Saturday, June 13, 2009

laki ke... pompuan...? (baca dulu...jangan tengok tajuk je..)

Just now i stumbled upon a topic posted on ENGKABANG.NET. the issue of whether men or women would make better teachers. there were interesting responses in the thread, but this;by far; was the best respond yet. I'm quoting the main parts of Mr. Zulkarnain's reply. by the way, Cikgu Zul, kamek minjam reply kitak tuk kejap. mun kitak sudi lah... thanks.

Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member

Re: guru lelaki guru perempuan
« Reply #29 on: June 04, 2009, 12:03:53 AM »
________________________________________
Pada hemat saya, guru lelaki atau guru perempuan tidak menjadi persoalan dalam memastikan kelas terkawal. Ada juga guru lelaki yang macho, perkasa dan tampan bergaya, apabila masuk ke kelas, pelajar-pelajar tidak menghormati malahan P&P yang dijalankan juga tidak berjaya. Berlainan pula dengan guru lelaki yang kerdil, kecil, boroi, dan tidak mempunyai paras rupa yang menawan tetapi pelajar amat menghormati dan P&P yang dijalankan berlangsung dengan aman dan berjaya. Begitu juga dengan guru wanita, kelembutan, keibuan, paras rupa dan gaya bukanlah ukuran mutlak supaya pelajar menghormati mereka kerana terdapat juga guru perempuan yang bergaya ala kadar sahaja, bajupun murah harganya, paras rupa pun kurang, tetapi pelajar sangat menyayanginya.
Jadi, dalam soal ini jantina bukan perkara utama kerana yang lebih penting ialah :
01. Kebolehan guru mengajar
02. Pelajar hormat guru tersebut
03. Keupayaan guru berinteraksi dengan pelajar
04. Kepintaran guru menakluki hati pelajar agar mengikut segala katanya

Kalau kita tanya pelajar, guru yang dihormati oleh pelajar ialah guru yang benar-benar nampak kesungguhannya mengajar dengan kesabaran dan keikhlasannya sehingga betul-betul meninggalkan kesan dalam jiwa pelajar. Itulah yang membezakannya dengan guru-guru lain.
________________________________________
Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Guru Bahasa Melayu 1 dan 2 STPM
Ketua Rescource Pool Bahasa Melayu STPM


here's my say on the matter...both men and women would make great teachers. fact (though vague it may seem), both men and women could also be the rotten eggs.
ooppss..thanks cikgu zul

No comments:

Post a Comment

what's your say...
apa kata anda...