
giteewwww nama nya kannn....

senang jerr nak buat
dapatkan beberapa keping roti  
kemudian sapukan mentega kacang
dan serikaya kat roti tu 
kemudian kahwinkan kedua dua nya.
untuk resepi i ni, i sediakan lapan pasang roti kahwin.

dalam bekas lain
ambik tiga sudu tepung kastad 
campurkan dua cawan susu cair
dan sesudu kecil esen vanila.

sediakan loyang yang dah disapu mentega
dan ditaburkan sedikit tepung.
ni supaya tak laaa melekat roti kat loyang tu. 

susunkan empat pasang roti kat dalam loyang tu
dan curahkan adunan kastad tadi tu.

bakar dalam ketuhar selama sepuluh minit 
kepanasan 180c.
atau sehingga kastad tadi masak.  
bila lapisan pertama dah masak...
sapukan sedikit mentega kat permukaan dia
dan taburkan sedikit gula.
gula ni setakat nak bagi rasa manis jerr...

sekarang susun lagi empat pasang roti kawin tadi
untuk jadi lapisan yang kedua.
curahkan adunan kastad sekali lagi.
tapi....jangan curah banyak sangat yerr....
setakat untuk basahkan roti tu jerr.. 
masuk balik dalam oven dan masak lama sikit
kira-kira dua puluh minit 
atau sampai masak. 

bila dah masak....potong dan hidang.
best makan waktu petang masa hujan.
ajak laaa anak ikan korang untuk makan.
heheheheheh....        
     

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...