Monday, October 3, 2011

FOUR YEARS AGO....today.....




The first step was always the easiest; but the next few thousand steps demand lots of determination and willingness to keep on walking.
               
                Kalau empat tahun dulu, memulakan blog hanyalah sebagai satu langkah cuba-cubaan. Namun kini, mengisi blog ini bagaikan sebuah projek yang berterusan…tidak akan pernah siap, sentiasa bertambah dan berhias dengan bermacam-macam cerita.

                Kalau ditanya, apakah yang telah menarik minat untuk berblog? Sejujurnya, minat untuk berblog telah terpupuk setelah mengetahui kewujudan satu laman blog yang kini telah terhenti tiba-tiba. Setelah melayari laman blog tersebut, tertarik benar rasa hati untuk mencuba berblogging; berkongsi apa sahaja cerita atau idea yang dapat difikirkan. Terima kasih yang tidak terhingga buat pengarah filem tersohor negara, yang telah menjadi inspirasi untuk terus berblogging. Terima kasih…dan al-fatihah, untuk blog YASMIN THE STORYTELLER; oleh arwah YASMIN AHMAD. Thanks…your blog made me blog….

Inspirasi…..inspiration, or being inspired, is what keeping this blog ‘til today. Kadang-kadang, rasa macam tak tahu apa yang hendak diblogkan. Alhamdulillah, pada masa yang tertentu ketandusan idea, akan berganti dengan idea yang melimpah-ruah pada ketika yang lain.

“Something”, ataupun “sesuatu”, i rasakan memang tepat untuk blog yang bercirikan rojak begini. I wouldn’t stick to one theme; I fear that I might end up feeling bored. I feel I would be easily inspired if I just share anything that came to my mind.

To my followers (or those who are silently following…hehehe), thanks for reading; and I do hope you’d be just as excited as I am. Buat mereka yang kerap singgah di sini, usah segan, usah malu…. ketibaan anda di blog ini  amatlah dihargai.

To the international readers, thanks for visiting….do come again and make yourself at home.

Again…thanks; and love to all.


m tauhhid z

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...