berkilo-kilo kutukan cik kak ni dapat
gara-gara buat stetment
hukuman rotan kepada pelajar tidak lagi relevan.
|
Tak payah laaa nak letak gambar dia besar sangat, membosankan..... |
Mmm.....here's something to think about yerrrr cik kak...
1) hukuman merotan ada prosedurnya. Kementerian Pelajaran Malaysia pun ada menetapkan garis panduan untuk melaksanakan hukuman merotan terhadap pelajar. Tidak boleh merotan sesuka hati jerrr....dan kalau cik kak nak tau....pihak sekolah boleh memanggil ibubapa pelajar untuk menyaksikan proses merotan itewwww.....
2) Tanyalahhhhh kat mana-mana cikgu sekarang ni, sebenarnya we all memang tak sanggup atau sampai hati nak saja-saja rotan pelajar....MELAINKAN kalau pelajar tu memang dah buat kesalahan berat....seperti contoh membuli, bertumbuk, berjudi, mencuri, mengedar dadah, merompak bank, meletupkan kapal selam, langgar bangunan guna kapal terbang....
3) Cik kak Yasmin Hani mesti tak tau satu fakta ni..... semasa mesyuarat PIBG, di mana-mana sekolah.... tak semua ibubapa pelajar akan datang, alasan nya....sibuk kerja mencari rezeki, tak mau dipilih jadi exco PIBG, takdak masa nak layan meeting yang boring, lebih rela bersoping-soping dari meeting, atau yang paling sedih....malas nak tengok muka cikgu! Hareeeemmmm punya alasan!
4) Cik kak Yasmin Hani harus lah tau sekarang ni dah banyaaaak berlaku kes pelajar membuli di sekolah. Kebanyakan kes membuli begini, sekiranya terlepas dan dihidu oleh masyarakat...pihak cikgu sekolah tu gerenti separuh mati kena maki hamun sebab tak kawal disiplin pelajar. Maklum lah kannnnnn.....tak ada ikon "Guru Paling Garang" untuk ditakuti pelajar.
Setakat ni jerrr laaa yang i dapat kongsikan. Merotan adalah salah satu cara mendidik. Harus diingat, merotan tapak tangan pelajar tidaklah sama seperti hukuman sebat kepada pengedar dadah. Cuma, i minta kita semua fikirkan, kalau kesalahan tidak didenda, akan berkesankah pendidikan?
P/S : i masa sekolah dulu pun....selalu jugak kena rotan dan denda, sebab tak siap kerja rumah, sembunyi kat library masa ponteng subjek yang tak diminat, ponteng amali solat Zohor, melawan balik cakap cikgu bahasa Inggeris (walaupun tahu i sendiri ada salah grammar...), masa form Six, lawan cakap ustaz.....tapi, i sentiasa ingat kesalahan i itu berpunca dari i sendiri and i'm really sorry for my bad attitude. Sendiri cari salah kannnn....tapi, alhamdulillah... sekarang i sendiri pun dah jadi cikgu, berkat restu dari semua cikgu-cikgu i dulu.
TERIMA KASIH CIKGU.