Tuesday, May 3, 2011

heee...seram ada hantoooo!

hehehe....i'm having a good laugh reading this simple blogpost done by a fellow blogger. with her permission, i'm allowed to copy and include this funny article in my blog. good news for my fellow Malaysian readers, the article is in Bahasa Malaysia. so, to the international readers, just enjoy looking at the cartoon image, okay...

terima kasih yang tak terhingga untuk LUNA LANUN...kerana mengizinkan. hehehehe...y'all boleh check blog dia. macam mana? tak susah, klik je nie....LUNALANUN.

ok...ni dia, what to do whenever you meet a ghost : tips menghadapi hantu!



Tip 1: Hantu Pocong
·                     Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir
·                     Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak
·                     Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya
·                     Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah
·                     Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung
·                     Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan.

Tip 7: Hantu Toyol
·                     Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... Lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Tip 8: Hantu Ponteng
·                     Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 cam korang lerrr. Takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu blogging macam sekarang nih. Sah-sah tengah ponteng nie. Macamana nak jawab? Korang sendiri gak jadik hantu. Jadi bawak-bawaklah buat kerja... hehehehehe...
·                     TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU

Gurau je okeh! :)

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...